Thursday, March 10, 2011

Misteri Keretapi

   Ok... Cerita misteri lagi. Tapi sila nafikan dakwaan kalian kalau korang nak samakan blog aku dengan Mastika atau Harian Metro atau aku kuat tengok DVD. Sila nafikan segera. Sebab aku cuma cerita apa yang aku alami dan bukannya khayalan fantasi aku.


   Cerita bermula bila aku balik ke kampunag aku, Paloh untuk menyertakan diri ke kenduri tahlil yang keluarga aku anjurkan. Khas untuk ahli keluarga yang sudah lama pergi dan juga doa kesyukuran untuk adik aku paling kecik, Mohamad Haziq Aniq, 4, yang baru selamat dikhatankan. Dia terpaksa dikhatankan atas khidmat nasihat doktor demi kesihatannya.


Kecomelan beliau mengikut abangnya


   Malam esoknya baru aku balik semula ke Segamat dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Hampir pukul 11 barulah keretapi tiba dan di sinilah cerita bermula. Aku beli tiket RM3 je, jadi takdelah tempat duduk khas. Aku duduk sesuka hati, limpa dan paru-paru aku je. Train cuma ada tiga gerabak dan dua daripadanya penuh. Aku malas nak bersesak jadi aku pergilah ke gerabak paling belakang dan gerabak itu kosong. Malas nak fikirkan benda yang bukan-bukan jadi aku duduk je lah kat gerabak kosong itu. Duduk terus keluarkan Majalah Ujang yang sempat aku rembat kat rumah. Ye lah, kalau takde Ujang, hidup aku tak tenteram. Aku dan Ujang tak dapat dipisahkan.

   Baru 20 minit baca, aku dah rasa bosan. Jadi sebagai membasmi rasa bosan tu, aku keluar ke laluan antara gerabak sambil pekena bahan tembakau sebagai menghilang bosan. Baru berapa pam, ada sorang brader ni tegur aku sambil salam tangan aku.

   "Dari mana mahu ke mana?" brader tu tegur dengan sopan.

   "Dari Paloh nak ke Segamat. Abang pulak?"

   "Kluang nak ke Labis"

   "Oh" dan perbualan diteruskan. Sambil brader tu pun nyalakan bahan tembakau Aku memang macam ni. Sebab tu lah aku suka naik train. Senang nak berbual dengan orang kalau bosan. Dalam rancak berbual, tiba-tiba brader tu mengutarakan isu "hidupp". Yes, isu hidup. Macam mana korang nak sara hidup kat dunia ni. 
  
   "Dik, dunia sekarang ni kalau nak hidup, semuanya kena ada ilmu, kalau tak, orang pijak-pijak kita. Tapi kalau kita berjaya, sedara-mara semua respek kat kita, semua tabik hormat kat kita" brader tu berbicara gaya pensyarah terhormat. Dan tak semena-mena brader tu letak jari telunjuk dan jari hantu dia kat dahi aku. 

   "Dik, kau pernah eksiden dulu kan?" Soalan brader itu membuatkan aku terpinga-pinga. 

   "Err.. ha'ah."

   Brader tu cerita sedetailnya perihal kemalangan tu walaupun aku tak de pun cerita semua tu. Kalau korang belum tahu macammana tragis nya aku eksiden dulu sila baca kat sini (Angkara lori putih itu). Masakan aku tak terkejut? Dia ada jugak cakap pasal masa depan aku tapi aku takkan ambik port dan percaya. Dia pun cakap jangan percaya pasal masa depan yang orang tilik sebab tu dah jatuh syirik.

   Dia jugak ada cakap jangan lupa keluarga. Sampai je dekat Labis, dia pun turun dan sempat dia cakap "Jangan lupakan Labis ok?" Aku tak tahu apa maksud dia jangan lupakan Labis. Mungkin sebab kalau jumpa dia kat mana-mana, tegurlah. Bila dia turun, aku sempat kerling dia, lepas tu aku toleh kanan. Toleh kiri balik tempat brader tu gerak, yang aku nampak cuma suasana malam. Takde sebarang tubuh pun kat situ. 

   Apa jadi ni? Aku jadi karget, lidah aku terkelu, terkedu, suara aku terus bisu. Aku cuma lepak situ je malas nak masuk gerabak yang kosong tu. Bila nak sampai Segamat, ada bau wangi seolah lalu belakang aku. 

   Aku buat biasa sambil call member aku untuk jemput aku segera kat stesyen keretapi Segamat nanti.

   Kalau jadi kat korang, apa korang buat?






8 comments:

BadekGonzalez said...

kalau aku, aku bogel je.haha.

tapi,agak seram ah gak.mungkin ko tak smayang n malaikat sergah2 kot.ntah.

Khuzrin Kamarudin said...

Chis kau badek!!

cik miera said...

hmmm dia bg peringatan kot..ha,,!!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

huhuhuh....kenapa la cerita kamu ni saya pilih utk baca di waktu yg salah hehehehe

hmm klu jadi kat saya... mesti time tu rasa nak pengsan+nak terkucil (ntah ntah terkucil bebetul kot)

Khuzrin Kamarudin said...

Cik miera :mungkin.. huhuhuuu..
Nazsabrina :hahaha... tuan yg merasa ni pun bila ingat balik.. menggeletar je rasa...

Alfaziey said...

aku jdk heran la..............

cik ziqa said...

aisehh..begitu pula..

hee... :D beliau beri peringatan brgkali.

Mrs.PaPaDom said...

hehe..tapi plik gak kan die leh tau kesah2 awak uh?