Tuesday, January 4, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 1)

   "Itu dia tiupan wisel penamat dan tiga jaringan dari Eddie Helmi Manan tadi memastikan Johor FC bergaya di laman sendiri menguburkan harapan Gergasi Merah Kuning untuk menghuni takhta liga. Sekian sahaja laporan dari Stadium JCorp Pasir Gudang, jumpa lagi pada perlawanan berikutnya, saya Haji Hasbullah Awang, majulah sukan untuk negara". Kata-kata dari pengulas tersohor tanah air itu mengakhiri perlawanan yang disiarkan secara langsung di kaca TV. Nazri meninggalkan Rizal menahan bengang di ruang tamu.

   "Boooooo... Selangor kalah! Dapat pulak nak kalahkan Sang Lebah!". Suara Nazri jelas kedengaran walau dari dalam bilik cuba menghangatkan suasana. Hati Rizal terus menerus tak tenteram. Bukan kekalahan Selangor yang menjadi gelodak dalam hati, tapi ada yang lebih besar lagi. Dia pun mencapai kotak Winston dan mengeluarkan sebatang lalu dikepit di celah bibirnya. Selepas dinyalakan, di hembus asap sepuasnya seraya menghadap ke syiling sambil mengharap kekusutan yang menjadi duri dalam fikirannya berlalu sama dengan kepulan asap itu.

   Terasa sunyi rumah itu. Walaupun Rizal menyewa bersama empat orang yang lain, tapi tiada yang berminat menonton perlawanan Liga Malaysia. Cuma dia dan Nazri yang beria mengikuti perkembangan sukan negara itu sedangkan yang lain lebih cenderung mengikuti perkembangan Liga Perdana England, Serie-A, Spanish La Liga dan paling busuk pun Bundesliga. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. 

   Rizal keluar ke rumah dan duduk di anjung rumah sambil merenung ke bulan. Harapannya biarlah bulan dengar akan rintihan hatinya. Sambil tak henti asap rokok menjadi teman setia keluar masuk ke paru-paru, dia cuba mengosongkan fikiran. Masih jelas setiap terbaca bait tulisan di surat yang dia terima pagi tadi. 

  "Notis berhenti 24 jam". Begitulah tajuk utama isi kandungan surat berbentuk notis itu. Terasa bagai diterkam harimau liar tatkala menghayati isi kandungan surat itu. Mahu tak mahu, posisinya terpaksa dilepaskan. Kegawatan ekonomi menjadi nadi kepada semua ini. Bukan dia seorang, ramai lagi yang ditendang keluar dari syarikat tempat dia bekerja. Semuanya atas sebab sama. Untuk menjimatkan kos pengeluaran, kos sumber tenaga terpaksa dikurang. 

   "Aku nak buat kerja apa kat bandar ni?" Berdialog lah Rizal seorang diri. Meskipun tinggal di daerah yang tandus di utara Johor, namun lebih selesa di panggil bandar. Mahu sahaja dia terjah pihak atasan di bahagian pegurusan kerana ketidakadilan. Tapi apa boleh dia buat, mahu diadu ke Persatuan Buruh, masih wujud lagikah persatuan itu? Mahu diadu ke Pejabat Pos Malaysia, sia-sia sahaja dia dilempang.

   "Argh!! Semak pulak kepala aku ni", Makin kuat pula dialog sendirian Rizal. Nazri yang keluar ingin mengambil angin terus menegur.

   "Gila apa cakap sorang-sorang? Takkan Selangor kalah pun dah bengang? Hahahaha" Nazri cuba mengusik Rizal dalam bentuk penganjingan. 

   "Hotak kau! Selangor kalah sekali menang berkali-kali, lupa ke Selangor juara Piala Malaysia"

   "Juara tahun bila? 2005? zaman aku tingkatan berapa tu? hahahahaaa..!! Kau ni macam Liverpool la, suka sangat bangkit cerita lama." Nazri cuba memancing hati panas Rizal.

   "Malas ar cakap dengan kau, member susah hati, kau buat lawak Jalil Hamid pulak"

   "Lawak benda nya? betul kan Selangor dengan Liverpool sama je, suka sangat cerita lama. Hahahaa... Ok lah... cerita la sebab apa kau semak sangat ni?" Nazri mengubah topik penganjingan kepada mengambil berat.

   "Tak de lah, kepala aku semak ni. Baru tadi pagi aku kena buang kerja. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Takkan lah aku nak apply pengarah urusan karangkraf? jauh pulak nak pergi KL". Rizal tahu Nazri memang pendengar yang setia. Sejak perkenalan di universiti dulu, mereka tetap bersama sampailah ke alam perkejaan. 

   "Hmm.. Aku bernasib baik sebab tak kena buang. Ramai juga pekerja tempat aku kerja di buang. Kau jangan risau lah. Kalau ada rezeki kau, adalah tu. Insya-Allah" Kata-kata galakkan dari Nazri sedikit sebanyak menyejukkan hati geloranya.

   Mereka terus berborak tanpa menghiraukan malam semakin menjangkau usia. Cengkerik terus-terusan galak bersahutan. Lolongan anjing yang barangkali ternampak pontianak juga semakin rancak. Namun manusia berdua itu sudah biasa. Tinggal di kawasan perkampungan sudah lali dan sebati. Ala bisa tegal biasa. Itulah kata-kata orang tua.

   ************************************************************************

   Krrriiiinnnngggg!!! Bunyi jam loceng tepat 5 pagi berdering di telinga Syahira. Bingkas dia bangun menutup jam. Bergema pula lagu 'Besi Hitam' dari telefon bimbitnya. Lagu itu berdering menandakan sudah pukul 5 pagi kerana sudah ditetapkan sebelum tidur sebagai alarm.

   "Aku dah bangun lah. Diam la. Memekak je". Marah Syahira kepada telefon bimbitnya lantas dimatikan. 

   Menuju dia ke bilik air. "Bangun dah?" tegur Mak Senah, ibunya bila dia melintasi dapur. "Ya ibu" pendek jawapannya. Selepas mencuci muka lebih kurang, dia bersila di depan ibunya yang sedang sibuk meletakkan inti kentang ke acuan tepung karipap. Lantas dicapai satu acuan dan terus bersama ibunya menyediakan kuih karipap. 

   Itulah rutin Syahira. Membantu ibunya selepas dia tamat peperiksaan SPM. Membantu ibunya membuat kuih. Kuih itu akan di hantar ke kedai makan Pak Seman dan akan dijual di hujung simpang rumahnya. Tiada apa yang boleh dia lakukan di kampung ini melainkan menolong ibunya. Kalau mahu menoreh pohon getah, tiada pula kebun. Arwah bapanya hanya meninggalkan rumah pusaka dan sekangkang kera kebun kecil di belakang rumah. Kebun itulah ditanam sayur-sayuran kampung untuk dijualkan di kedai runcit.

   "Kau tak teringin sambung belajar ke Ira?" Soal ibunya memecah keheningan pagi. Dari tadi yang kedengaran cumalah bebelan DJ radio yang sibuk membaca SMS jiwang pendengar yang lain.

   "Takpe dulu lah buat masa sekarang. Biar Ira tolong ibu dulu" Jawapan Ira cuba berdalih. Di hatinya teringin sangat dia melanjutkan pelajaran. Keputusan SPM nya juga agak baik untuk meneruskan pengajian. Cita-citanya mahu menjadi akauntan tak kan dilebur begitu sahaja. Cemburu juga dia melihat Zurina kawan sekelasnya dulu di sekolah kini sudah di semester dua di UiTM. Tapi apa kan daya, kondisi hidup mengekang impiannya.

   "Hmm... nanti dah siap ni, tolong gorengkan donat yang ibu dah uli tadi malam ya? Ibu nak solat dulu." Ibunya cuba menukar topik dan bingkas bangun ke bilik air untuk berwudhu'. 

   Pintu bilik lagi satu terkuak. Terlihat abang Syahira keluar dari bilik dan terus duduk di sebelahnya. 

   "Hai, baru bangun putera raja ni?" usik Syahira.

   "Baru bangun? ni baru masuk subuh, bukan lewat pun. abang terbangun pun sebab dengar azan lah adik oi!" jawap Azlan sambil ingin mencapai acuan kuih yang ditinggal ibunya.

   "Hei! dengan muka tak basuhnya... Pergi basuh muka dulu..."

   "Hish! Ialah mak nenek! Kecoh!" terus Azlan ke sinki dan membasuh muka dan duduk semula di tempat tadi. Biasanya Azlan akan menolong serba sedikit kerja-kerja menyediakan kuih. Bila pagi menyinsing dia akan ke kebun belakang rumah untuk menguruskan tanaman. Itulah kerja mereka sekeluarga. Biarpun kekurangan, namun mereka tak lekang dek suasana gembira. 

   Selepas semuanya siap, Syahira pun membawa kuih-kuih tadi ke gerai di hujung simpang rumahnya. Mujur dekat, mudah di bawa berjalan kaki. Azlan pula akan menghantar kuih untuk kedai Pak Seman. Kemudian terus ke kebunnya.
  
   "Ibu, Ira berjual dulu ya?" kata Syahira sambil berlalu. tersenyum ibunya melihat anak berduanya berkeja tidak membantah. Malah terlihat mereka berdua yang satu berniaga dan satu berkebun. Kemudian Mak Senah akan ke dapur semula untuk mengemas dan kerja-kerja lain.

   Syahira mula menyusun kuih-kuih untuk jualan............................................


----Bersambung pulak----

8 comments:

shazleeshahazeman said...

selangor!!!

kamon,bukan teruk sangat.lastime kalah semi jek pon.(oh,adekah aku telah bercitrakan penyokong liverpool tegar?)

selangor!!

Edy G-Minor said...

whoa. khuzz, aku dah cakap. kan?

terus lagi. aku tunggu ni. hehehehe.

Khuzz said...

Hahahhaaa... ni cerita untuk menghangatkan suasana... jgn marah selangor tegar...

edy... aku mncuba... :)

camar putih said...

cepat cepat cepat sambung :D

Khuzz said...

rilek... draft dah ada... :)

Sepet said...

menanti sambungan ^_^

Khuzz said...

Insya-Allah... ;)

CintaZulaikha said...

sbg akak editor freelance..cerita awak mmg leh jual..teruskan. caiyok2