Thursday, December 16, 2010

Segaris memori bersama mereka...

  Kata orang-orang, beza rindu pada sang kasih dan rindu pada teman rapat (teman sedarjah, setingkatan, sekuliah, sebilik, sedorm, serumah dan sebagainya). Itulah yang berlaku pada aku sekarang ni. Meskipun aku selalu sibuk merindu cik ila aku... aku tetap merindu kenangan bersama mereka. Jatuh bangun kami, sendu tawa tangis bersama. Banyak kisah yang dah dilipatkan sepanjang aku menggelumangkan diri dengan mereka. Persahabatan kami mungkin lebih hebat dari aur dengan tebing atau isi dengan kuku.

Dua gadis comel sedang diapit dua panglima gagah Tuah dan Jebat
   Kisah keakraban kami sering mendapat liputan media masa yang berjalan dari mulut ke mulut di institusi pengajian tinggi yang berpengkalan di Segamat. Media massa itu merangkumi 9 buah kolej kediaman yang mungkin mengagumi keakraban kami atau mengutuk atau menjadi bahan negatif, itu aku tak tahu. Mungkin juga keakraban kami boleh di samakan dengan sebuah pertubuhan band yang sering di lihat bersama. Di sini izinkan aku mencoret sedikit kisah mengenai mereka.
Api menyerupai Son Goku yang baru pulih selepas makan kacang ajaib.

   Ini ialah encik abang yang paling tua dalam pertubuhan kami... Tuanya beliau kerana menjengah dunia selepas tiga hari dunia menyambut tahun baru 1989. Dan kerana tuanya beliau, kami memanggilnya along.
    Nama sebenar ialah Mohd Amirul Asraff atau lebih disenangi dengan panggilan Meerul. Malang bagi beliau sebab memilih untuk menetap di Kolej kediaman yang penuh kekejaman maka nama Meerul itu diganti dengan Tewat sejajar dengan idea senioriti di kolej kehitaman itu. Dia ni pakar dalam bidang seni dan reka mereka tapi bukan mereka-reka cerita atau fiksi semata. Selalu komited dalam kerja dan yakin kepada diri sendiri. Muka nya ala-ala cina menyebabkan kadang-kadang orang salah tafsir bagaimana hak keistimewaan orang melayu di UiTM diberikan kepada cina. Tapi walaupun muka dia chinese look, darah yang mengalir laju dalam badan dia tetapi menyatakan dia anak jawa. 
   Dia juga seorang yang gabra dan dan gelabah dan gubra dan menggeletar dan sebagainya. Pernah diberi kehormatan dengan men-design banner di mana-mana festival yang dianjurkan di UiTM juga mereka baju t-shirt. Beliau sekarang sedang memajukan diri untuk mereka baju melayu untuk diperagakan di Festival Fesyen antarabangsa kelak. Berjaya atau tidak? tunggguuuu...

Gadis mesir yang sedang diuji bakat untuk filem Cuti-Cuti Cinta 3
   
   Cik akak yang comel bermata bundar ini bukanlah pelakon terkenal meskipun wajahnya jelita mampu membuat Lisa Surihani bertukar kerjaya. Cik akak comel ini diberi nama Nur Sakinatun sewaktu dia bising melalak ketika lahirnya. Nama timangan lebih kepada Kina namun kami lebih selesa memanggilnya Alang. Seorang yang sangat riang, tak akan meradang walaupun orang memujinya tinggi lampai. Seorang yang sangat supportive sebab rajin motivate kami untuk lebih gigih dalam usaha. Kadang-kadang agak kuat membebel, mungkin sebagai latihan intensif bila dia bergelar nenek di kemudian hari nanti.
   Seorang yang sangat suka kan itik dan tak pula sampai ke pengetahuan kenapa itik menjadi haiwan kesayangannya. Dia seorang yang ramai kawan kerana gaya dia yang sangat bersahaja menyebabkan orang senang mendekatinya. Lumrah dunia, seorang yang comel mestilah sudah berpunya. Dan itulah skrip yang berlaku. Cik akak ini pada pengetahuan aku sudah berpunya dan bakal mengirimkan kad wangi kepada kami semua tapi tak tahu lah lagi berapa tahun. 

Gadis yang sempat berposing walaupun baru lepas membasuh baju di tepi sungai
   
   Cik akak yang bergaya untuk majalah mingguan wanita ini pulak merupakan tunjang dalam asal-usul penggabungan kami semua. Dia antara manusia yang bertanggungjawab menyusun-atur pertemuan dan pergerakan. Nama asal Rafidah dan lebih disenangi dengan nama Fida. Oleh kerana lahirnya diantara pertengahan tahun, kami semua telah bersepakat untuk memanggilnya Andak.
   Seorang yang aktif dalam aktiviti kelicinan pentadbiran kolej kediaman. Dikenali ramai orang kerana sering dijemput untuk menjadi tetamu undangan belakang tabir di setiap program di institusi kami. Seorang yang tegas dalam setiap pergerakan kami, namun agak sensitif seperti rumput semalu kalau kita sentuh akan menguncup serta merta. Juga seorang yang sangat periang kerana murah edngan senyuman. Selalu memilih untuk berkaraoke sebagai inisiatif menghilangkan tension atau boring.
  Gadis ini sedang melanjutkan pengajian di institusi gergasi negara yang berpengkalan di Shah Alam. Insya-Allah akan keluar sebagai seorang yang berjaya. Amin.

Wajah puas selepas baru menawan Gunung Everest yg berumput dan bersemak
   
   Cik akak ini bukanlah ahli kelab KRUiSe (Kelab Rekreasi UiTM Segamat) walaupun gayanya baru seperti menjelajah gunung tinggi. Cik akak yang bermuka seperti cikgu sekolah tadika ni juga merupakan antara kawan rapat kami. Pengawas yang memeriksa kad pengenalannya memberitahu aku bahawa nama betol dia ialah Nurul Rasyidah . Rakan-rakannya lebih selesa menggelarnya Syidah atau Syidot. Tapi dipertubuhan kami, nama yang sesuai untuk si manis ini ialah Achik. Walaupun jarang melibatkan diri ketika sesi perbincangan kami, namun sedikit sebanyak ketika kehadirannya di meja perbincangan atau aktiviti kami yang lain, menjadi penyejuk suasana. 
   Juga seorang yang sangat sensitif namun riang dengan gaya selamba. Sekarang sedang melanjutkan pengajian di utara tanah air dan mungkin bakal mencari orang utara sebagai calon menantu orang tuanya. Ya atau tidak? kita tunggu.... 

Calon menantu kaum-kaum ibu di setiap kampung-kampung
   
   Jejaka ini pun nak tahu jugak ke? Dia ni biasa-biasa je. Tiada yang menarik pun mengenai dia. Lebih kepada penyibuk je dalam kumpulan.. weeeeeeeeeeeeeeee...~~~  Kalau nak tahu pasal dia. Boleh baca sajak Apa rasa jadi Khuzz ..

Itulah antara serba sedikit mengenai kami. Sebenarnya kami ada dua lagi ahli iaitu Butang dan Jenglot @ Asri... Tapi mereka sekjap sahaja berkecimpung dalam pertubuhan kami...

Hmmm... Aku dah lama tak menghubungi kalian. dah lama tak bersua dengan kalian. Kecuali Tewat yang bakal menghuni satu rumah sewa dengan aku... Apa khabar kah kalian? harap kalian mengerti... Betapa aku rindu kalian... :)
Bonus gambar : cover album kelima kami. dapatkan segera di pasaran. kalau jumpa dipasar malam berharga RM5.. sepak segera tukang jual tu...

---Ada masa kita jumpa lah---








No comments: