Thursday, October 21, 2010

Kronologi haru (bahagian 4)

  Bintang baru itu sangat riang bersinar-sinar. Seolah sang bulan juga mahu turut serta. Masakan tidak, sang hati jga seolah tak percaya dengan anugerah itu. Kau seolah mahu khabarkan pada dunia yang kau juga punya panji bendera hak. Bendera yang berkibar-kibar megah menyatakan kau masih boleh menang. Tahniah. Dengan bintang baru itu, kau megah di atas gunung kemenangan.

   Dalam kemenangan kau itu, kau masih berpuisi tentang kilauan kaca lama. Kau khabarkan dulu kau pernah tertipu dek silauan itu. Kau kutip pecahan yang kau sangka permata. Kau jadikan kalung. Bangga kau pamerkan pada orang ramai. Suka hati kau. Tapi dalam cahaya yang kau sangka permata itu, ianya telah menghiris leher kau sendiri. Tolonglah. Jangan diingat lagi kisah lama. Bintang baru ini dah cukup buat kau.

   Kau dalam proses penyembuhan. Ya. Penyembuhan yang cukup ajaib kerana ianya terawat dalam masa singkat. Yang nyata, kau dan sang kasih ini semakin gah menyusun tembok sejarah. Semakin riang mencipta kenangan puitis yang bikin hati menggamit romantis. Oh. Orang ramai sibuk mencemburui kemenangan kau. Orang ramai asyik bertanya kenapa bintang biasa itu bisa jadi maharani dalam hati kau. 

   Dalam sinis kau jawab. "Aku yang sangat hebat!"... Kau nakal.

   Kemenangan kau ditangkap halwa telinga si pencabul lama. Pencabul yang masih beria-ria dan tercungap mencipta sejarah yang mampu memetik perasaan cemburu kau. Tapi sayang, tak seinci pun terselit rasa dengki atas usaha sang pencabul itu. Kau dah lupa semuanya. Mengeja namanya pun belum tentu kau mampu.

   Kpd sang pencabul : kau jangan menoda lagi org yang dah kau noda. Dia sudah tak mahu mengingat maruah lama yang dah terlayang. Dia sedang sibuk dengan masa depan baru.