Thursday, September 2, 2010

PALOH : Pekan Bekas Peninggalan Komunis... Kini Kampung Halaman Aku...


 Memandangkan kita masih lagi dlm mood merdeka... Jadi aku nak cerita pasal sebuah pekan kecil yang bersejarah di Malaysia ni... Masih ingat cerita "Paloh?"... Cerita ni mengisarkan Komunis dan Jepn yg berleluasa di Malaysia khususnya Paloh... Memang cerita ni refer kat Paloh... pekan tempat tinggal aku sekarang ni... tempat lahir ayah aku...


Tapi yang aku nak cerita bukan lah pasal preview cerita yang dah berkurun tahun lepas ni... Tapi apa yang aku nak cerita ialah pasal Paloh... Pekan terpencil di sepadan Kluang dan Segamat... 


Difahamkan, pekan Paloh diwujudkan lebih 80 tahun yang lalu.... Ianya dibuka oleh Kerajaan British yang menjajah Tanah Malaya ketika itu... Selepas kemerdekaan... Paloh terus mencari sosio-ekonomi sendiri... (yg aku sendiri tak nampak kat mana pembangunannya.. hahahhaa)...


Mula-mula sekali... mari kita tgok peta kat mane Paloh terletak..







Ini Johor
Zoom kepada Kluang
Zoom sikit lagi... nmpak ar Paloh...
(SeChoit je)
Ya.. itulah caranya nak sampai ke Paloh tercinta ni.... weeeeee.... Aku cuma nak cerita yang Paloh ni tempatnya best sangat... jauh dari hiruk pikuk kota yg bingit... Keluar rumah pagi-pagi... tak dengar pun bunyi LRT... Bunyi hon kereta memekak telinga.... Buat sakit otak je... yang kita dengar bunyi burung berkicau.... Riuh budak-budak pagi nak ke sekolah....Apek berkayuh basikal pergi menoreh... Mak Limah kecoh jual ikan... seronok sangat..


Paloh memang bandar Old Skool... hahhahaha... Mari tengok gambar-gambar Paloh...


Ini Gambar rail kereta api yang berdekatan dengan rintangan jalan... Nampak tak betapa uniknya Paloh? masih ada lagi pondok kayu yang jaga landasan dan rintangan jalan raya....


Ni pulak gambar pondok keretapi tadi dari view lain...


Nampak tak Balai Polis Paloh ni? old skool beb.... belakang ada hutan... aku tak tahu lah tu tempat diorang training tembak ke tempat camping budak-sekolah.... tapi polis-polis sini tegas..!!!! sangat tegas.. dalam pekan koboi camni kalau tak pakai helmet time bawak motor... memang siap... kena saman ar jawapnya....


Haaaaa... ni bangunan paling bersejarah kat Paloh ni... sebab apa? sebab panggung wayang ni merupakan antara panggung wayang terawal kat Kluang.... Pernah gemilang suatu ketika dulu.... tapi sayang.... sekarang dah jadi gudang simpanan supermarket... ish... ish.. ish....




Perigi kat atas ni adalah perigi lagenda turun temurun pekan kami.... serius... nama perigi ni Perigi Lee Zhou... Asalnya ada empat perigi... tapi lagi tiga dah termasuk dalam tokong... (bila tokong berhampiran dibesarkan) ni je yang jauh sikit dari tokong tu... apa yang best nye... air perigi ni tak pernah kering.... menjadi penyelamat penduduk setempat bila berlaku terputusnya bekalan air.... sejuk gila air nya..!!!! sampai sekarang pun kalau terputus bekalan air... kitorang akan timba air kat sini... kadang-kadang aku mandi je kat sini...


Gambar-gambar old skool lain... :










Best kan tempat tinggal aku?


----------Paloh memang pekan cowboy yeeeaaahhhaaaaa!!!!------------------

3 comments:

Nursyafiqah Yahya said...

yeeaaahhh!!! mmg best in the world la abang!...
huhuhu... lps nie, abang taip la cter yang real mcm nie lgi eh???
best sgt!!! sy ske sgt3!! heeeee '_'

Riduanfixxer Junior said...

salam bro..
tang polis paloh tegas tu aku nak betulkan sikit..
aku kerja kt paloh skrg..
member aku beritahu.. malam2 xada hal xpakai helmet.. pusing je la pekan paloh puas2..

MFA BERKAT STATIONERY AND PRINTING said...

Siang ponggg sama jugakk