Friday, August 20, 2010

Angkara Lori Putih Itu......





 Semalam aku balik dari jalan-jalan... pasang signal nak belok kanan nak masuk taman perumahan rumah sewa... tiba-tiba je ternampak lori sebijik cam kat atas ni... dan secara tiba-tiba juga lah... fikiran dibawa terbang mengimbau kenangan silam.... kenangan yg tak mungkin aku lupakan....


                            **************************************************




Cerita bermula ketika aku tingkatan 5... Masa tu tinggal kat Bekok, Segamat... Tarikh dan waktu yang masih jelas di kotak memori ini... 7hb Februari 2006... lepas Isyak, hari Selasa ( sebab apa aku ingat hari Selasa ngan lepas Isyak? , sebab hari tu ada slot lestary kat tv3... cerita Natasha lakonan Fasha Sanda tu.. hahahha)... ok... balik pada cerita,....


Pulang sahaja dari surau... bonda aku minta aku pergi belikan makanan kat kedai... semua teringin makan roti canai kata bonda... maka aku pun memandu motorsikal jenama Yamaha RX- (bkn RXZ) milik ayahanda aku...


Motor cam kat atas ni... tp bukan motor ni... berbalik kepada cerita.... Motor ini tidak berlampu kerana ini motor kebun dan hanya dugunakan utk masuk kebun... aku pulak dgn selamba bawak motor ni xde lampu dan meredah keheningan malam... sempat jugak aku pelawa mmber aku... tapi dia menolak sebab takut motor aku xde lampu... (motor YB org kmpung aku pnggil)


"penakut"... kata aku dengan poyonya....


Sampai kat kedai... aku pun pesan lah 10 keping roti... dan menanti roti canai disiapkan... kemudian... aku pun tungganglah motorsikal itu dengan lajunya... (walaupun motor kebun, lajunya mmg kaw-kaw, sbb enjin nya Yamaha)


Di satu jalan lurus... ketika aku di belakang sebuah motorsikal yg berlampu, siap baju pemantul cahaya (ok yg tu tipu)... bila dah nak sampai di satu simpang empat... aku nampak lori (cam kat atas) nak keluar simpang.... Aku tengok lori tu dari jauh sebelum melintasi dia... kemudian aku kembalikan tumpuan kepada penungggangan... (dibantu dengan cahaya bulan dan cahaya lampu jalan)... 


Bila hampir lori itu....


Motorsikal depan aku lepas lori itu...


Giliran aku...


Tiba-tiba sahaja lori itu terus sahaja keluar jalan di mana aku di hadapan beliau... 


Dan?


Stttrreeeetttt!!! Bbbbbbbbbbbbaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!


Berlaku perlanggaran kenyal antara aku dan dan lori itu.... tercampak lah aku ke tepi longkang di tepi jalan.... serta-merta jugalah tempat kejadian dikerumuni orang,,, orang yg sngt ramai....


Serta-merta jugaklah pak cik lori tu kuar dan angkat aku masuk lori dia... smpat gak aku bangun dan cuba nk capai motor ayahanda aku tp dia xbg.... amu nk ambik selipar aku pn dia x bg... sempat aku toleh kepada roti canai yg bertaburan dijalan tu...... ya.. di rumah semua tgh tggu roti canai itu...


               ************************************************************


Aku di bawa ke klinik berhampiran utk mendapatkan rawatan awal... kelam kabut pak cik doktor ngan akak nurse settlekan aku tgh2 malam.... habis kepala aku di balut dengan pembalut... penuh mcm aku ni mummia...


Bonda ayahanda tiba ke klinik dan? ayahanda aku sebak sementara bonda... meraung..!!!!
Adik-adik aku juga turut serta dalam suasana hiba itu.. 
(bila teringat part ni... aku akan mengalirkan air mata)


Kemudian aku diusung ke dalam ambulans... ni part seram... sebab... driver tu... uncle Mazlan bawak Ambulans cam pelesit...!!! bayangkan perjalanan Bekok ke Hospital Segamat kalau naik kereta dengan kelajuan 80-90 km/j akan mengambil masa hmpir 1 jam... sdang kan pada waktu tu... tak sampai 20 minit dah sampai.. mmg gila pakcik ni bawak..




Kat hospital ni lah aku dapat rawatan kecemasan yang sangat cemas.... aku diberi istilah "pesakit merah"... maksudnya kena terus saja diberi rawatan... 


Datanglah sorg doktor ni... speaking omputih ngn doktor-doktor lain... 
" I can see his bone!!" perkataan yg terpacul dari mulut beliau merujuk kepada lubang di dahi aku... (lubang terjadi kerana kepala aku tercucuk besi)...  Damn!!! seram aku.... muka aku dah macam zombie... berlubang-lubang... koyak sana-sini... otak aku dah fikir... habis ar muka Aaron Aziz aku ni... kompem tak boleh baik seumur hidup... terus aku tanya doktor pakar dari Pakistan tu... "boleh baik tak muka saya?" soalan berbaur kerisauan... "insya-Allah boleh.." kata-kata perangsang doktor yg aku rasa tak merangsangkan langsung....


Pembedahan muka dimulakan dan mengambil masa 4 jam... itu pun sang doktor cuma dapat jahit bahgian dahi dan kulit-kulit lain... yang betul-betuk berhampiran mata... doktor tu tak dapat buat apa-apa... mereka tak berani ambil risiko.... lepas x-ray... satu lagi berita tak best.... hidung aku PATAH!


Damn!!! habis ar hidung Shah Rukh Khan dah jdi hidung Jackie Chan....


Aku dihantar ke Hospital Muar pada keesokan harinya...


 Pukul 9 pagi... aku selamat tiba di Hospital Pakar Sultanah Aminah... aku terus dihantar ke wad pembedahan... diagnosis dilakukan dan memang betullah hidung aku patah.... 


Dan satu lagi kejutan berlaku... Salur airmata antara mata dan hidung aku telah putus....!!!! dan menurut doktor yang handle... "ini adalah kes pertama didapati di Malaysia".... yaaa... aku pemegang rekod kes pertama.... damn!!!


Menurut doktor... untuk mamulihkan tiub airmata itu. hanyalah menggunakan kulit tisu BABI.... Babi punya doktor... tak kan lah nak letak kulit babi kat badan aku... hari-hari ar aku nak samak....  hurmmm.. kemudian... aku buat keputusan untuk biarkan sahaja kerosakan air mata itu dan cacatlah tiub itu seumur hidup.... (kesannya, mata aku akan mudah berair, tapi cuma sebelah kanan je)


Pembedahan di teruskan untuk menjahit kembali luka-luka yang terkoyak.... 


Bisu pertama dicucuk.... oouucchhh!!! tapi tahan,,,.. sbb ada nurse cantik... hahahhaa... aku dapat 4 bius kat muka.... huuuu... mmg syok... dan... besi yang macam cangkuk tu pun mula memulakan karja.. tembus dikulit ditepi bahagian muka,.... masuk,... benang ditarik tegang... dan di kait semula macam orang kait baju... segala-galanya berlaku tanpa aku pengsan... aku nampak kelakuan-kelakuan doktor pakar itu mengait benang kat muka aku... LIVE!!! Aku yg tgok pn ngeri.... uhhhhhh...


6 Jam terbaring.... maka siaplah muka aku.... mmg macam ketua Mafia.... berbenang-benang... dan keseluruhannya... lebih 50 jahitan kat muka aku..... 


3 hari aku ditempatkan di wad itu... aku dah semak kepala... semua benda nak wat terbatas... aku nak baca paper pun susah... sbb mata aku ditutup kabur benang-benang.... hari ke-4 baru lah benang kat mata aku dibuka... rasa indahnya dunia bila dapat tgok cahaya... 


Doktor tanya kalau-kalau aku teringin membetulkan kembali hidung yang patah... kena tggu setahun... tunggu semua bengkak itu hilang.... hurrmmmm....


Inilah muka aku selepas 4 tahun kejadian itu berlalu :


Encem kan? hihihihihiiiiiii....
Isi-isi penting mengenai kemalangan itu :
1) Hidung aku patah...
2) Tiub air mata putus...
3) Gigi depan aku patah dua batang (sekarang pakai gigi palsu...)
4) Hidung aku tak mengalirkan darah masa kemalangan...
5) Tangan kaki aku tak patah cuma ada kesan calar...
6) Motor hancur teruk....


-----Kenapa mata aku macam ni tak ada kena mengena dengan kemalangan itu... cacatnya mata insan ini adalah dari kecil dan ianya adalah kurniaan Allah.... Thanks kepada ayahanda tercinta yg sudi menjaga aku sepanjang aku menginap di hospital... dan bonda yg menjaga aku sepanjang dirumah...Alhamdulillah aku masih bernyawa---------

3 comments:

Anonymous said...

cerdik..naek moto takde lampu mlm2..aku benci penunggang mcm ko nie..sorry to say..

Khuzrin Kamarudin said...

Muahahahaaa... tu dulu la bai... zaman aku budak2... sekarang ni safety paling penting...

NNAA said...

seramnyaaa.. nak tgk muka aaron aziz dgn hdung shah rukh khan boleh? haha. ;p