Wednesday, September 29, 2010

We Love Johor FC, Benci Bergabung...!!



Sebelum ni aku banyak menulis pasal hidup aku, dan kebanyakannya adalah mengenai puitis ayat puisi... Dan blog aku bukanlah blog mengenai bola sepak... Walau hakikatnya aku ni kipas susah mati sukan no 1 dunia ni...


Kali ni aku terpanggil untuk menyuarakan ketidakpuashatian aku mengenai isu penggabungan kelab bola sepak Malaysia yang aku sokong selama ini... ya... kelab itu ialah Johor FC... Sebuah kelab yang paling lama bertahan di persada liga Malaysia ini... Isu yang dibangkitkan ialah ingin menggabungkan Johor FC dan Johor FA...


Kedua-dua kelab ini mempunyai peminat dan pengikut tersendiri... Tapi prestasi Johor FA terlalu menurun sejak beberapa tahun ini... jadi... puncak kepada untuk menutup kemerosoton Johor FA ni... seorang yang duduk megah di kerusi pengurusan...Md Jais Sarday telah mengambil langkah mudah dengan ingin menggabungkan dua pasukan di antara pasukan berstatus negeri dan pasukan berstatus kelab... meskipun Johor FC merupakan pasukan berstatus kelab... tapi pengurusan yang berdasarkan perniagaan ini... telah membuktikan mereka pasukan yang kekal bagus tanpa ada kemerosotan...


Sepatutnya pemimpin mencontohi pengurusan Kelantan, Kedah dan Selangor yang terbukti bersungguh ingin menaikkan martabat bola sepak negeri.... kata seorang peminat di fanpage TM Syoknya Bola 
"sbnarnya tu smua terletak pd stiap individu2 yg dlm pentadbiran ssuatu pasukan..especially kepalanya...lau dia minat bola,dia mainkan peranannya sungguh2 plak tu,ape2 smua blh jadi sekelip mate,sbg contoh kite tgk kelantan,TSAM smmgnya seorg peminat bola sepak dr zaman bujangnya lg,mcm selangor org atasannya dh mmg trdidik utk terus mnerus mmpertahankan maruah bolasepaknya walaupn ade antaranya kaki bangku sekalipun...kedah,terbina dgn tokoh pembangunan bolasepaknya datuk ahmad basri akil sekaligus mnjadikan ikon kpd generasi muda pemain dan pnyokongnya sehingga kini...dan ketiga2 psukn inilah menolak tepi politiking dlm pngurusn bola negerinya dan ketiga-tiga pasukan ini perlu dicontohi oleh semua pasukan negeri kt malaysia wat mase skrg ni la..bg pndapat aku singkirkn je presiden yg xmnnjukkan prestasi yg bgus yg dh bertahun2 tp xde prubahan lgsg.mkin lame mkin brtambah lemaknya lau dbiarkn,diorg tu dh mcm xde smngat kesukanan,kn dh ssh..semua ni fans kene la bersatu dan brtindak tegas kasi gegar skit presiden korang tu..baru dia tau..arap johor akan jd pesaing baru yg hebat tahun dpn gamaknya..kasi bukak mate smua fans tahun dpn ,kene ade smngat,tunjukkan ego tu skit...haha..majulah sukan utk negeri!!"


Sungguh aku tertarik dengan pendapat beliau walaupun beliau ni merupakan kipas-susah-mati Kelantan...


Apa-apa pun... aku menentang, membangkang, menghalang (apa lagi perkataan yang sesuai?) tentang idea menggabung dua pasukan... kalau nak gabung jugak... gabunglah dengan MP Muar... Ptuih!!!! Aku tau tulisan aku ni x de sape bace.... Tapi lantaklah.... layan lagu feveret aku ni lagi best....








---Dari sekolah lagi aku minat Liga Malaysia---

2 comments:

mellyana sara said...

hahaha! ketidakpuasan ini rupanya.

Khuzz said...

ketawa kau ye? hahahhaa.... aku tgh marah ni tau....