Thursday, March 3, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 6)

   Harlina cuba melelapkan mata tapi susah. Dia alihkan pandangannya ke sisi tingkap tapi tak berhasil untuk lena. Di tepuk-tepuk bantal  memujuk bantal untuk lelapkan tidurnya. Di renung syiling ke atas pula. Dalam renungannya. Kipas meja di sisinya masih setia berpusing untuk mengurangkan suhu haba di ruang bilik itu. Sudah lama Harlina tak dapat tidur lena. Sudah lama juga kepala Harlina penuh dengan saratan kusut yang membingungkan.


   "Tahniah puan, puan bakal jadi ibu", Harlina masih terbayang senyuman manis Puan Liza, doktor yang mengesahkan kehamilannya. 


   Namun bicara Puan Liza tak sedikit pun menerbitkan rasa gembira bagi Harlina. Malahan berita itu seolah satu rejaman ribuan batu ke tubuh cantiknya itu. Langsung tak disangka rasa mual dan pening yang dialami minggu-minggu lalu merupakan tamparan rentetan cerita seram untuk dia. Sudah ada nyawa baru dalam rahimnya. Ingatannya terimbau lagi jauh ke belakang. Pandangannya jauh mengikut alur angin yang meniup menggoyangkan pepohan di luar rumah. Jauh ke tahun dulu.


*********************************************************************************


   Lampu-lampu suram di restoran mewah menambah suasana romantis. Terlihat pasangan lain sibuk menyatakan rasa cinta. Ada yang melamar sambil diikuti muzik jazz yang mengasyikkan. Makanan yang dihidang juga bukan boleh dibayar dengan harga mamak. Kalau setakat pandu Perodua Kancil lebih baik parking kereta jauh-jauh. Kerana semuanya serba mewah. Serba tinggi profil para pelanggannya.


   "Wah, tak sangka you nak bawa I makan kat tempat macam ni" Harlina bersuara sedikit teruja.


   "Mestilah, ini baru sikit tanda sayang I tau", suara Hisyam bernada macho.


   "I tak pernah tau makan makanan ala-ala Perancis ni" 


   "Sebab tak pernah lah I bawak you, nanti kalau kita nak pergi oversea kan senang"


   "Terima kasih Sayang, ni yang I sayang you lebih ni"


   "Ehem?"


   "Ye lah, kalau nak harap si kolot tu, makan kat warung ala-Thai pun sebulan sekali belum tentu dapat."


   "Hahahaaaaa... Ni you keluar dengan I ni, dia tahu tak?"


   "I cakap ada dinner dengan kawan-kawan. Hemm, you..." Harlina bersuara manja.


   "Apa dia sayang?", Hisyam merenungkan pandangannya jauh ke anak mata Harlina.


   "You jangan main-mainkan perasaan I tau?"


   "As you wish my dear". Ringkas jawapan Hisyam tapi penuh bergaya. Dipaut tangan Harlina dengan kedua-dua tangannya. Tidak ada tanda-tanda protes dari Harlina. Tidak ada tanda marah atau mahu menarik tangannya. Dia hanya membiarkan meskipun dia tahu dia masih pacar kepada orang lain. Rizal. Ya, nama Rizal seolah hilang jauh dari mindanya. Yang ada cuma seorang lelaki yang sedang kemas memegang tangannya. 


   Dengan bersahaja, Hisyam terus menyarungkan sebentuk cincin ke jari runcing Harlina. Permata yang harganya bukan ratusan menjadi takhta cincin tersebut. Kini tersarung rapi di jari manis Harlina. 


   "Eh, apa ni Hisyam?" Harlina sedikit terkejut.


   "Tanda sayang I pada you. Asalkan you mahu jadi milik I, banyak lagi bukti cinta I menanti you"


   "You ni kan" Sambil Harlina menepuk bahu Hisyam. Perbualan mesra mereka berlanjutan di situ. Bertepuk tanpar sambil mengungkap ucapan sayang. Semuanya serba indah bagi Harlina. 


   Bunyi petir seolah hampir hujan ketika mereka keluar dari restoran mewah itu, Hisyam tak terus pulang ke rumah Harlina. Tapi terus ke rumah miliknya. Hampir kepada seni bina rumah agam, tersergam indah. Cantik. Ada pancuran di pagar masuk. Dekorasi landskap pokok-pokok menambah seni rumah tersebut. Dari pagar, ke lantai, sampai ke muka pintu, semuanya bukan dari tempatan. Tapi dari negara luar. Rumah yang tenang kerana agak jauh dari kesibukan bandar.


   "Kita masuk rumah I dulu jom, tengok rumah I"


   "Errr, hmmm.. baiklah"


   "Mari sayang, sambil merangkul erat pinggang Harlina"


   "Besar kan rumah you? Mana family you?"


   "Mereka ke oversea, melancong"


   Harlina terus dipimpin ke kamar milik Hisyam. Dia pun tak tahu kenapa seolah ada kuasa yang membiarkan dia menurut dalam rangkulan Hisyam. Masuk ke kamar terus duduk di katil sambil tangan Hisyam masih belum sudi melepaskan Harlina. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit milik Harlina dalam beg tangannya berbunyi. Terpapar discreen telefon bimbit "Rizal cayang". Harlina pandang wajah Hisyam.


   "Angkatlah" Hisyam bersuara. Harlina terus menekan butang terima dan menjawab panggilan dari pacarnya itu.


   "Helo, awak ni kenapa asyik nak kacau je?"


   "Awak yang senyap tak pasal, sekarang dah pukul sebelas, satu SMS pun takde, ye saya risau." Terdengar suara Rizal dihujung talian.


   "Kan saya cakap saya keluar dengan kawan-kawan. Mestilah saya senyap, takkan lah 24 jam nak tengok handphone je, dah lah awak, nanti apa pulak kawan-kawan cakap, jangan jadi macam budak-budak, matang sikit. bye!"


   Belum sempat Rizal membidas, Harlina pantas mematikan talian. Dipandang semula ke arah Hisyam yang sudah pun bertukar pakaian. 


   "Hai, busy nya dia ni" Hisyam kembali duduk di sisi Harlina.


   "Takdelah, kenapa you tukar pakaian? Nanti nak hantar I kan?


   "Malam ni you tidur sinilah, teman I" 


   Sambil tersenyum lembut Hisyam merebahkan badan Harina ke tilam empuk miliknya. Tiada tanda melawan dari Harlina. Dia pun tak tahu kenapa dia begitu mudah baring. Dia begitu mudah menyerah. Tanpa dia sedar bibir seulas limau miliknya sudah bertaut dengan bibir Hisyam. Dia sudah pun mengalah dengan tuntuan Hisyam. Harlina cuma akur bila selimut sudah membalut tubuh mereka berdua. Ketika itu jugalah sang iblis bersorak menyaksikan aksi cinta mereka sambil rintik hujan semakin lebat menenggelamkan suara resah Harlina. Tenggelam dan terus tenggelam.


*********************************************************************************


   "Sudah lah Rizal, antara kita dah tiada apa, lupakan sahaja saya ini" Harlina mebusurkan panahan halilintar ke dada Rizal.


   "Tapi kenapa Lina?, Apa dosa saya?"


   "Awak sendiri tahu" Harlina memandang ke arah kereta yang dalamnya Hisyam sedang duduk di tempat pemandu.


   "Sebab lelaki kaya awak hancurkan perasaan ini?"


   "Faham-faham sudahlah, lagipun antara kita sudah tak serasi lah. Ini pertemuan terakhir kita. Lupakan je lah saya."


   "Baiklah Lina, kalau ini pilihan awak, tak guna saya merayu lagi. Tapi ingat, doa orang teraniaya akan dimakbul serta-merta ingatlah, dan saya harap biar Allah tunjukkan dan beri pengajaran kepada awak"


   "Kau tak payah nak berlagak Islamik lah lelaki kolot. Pakwe aku dah tunggu dalam kereta, kitorg nak pergi ke Langkawi, Bye."


   Kata-kata panah berapi itu mengiringi pemergian Harlina ke kereta itu sambil Rizal menahan genangan air matanya.  Sungguh tak dia sangka nilai kesetiaan yang dia taburkan selama ini dibalas mudah dengan satu pengkhiantan. Sungguh kejam. Pandangan Rizal masih gagah memandang senyuman Harlina yang dilemparkan untuk lelaki disebelah Hrlina itu. Terus sahaja kereta itu meluncur membelah angin meninggalkan sekujur nyawa di situ.


********************************************************************************


   Rizal terkedu, ada rembesan air dihujung anak matanya. Dilarikan pandangannya dari melihat terus wajah ayu Syahira. Dia tak mahu kejantanannya tercalar dengan air mata. Dia tak mahu maruahnya hancur di depan gadis kampung.


   "Awak kalau nak menangis, menangislah, janganlah ego" Syahira bersuara. 


   "Maaflah sebab saya yang buat awak ceritakan semua kisah lama awak", Syahira menyambung. Terasa serba salah kerana dia yang memulakan topik tentang cerita cinta Rizal. Namun Rizal masih diam melemparkan pandangannya jauh melihat anak-anak kecil bermain layang-layang. Ada juga sekumpulan yang bermain bola mendirikan selipar jepun sebagai tiang gol. Ada yang bermain buaian, dan pelbagai lagi permainan kampung. Ada satu dua gerai minuman dan pisang goreng di tepi situ. 


   Sekali sekala Rizal akan berjumpa Syahira di tepi padang permainan sambil duduk di meja rekreasi yang memang disediakan untuk orang kampung. Sambil mengunyah goreng pisang dan minum air tebu. Mereka berdua juga sudah semakin akrab dan orang kampung pun tahu memang situlah tempat mereka berjumpa. Semenjak perniagaan Rizal mula beroperasi di pekan, Rizal memilih untuk menetap sahaja di kampung itu. 


   "Maafkan saya awak" Rizal tersenyum tawar. "Macam budak kecik pulak saya ni"


   "Apanya budak kecik? Orang besar tak boleh menangislah?"


   "Tapi saya masih muda dan comel"


   "Dah mula lah perangai perasan dia tu"


   "Hahaha.. Terima kasih sudi dengar cerita ini"


   "Takda masalah" Senyuman Syahira menggugat rasa Rizal.


   "Awak" Syahira bersuara lembut.


   "Jangan diingat lagi cerita lama ya?"


   "Ya saya mencuba, sikit-sikit hilanglah"


   "Ira kan ada"


   Tersentak sedikit Rizal mendengar ungkapan "Ira kan ada". Tapi dia sembunyikan dan senyuman terukir secara automatik. 


   "Haaa, kan manis macam tu"


   "Ada-ada je lah awak ni" Rizal jauhkan pandangannya. Terasa ada kebahagiaan bila dia dengan gadis bernama Syahira. 








Bersambung lagi.... chis chis chis!!! (Maaf sebab lama tak update cerita ni, sebenarnya asal nak menulis je ada je orang ajak main game lah, keluar minum lah, hahahahahaa---konkrit tak alasan aku?)

11 comments:

Edy said...

aduhaiiiii. first-first aku rasa agak erotis. then, part harlina tinggalkan rizal tu, mmg agak tacing. but ending utk chapter ni memang sweet. sumpah sweet. ahhhh! kenapa aku kena komen ala ala kegadisan macam ni? maaf. maaf. uhuk. teruskan, keep on going. carry on.

*sambil mengengsot keluar.

Khuzrin Kamarudin said...

Hahhaaaa... terimas edy... kau ada support je cerita aku ni... terimas.. aku pn dah semakin teruja nk smbung cerita ni... :)

An Najwa said...

adui bsambung lak...potong line tol rrrrr....hehe

An Najwa said...

adui bsambung lak...potong line tol rrrrr....hehe

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaaa.. sabor cik najwaa... ada smbungannya... :)

Allah's Servant said...

boleh buat novel dah ni :)

Khuzrin Kamarudin said...

insya-Allah... :)

diya jamal said...

pergh. nanti baca ni! hehe

CintaZulaikha said...

ada rasa nak publish buku tak?? serius tya nih..

Anonymous said...

lmenye tgu smbungan dr bab 6 nie...huhuhuhu

dee said...

ada bakat..keep it up.. :)