Wednesday, October 20, 2010

Kronologi haru (bahagian 3)

  Kubur itu ku kira sudah bersemak belukar. Untuk apa kau meratapi cerita yang sudah disemadi? Buat terguris lagi hati yang sedia terhiris. Pedih bukan? Jangan pula kalau dikurnia keris, kau kelaku seperti Jebat yang tragis. Sekarang tiada lagi si Tuah. Yang ada cuma tuah disebelah. Itu pun nasib...

   Terlihat kau diselubung selimut sedih. Kasihan. Tapi apa boleh dilakukan insan keliling? Mereka cuma hebat menunjuk bakat bahawa mereka mampu menasihat. Nasihat berjuta kau terima, tapi semuanya cuma serdak yang masuk telinga. Tak tersangkut beri kesan sedikit pun ke kepala. Kadang tergelak juga aku lihat perihal kau. Cuma menangis yang kau tahu. Apa mungkin dikembali cerita yang sudah dimamah ulat?

   Seperti aku katakan. Kalau nasib berdamping dengan kau, pasti tuah muncul. Dan itu lah yang diskripkan. Dalam ramai memberi nasihat pejuang, tapi sekejap mereka sudah hilang. Ada bintang baru memetik hati kau. Lagaknya biasa sahaja. Wajahnya lembut sutera. Mendamai bila kau tatap mukanya. 

    Dalam diam, Cinta kau mula berputik kepada dia. Insan yang tiba-tiba dikurnia untuk menjadi bahu kepada tangis kau. Keperibadian dia mula buat kau yakin. Sudah ada rumput cantik di depan mata, buat apa untuk terus mencari lagi, takut kau juga rugi. Berbekal semangat yang masih goyang, kau cuba berkalimah mesra. Bagus! Dalam sipu si gadis menyambut malu. Salam sudah tertaut, cinta mula tersemi.

   Mulalah kau berkelana dilaut baru, bersama kapal baru. Kapal yang masih kecil, yang belum mampu menarik sang lanun, yang tidak diendah jerung jahat, atau sang badai juga tidak bernafsu untuk memukul kapal kecil kau dan dia. Tapi kau dan dia terus bangga membelah samudera. Sambil mendepa tangan melayan pukulan angin. Wah! Aku juga terbias apa yang kau bahagiakan...

Kpd bintang baru : Kau punya tugasan berat utk mencari kembali semangat dia yg direntap pencabul. Tapi segulung tahniah diberi. Dia sudah pandai tersenyum...

1 comment:

Edy said...

ahaaaa !
semakin menarik.
keep on going.