Thursday, March 17, 2011

Kejadian Mati Lemas, Meninggalkan Seribu Keinsafan...

   Kalau korang nak kata ini cerita tipu, sila nafikan segera sebab ini cerita tentang kematian, bukannya imaginasi terlampau aku. Ini cerita benar, yang ingin aku kongsikan sebagai pedoman kita semua dalam menempuh liku danau ranjau hidup dalam dunia ini. Kalau Tuhan mahu ambil nyawa kita, bila-bila masa pun boleh berlaku tanpa mengira tempat dan waktu.


   Cerita bermula bila petang tadi, lebih kurang pukul 6 petang, aku sedang melayari laman sesawang rangkaian sosial, Facebook untuk melayan karenah peminat-peminat. Beberapa ketika kemudian, Hafiz Azman atau lebih komersial dengan nama Kekek pulang dari kuliah. Dengan tergocoh-gocoh, dia menukar pakaian dan mengajak aku untuk berjogging. Katanya untuk menjaga penampilan bagi memikat gadis-gadis. Namun hati kecil aku bergetus tak perlu untuk aku berjogging bagai sebab memang sedia maklum aku ni antara jejaka digilai gadis. (Cik Ila jangan marah aaa... kehkehkeh). Tapi demi menjaga hati nurani seorang kawan, aku turuti juga, lagipun dah lama aku tak berjogging. Kali terakhir ialah 2 tahun lepas. Terlalu lama. Kalau main bola, posisi menjaga gawang gol, memang 2 jam main pun takkan berpeluh.

   Kekek memilih lokasi Taman Utama Segamat, untuk menjalani aktiviti riadah petang kami. Sebab Kekek selalu juga jogging kat situ. Cuma ni kali pertama aku ikut. Lokasi tersebut bersebelahan dengan restoran "Secret Recipe", kalau orang Segamat mesti tahu tempat tu tapi aku sendiri tak pernah pergi makan kat situ. 


   Bila hampir sampai Taman Utama Segamat itu, kami dapati ramai orang. Kalau sebelum ni bila aku pergi, takkannya orang akan mengerumuni kawasan itu. Kecuali pasangan kekasih yang bercanda. (Tidak termasuk aku). Ada polis, bomba, ambulans, pasukan pengakap, kadet remaja sekolah dan tak lupa juga ahli jawatan kuasa kampung. Aku semakin pelik dengan situasi itu.


   "Kek, ada pertandingan memancing ke kat sini?", soalan aku pelik bercampur ingin tahu.


   "Mana aku tahu, ada artis datang tak?". Kekek menggulung ketidakpastian aku.


   Orang semakin ramai. Motorsikal kami parking jauh sikit sebab dah takde ruang kat situ. Ketika menuruni taman itu, Kekek pula bertanya sorang brader yang kebetulan mahu naik di atas.


   "Kenapa bang?"


   "Ada orang lemas"


   "Astaghfirullah hal azim" jelas aku dengar istighfar dari mulut Kekek. Aku juga turut beristighfar. Kami bergegas menuju ke tepi sungai di taman itu. Mencari port strategi untuk melihat kejadian lebih lanjut. Orang semakin ramai. Niat kami untuk berjogging terbantut. Memang inikah sikap orang Malaysia? Berkumpul sahaja lebih. 


   Kami lihat pasukan bomba mula melakukan aktiviti selaman untuk mencari mangsa lemas. Suara-suara sumbang para penonton semakin kuat. Pelbagai andaian, spekulasi, dan teori mula dikaitkan.


   "Budak kot yang lemas"


   "Ni mesti mabuk ni"


   "Bunuh diri tak, ish teruk betul orang sekarang ni"


   "Kes gaduh kot"


   Hati aku mengomel sendirian. Apalah mereka ni, membuat andaian negatif sahaja. Kalaulah aku ni wakil rakyat, dah lama aku tampar mulut mereka tu. Tak fikir kah perasaan ahli keluarga si mangsa kalau dengar suara busuk mereka tu. Aku lihat di satu sudut ada satu keluarga Cina berwajah gusar. Salah seorang dari mereka menangis. Mungkin mereka ahli keluarga si lemas. Namun pendangan aku teralih seketika ke satu kumpulan gadis-gadis comel. Mungkin juga mahu mengetahui apa yang berlaku.


   "Kek, kau tengok pukul 7 kau". Aku mahu berkongsi dengan Kekek permandangan itu. Tak elok tengok sorang-sorang. Pukul 7 itu merujuk kepada arah yang menggunakan sistem jarum jam. Tak perlu kami tunjuk. Cukup memberi arah. Memang ini sistem yang kami gunakan untuk menunjuk sesuatu. Pengaruh movie? Mungkin.


   "Ish! Cun gila Pot!"


   (Kalau korang rasa macam menyampah dengan perenggan yang atas ni, sila beritahu)


   Beberapa ketika kemudian, ahli bomba yang melakukan tugas menyelamat telah menemui si mangsa. Sudah meninggal barangkali berikutan kulit yang sudah keputihan dan kemudian mayat di angkat ke atas. Ahli perubatan yang bertugas mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia.


   Kemudian aku mengajak Kekek untuk beredar. Jogging dapat satu round pun jadi la. Alang-alang sampai situ. Kemudian kami pun berjogging dan kemudian pulang ke rumah dengan keinsafan yang berbuku dalam sanubari.


   Serius sepanjang menanti si bomba mencari mangsa, otak aku ligat memikirkan masa lampau aku. Dulu aku rajin pergi memancing. Dan kalau aku rasa geram dengan ikan-ikan yang tak nak makan umpan aku, aku akan turun ke tasik, atau sungai untuk pasang jaring. Ada sekali aku pernah pasang jaring ikan dalam lombong. Kedalaman yang melebihi paras kepala aku. Tapi geram punya pasal, aku tak peduli semua itu. Tapi kejadian itu betul-betul buat aku berfikir. Dan bersyukur Alhamdulillah aku masih lagi di beri nafas sampai saat ini.

2 comments:

muhamad afif said...

ak bace nie terigt plak jiran ak org cine lemas sbb bunuh dri..siap kuar paper metr0..mmg kesian..anak dh la 2org je,,adek dye satu kelas dgn ak,,ddk sebelh lg,,,dye ckp dgn ak mak dye selalu tekankan abg dye untk stdy..

Khuzrin Kamarudin said...

Hmmm... begitulah hendak-Nya.