Thursday, March 10, 2011

Maaf... Aku Terpaksa... =,="

   Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 Malaysia. Di sini aku mewakili blog ini, ingin menyampaikan satu berita yang kurang menarik. Berita yang barang kali menggemparkan tamadun dunia yang kian gempita dengan pergolakkannya. 


   Ya, mungkin segelintir pengikut blog ini tahu akan wujudnya sebuah cerekarayasa cerita yang berjudul "Mengukir Pelangi". Ya, sebuah cerita yang mengisarkan Rizal dengan kehidupannya. Namun di sini bukanlah aku nak cerita mengenai sinopsis cerita itu dan kronologi perkembangan cerita itu. Tidak! Tidak sama sekali. Cuma apa yang ingin aku beritahu ialah bahawasanya cerita tersebut bakal dihentikan setakat ini. Ya, setakat bab 6. Sambil bercucuran air mata aku menaip memo ni... =,=" 


   Hal ini kerana, cerita tersebut bukanlah aku hentikan sesuka hati, peparu dan limpa aku. jangan risau, cerita itu akan aku habiskan jugak tapi bukan dalam blog ni. Di arena lain? ya, insya-Allah akan di terjemahkan ke arena lain. (Itu pun kalau adalah yang ikuti cerita aku tu, hikhikhik). Mungkin aku macam Edy G-minor, seorang pemegang master dalam arena penulisan bebas? mengikut jejak langkah beliau? entah, aku pun tak tahu sebab beliau memang penuh dengan misterius. Macam yang edy pernah buat dengan cerita Siapakah Romzy? yang juga sangkut sampai bab 6. Pergi ar usyar cerita dia, lebih mantttoooppppp dari aku. 


Maaf semua orang. Akan aku update berkenaan cerita "Mengukir Pelangi" ini... tungggguuuuuuuuuu...

4 comments:

fara aieda said...

eiii....marah lak aiii......bestue ko nk smbg kt mne???
gtw aku t...

Khuzrin Kamarudin said...

insya-Allah perkembangannya akan diberitahu... :)

Sepet said...

waa sedihnya !
tape2 , akan ku tunggu sambungannya !
go go khuzz ! :D

Khuzrin Kamarudin said...

terimas sepet.. :)