Thursday, March 31, 2011

Malam Jumaat...

    Oleh kerana malam ni malam Jumaat, aku pun agak terpanggil untuk membicarakan mengenai malam Jumaat. Antara isu yang menjadi sebati dalam masyarakat melayu sejak dulu. Tapi, apa yang kita fikirkan mengenai "malam Jumaat" ni? Secara teori dan amnya, apa yang aku dan hampir semua anak melayu fikirkan pasal malam Jumaat ni ialah :

Malam sunat bagi suami isteri

Malam beribadah sunat

Malam ada hantu

Malam untuk ngankung atau menurun

   Namun begitu, apa yang aku ingin sampaikan atau hujahkan di sini bukanlah berkenaan malam sunat suami isteri bergasak di atas ranjang. Itu sudah umum bahawa kalau memproses anak pada malam Jumaat akan menghasilkan produk yang berkualiti walaupun natijahnya hari-hari lain pun boleh buat kerja. Hikhikhik..

   Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah berkenaan obsesinya umat melayu berkenaan penangan malam Jumaat ni dalam hidup mereka.

    "Ish, tak nak lah aku pergi sana sorang-sorang. Dah lah malam Jumaat ni."

    "Aku tumpang tidur bilik kau boleh?"

    "Malam ni kita baca Yassin kuat-kuat, kita halau hantu."

    "Yang.. yang.. malam ni malam jumaat."

   Itu antara dialog dan monolog dalaman yang sering dibahaskan tatkala malam Jumaat mengambil alih tgas malam-malam hari lain.

   Ada kepercayaan yang mengatakan bahawa roh orang mati akan datang ke rumah pada malam Jumaat. Adakah ini sebenar kejadian? Atau mitos? Atau lagenda yang ditokok-tambah menjadi sebuah halusinasi ngeri bagi umat-umat melayu lain. Wallahualam.

   Pada malam inilah akan ada orang yang kena kacau, rasuk, usik dan sebagainya dengan "akak-akak" yang nakal.

   "Betul, aku nampak pocong kat toilet tadi."

   "Eh, tadi bukan kau ke kat sini cakap dengan aku?"

   "Kenapa lah bulu roma aku tegak semacam ni"

    Kalau benar lah, maknanya "akak-akak" yang buat kacau ni makhluk yang ada akallah ya? sebab mereka dapat membezakan hari-hari lain dengan hari Jumaat. Asal hari Jumaat je barulah mereka mengganas. Hari lain mereka buat apa? Gathering kat pantai sambil panggang ayam?

    Dulu aku mengikuti latihan silat kat kampung. Ilmu persilatan dalam kampung kampung aku ni berkaitan dengan permainan kuda kepang. Yes. Sejenis permainan tarian yang pada asalnya merupakan persembahan secara serentak tapi bila dah sampai tahap memuja dan menurun, sang penari akan hilang pertimbangan. Jujur aku cakap aku sendiri tak main sampai ke tahap kuda kepang tapi ikut setiap aktiviti mereka. Kebiasaannya malam Jumaat akan dipilih untuk memuja sang semangat untuk meresapi tubuh sang penari. Bau kemenyan memang biasanya menyucuk lubang hidung dan kalau nak merokok waktu sang kepala mengasap kemenyan, baik lupakan. Kang tak pasal-pasal sedut asap kemenyan.

   Hari Jumaat juga biasanya dipilih tok bomoh tak kira yang betul atau yang tipu untuk menurun nombor. Bukan nombor telefon cikaro tapi nombor KTM. K-Kukuda. T-Tutu. M-Magnum. (ok ni dialog dalam cerita ngangkung). Biasanya bomoh akan memilih kubur tokoh-tokoh dahulu-kala ataupun kubur orang mati terseksa. Hari jumaat dipilih kerana menurut bomoh, malam inilah malam paling mujarab untuk mendapatkan nombor paling ong, paling kaya dan paling ong, dan paling kaya, dan paling ong, dan paling kaya. (Hahaha. apasal korang baca banyak kali?)

   Banyak lagi urusan-urusan misteri dan mistik yang dilakukan dan dijalankan pada malam Jumaat bertujuan untuk mendapatkan hasil yang lumayan, menjadi lebih hebat dan tak lupa juga untul menjadi lebih hebat di atas ranjang.

   Seharusnya malam Jumaat dan malam-malam yang lain, kita sebagai umat melayu khususnya umat Islam memperkayakan malam Jumaat ni dengan ibadah-ibadah sunat dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta yang maha Agung. Bukan semakin menyesatkan diri jauh ke lembah duniawi. Ingat syaitan bertepuk tangan bila kita sesat.

   Tapi apa kita tau? pegang Yassin pun bila takutkan hantu. Puuiiihh!!

20 comments:

muhamad afif said...

mlm jumaat..
klau awal ashari(antare pelakon yg ak benci)dlm cite syurga cinte satu ayat yg xleh org lupe,,`in london every night is friday night',,..

Cik Yana said...

Assalamualaikum :)
Nice sharing. Thanx :)

Entry terkini: Happy Birthday Superman!!! :)

Khuzrin Kamarudin said...

afif : hahaha.. maksudnya apa tu?

Cik Yana : wa'alaikumsalam.. :)

CintaZulaikha said...

bikin serem plak memalam gini...camno nak tido nih...kuikui

Khuzrin Kamarudin said...

errrr... seram ke kak? hikhikhik..

Penyu said...

org dulu dulu suka pojokkan kite dengan cerita seram malam jumaat. tapi dorg punya sebab. iaitu jumaat malam best tuk baca yassin.. buat amal ibadat. :)
nice entri yooo~~~

amny said...

banyak skip bace tadi bab bce tgah malam.. (takot)

T____T wuuuuu..! apsal entry ni amni bce mlm2...

sok sambung bce blikk..

huihuhu

ghost said...

malam jumaat tetap sama macam malam-malam yang lain..

nak tahu apa yang berbeda pada setiap malam..hanya malam minggu yang diraikan..

Khuzrin Kamarudin said...

Fadil : betul, untuk orang2 lebih kuat mengaji..

amny : hahaha... esok datang baca balik tau..

ghost writer : malam hujung minggu? rempit? hahaha..

noa said...

mai sini ko
ko tanya aku apsal aku baca banyak kali
nah amik, sekeh skali
*ko imagine je la yg aku tgh sekeh ko tau :p

ENTRY HOT : Nak Merajuk

YUL said...

apsal la malam jumaat org takot gile eh? padahal malam jumaat nie malam yang berkat, malam yang mulia drpd malam2 yang lain, hurm,

Khuzrin Kamarudin said...

Nora : adoi! adoi! hahaha...

Yul : betul tu...

.drakula. said...

malam jumaat bagi aku ,pasar malam la...

Khuzrin Kamarudin said...

tempat aku malam rabu..

Melle Abadi said...

malam jumaat adalah malam rebecca black. hahaha okay gua gurau.

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaa.. lagu celaka tu?

shazleeshahazeman said...

aku suka mode dakwah kau ni!suka!

Khuzrin Kamarudin said...

betul betul betul...

headbomb said...

huhu soram.. mai singgah blog daku lagi seram kekeke..

Khuzrin Kamarudin said...

ok.. jap g aku datang.. hehhee..