Tuesday, January 11, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 2)

   Syahira pun menyusun kuih-muih untuk memulakan jualan seperti biasa. Kuih-muihnya biasa dibeli oleh orang kampung yang mahu ke sekolah, ke kerja, atau pun suri rumah yang tak sempat menyediakan sarapan ataupun malas untuk menyiapkan sarapan. Lebih-lebih lagi karipap jualannya sangat sedap untuk dinikmati.

   "Dik, beri akak karipap RM2 dengan donut RM2." datang seorang pelanggan, Kak Limah, selepas baru 5 minit Syahira memulakan jualan. 

   "Boleh kak, ni dia", sambil menyerahkan bungkusan pelastik yang kuihnya masih panas dan berbau wangi.

   "Terima kasih dik, mana ibu kamu?"

   "Ada di rumah, kejap lagi sampai lah tu", jawap Syahira lembut sambil membetulkan alas meja yang kelihatan senget.

   "oohh.. Takpe lah. Mak cik gerak dulu ya?", terus Mak Limah mengayuh basikal tuanya untuk pergi ke kebun getah miliknya. Oleh kerana sudah pagi, Mak Limah hanya akan pergi mengopek getah susu yang sudah beku kerana ditoreh semalam. 

   Mentari kian menerik. Sang bahang pun makin garang membakar permukaan bumi. Para pekebun dan petani mungkin sudah kering keringat. Ada juga yang sudah pulang ke rumah atas urusan lain. Syahira masih lagi menjual saki-baki kuih-muih yang masih tinggal. Jarang sekali jualannya tidak habis. Kalau tak habis pun, Syahira dan ibunya akan sedekah kan kepada jiran-jiran sebelah-menyebelah. Dengan itu dapat jugalah dia membalas jasa warga kampung yang banyak membantu mereka sekeluarga. 

   "Assalammualaikum!". Sapa seorang pemuda yang agak asing di kampung itu.

   "Wa'alaikumsalam". Jawap lembut dua beranak itu.

   "Hmm.. tumpang tanya mak cik, errr.. kakak.. err.. kat mana ya rumahnya Pak Nasir?".

   "Pak Nasir?" soal kembali Syaira cuba memancing kepastian. Atau barangkali cuba mengingat kembali nama-nama Pak Nasir yang menjadi pengetahuannya.

   "Ala... Pak Nasir yang ada kedai runcit tu". Balas kembali lelaki itu untuk memberi gambaran.

   "Ooohhh... Pak Nasir tu? Tak jauh, abang jalan terus, ikut kiri, ikut kanan, abang tengok GPS.. Hahahaha!! Lawak tak saya?" Syahira cuba membuat lawak pukul 11 pagi.

   "Hahaha... Lawaknya adik ni" lelaki itu membalas dengan ketawa acuh tak acuh.

   "Hahaha... ok lah... abang jalas terus, nampak rumah yang bumbung hijau tu, abang belok kiri, pastu ada simpang 3, masuk kanan, kat situ adalah rumah Pak Nasir. Kedai dia betul-betul sebelah rumah Pak Nasir tu.". Panjang lebar Syahira menerangkan sambil Mak Senah mengemas lebihan bekas yang sudah habis di jual.

   "Ooh. Terima kasih cik adik yang kelakar" berlalu lelaki itu sambil melemparkan senyuman kepada Syahira.

   "Sama-sama"


   Dalam perjalanan lelaki itu berkata sendiri "Kelakar gila akak tu... hahahhaaa..."

*****************************************************************************


   "Assalammualaikum..!!"


   "Wa'alaikumsalam"... Jawab ringkas Pak Nasir tapi cuba mengamati wajah pemuda berdiri di depannya..


   "Hai, tak kan dah lupa kat saya ni? seloroh pemuda itu sambil menghulur tangan.


   "Ya Allah! Rizal!" terus menyambut salam yang dihulur lantas dikucup Rizal.


   "Macam mana kamu boleh tersesat kat sini? Kamu tu yang entah ingat entah tidak Pak Ngah kat sini."


   "Hahahahaaaa... Bukan sesat lah Pak Ngah... Saja nak berjalan..."


   "Tapi macam mana kamu boleh tahu Pak Ngah tinggal kat sini?" Pak Nasir cuba memancing kepastian. Sebab setahunya, Rizal cuma tahu nama kampung ini, tapi tak tahu alamat rumahnya, sebab sepuluh tahun dulu, Pak Nasir meninggalkan Kuala Lumpur untuk mencari hidup di kampung. Dalam sepuluh tahun itu jugalah Rizal tak pernah jejakkan kaki ke kampung ini.


   "Saya main datang je kampung ni. Lepas tu tanyalah orang-orang sini. Tu yang senang datang sini"


   "Oohh.. Takpe lah. Kamu masuk lah ke rumah dulu. Belakang kedai ni sahaja rumah Pak Ngah, Mak Nah pun ada di dalam, mungkin tengah tengok Wanita Hari Ini" Pak Ngah menjemput anak saudaranya masuk ke rumah.


   "Takpelah. Saya duduk dulu lah kat sini" Rizal menolak untuk masuk dulu ke rumah. Baginya agak biadap kalau baru berjumpa terus beredar. Lantas dia pun duduk lah di kerusi sambil menyalakan sebatang rokok demi melepaskan lelah.Pandangannya dilemparkan jauh ke jalan. Matanya terus menyusur di sepanjang jalan itu. Pak Ngah menarik sebuah kerusi lagi dan duduk di samping Rizal.

   "Tak kerja pula kamu hari ni?"


   "Hmmm... Saya dah kena berhenti kerja dah Pak Ngah.. Biasalah nasib orang bawahan. Kita boleh buat apa kan? Kalau mentimun dengan durian, melanggar kita rosak, dilanggar pun kita rosak"


   "Jadi? Kamu menganggur lah sekarang ni? Pak Ngah bertanya lagi.


   "Macam tu lah gayanya. Dah seminggu jugak lah saya bercuti panjang tanpa gaji ni... Hahahahaaa" Jawab RIzal sambil berjenaka mahu menyedapkan hatinya.


   "Tak pelah Rizal, Kamu berehat lah seminggu dua kat kampung ni sementara cari kerja lain. Tapi tu lah. Kami ni orang biasa, apa kami makan, itulah yang kamu telan... Kalau kamu makan batu, batu lah kamu makan.. Hahahahaaaa", Pak Nasir melawak.


   Mereka terus berbual mengisi kekosongan. Kalau ada pelanggan masuk, Pak Nasir akan ke kaunter dan melayan pelanggan, kemudian ke tempat mereka berborak tadi. Kelihatan Pak Nasir agak peramah melayan pelanggan. Dengan jenaka dia yang bersahaja, setiap pelanggan pasti diusiknya.


   Tiba-tiba kelihatan seorang gadis datang dengan sebuah basikal dan masuk ke kedai.


   "Haaaa... anak gadis paling manis dalam kampung.. Dah habis jualan?" Pak Nasir menegur. Rizal pula langsung tak endah dengan teguran Pak Nasir tadi. Sebab dari tadi memang semua pelanggan yang masuk akan ditegur Pak Nasir. Sebaliknya Rizal lebih suka memandang jauh kedepan mendalami masalah yang dihadapinya itu.


   "Alhamdulillah habis, Pak Nasir. Hmm.. saya nak beli bahan-bahan kuih ni"


   "Ha, iyalah" lantas Pak Nasir bangun dan melayan pelanggannya itu mengambilkan semua barangan yang memerlukan timbangan. Seperti kentang, bawang merah, ikan bilis, dan lain lagi. Rizal pula seolah dah kepenatan. Tapi langsung tak memandang ke dalam kedai.


   Selesai sahaja gadis berurusniaga dia pun beredar melintasi tempat duduk Rizal sambil memandang ke Rizal. Kemudian langkahnya terhenti.


   "Eh? ni awak yang tanya jalan tadi ni? kan?"


   "Eh? ni akak yang lawak sangat yang jual kuih tu.. Hahahaaa" terkejut Rizal.


   "Sampai sini tadi guna GPS tak?"


   "Tak lah. guna bintang. Bintag kan panduan untuk umat manusia yang berkelana?"


   "Ha'ah lah.. banyak bintang awak.. tengah hari buta ni.. bintang kat kepala awak tu je yang ada.. hahahaaa" berlalu gadis itu ke basikal dan berlangsung pulang.


    "Haih! baru 1 jam kat kampung ni, Dah ada yang berkenalan? hebat benar kamu ni" tegur Pak Nasir dari belakang.


    "Hahahaaa... takde lah Pak Ngah, budak tu yang tunjuk jalan masa nak ke sini tadi.. errr... By the way.. siapa nama gadis tu ya Pak Ngah? tanya pula Rizal sambil bersekangkan bahasa mat saleh.


    "Ceh! Mat saleh pulak kamu.. hahahhaaa... Nama dia Syahira. rajin orangnya tu.. Pandai buat kuih pula tu." terang Pak Nasir.


   "ohh" Jawab ringkas Rizal......




---Bersambung lagi... lalalalalaaa---

9 comments:

Mellyana Sara said...

cepat2 sambung! xcited ni!

Edy said...

ececeeeh. romansa kuih-muih beb.

style. aku suke beb. next!~

Khuzrin Kamarudin said...

Sabo2... hehehee... :)

hamzah ian said...

ah sudah.. hehe

umar yg cute said...

tggu sambungan nyerr >.< nice


jom letak yahoo smiles kat komen box entry

cimi said...

sambung !

Khuzrin Kamarudin said...

Sabor... sabor semua... huuuu...

shazleeshahazeman said...

hahaha lawak la siot!

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaaa... apa yang lawaknya ni Shaz?