Sebenarnya aku perhatikan dalam dua post aku sebelum ni Dua misteri dalam dua hari berturut dengan Misteri keretapi merupakan antara post yang popular dan telah mencatas novel tulisan aku sendiri. (Dalam blog ni la). Diikuti pendapat kawan aku bahawa cerita misteri memang mendapat tempat dihati pembaca. Jadi, aku tengah layan-layan cerita misteri yang ada kat dalam internet ni, aku terjumpa lah satu cerita yang agak menarik untuk dikongsi. Ini bukan cerita aku tapi aku taip dengan tengkuk meremang walaupun jam pukul 3:19 petang (waktu Malaysia).
Ok, jadi kita teruskan cerita kita yang ala-ala majalah Mastika ni.
Mungkin tak ramai kenal siapa Alda Risma. Aku sendiri pun tak kenal. Mungkin namanya sedikit tenggelam dek arus kelajuan muzik di Malaysia ini. Alda Risma, seorang penyanyi dan pelakon dari Indonesia dan mencipta nama di Indonesia. Namun usianya tak panjang apabila ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Jakarta. Menurut spekulasi beliau meninggal kerana overdos berikutan di tubuhnya ada kesan suntikan. Namun ada spekulasi juga bahawa beliau telah dibunuh.
Lagu yang paling popular beliau ialah lagu "Aku Tak Biasa" namun yang aku nak kongsi bukan pasal lagu ni. Tapi sebuah lagu lain yang memberi persoalan. Lagu itu bertajuk "Menanti Kasih".
"Apa yang misterinya? Elok je tajuknya?"
Memanglah tajuknya macam lagu jiwang ala-ala New Boyz suara hingus tersumbat. Ok. Lagu ni merupakan lagu terakhir yang beliau rakamkan sebelum ditemui meninggal dunia pada December 2006.
"Ala, Lagu Salam Akhir dari Sudirman pun lagu akhir beliau sebelum meninggal dunia"
Lu jangan membantah boleh tak? bagi aku cerita habis dulu. Lempang kang baru tau. Ok. Berbalik pada cerita. Memang lagu Sudirman tu agak angker. Sama kisahnya dengan lagu Sudirman, cuma lagu ni tak ramai tahu. Jadi biarlah aku cerita. Chis!
Ok. Sekarang korang layan lagu ni sambil baca liriknya :
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai
Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati
Reff :Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu
Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti
Amacam? Ada perasan yang pelik tak? Lagu terakhir beliau sebelum meninggal dunia. Sejauh mana pun misterinya, Cuma Allah yang tahu. Ok sekarang aku nak cari selimut. Sejuk.
Oh ya, dengar cerita dari kawan aku, dekat kolej kediaman dekat UiTM Segamat kena kacau sejak pembesaran padang dilakukan? Betulkah? Seriau bai.... awwwwuuuuuuuuuuuuuu.....
27 comments:
serem ah ! :S
Errr... seram kan? (-_-")
tak seram ppown...lalalalaalalalala
ye ke ni dek? em? em? em?
no more talian hayat......itula sebenar2nye...hehehe
aiceh... padahal.. kau tak dengar langsung lagunya kan?
Hi Khuzrin Kamarudin
Hmm agak pelik lirik tersebut ...bila di baca pada tgh malam ...terasa hehehehe angker?
hai Nazsabrina.. :) wahh... ada Suprs melawat sini... jgn risau.. kita sama2 london.. muehehehee... tapi org di sini Chelsea.. bukan Spurs...
hmmm.. tu ar.. lagu pun seram.. kisah di sebalik pun seram...
Oh chelsea ek.
well...hopefully your team cam kick MU again :P during qrtr final of uefa.
Hahahaaa... tp saya memang sokong Spurs jugak.. mereka main chun... hehee...
Chelsea: pride of london... muahahhaha..
blue is the color,
football is the game..
---kick MU!!!---
wow!! biar betul lirik cenggitu..seram tu..:)
memang seram... awuuuuu... hahhaa...
hehehe
imagine lak kalau kamu dgr org nyanyi ni di waktu malam
" air pasang dlm..surut pukul 3, nyonya bgn pagi..siram pokok bunga"
Kenapa Naz? kamu pernah terdenar ke? huhuhu..
lagu detective conan lg seram la sial.... dr Dato' C
aku ta nak dgar...
takot..
kunk x tido aku...
hehehhehehe
aku post kat member2 aku.....suma cakap..................babi kau....atau terngiang siot lagu ni..atau ko menghantui hidup ku....aku naik moto kena jalan jauh2 pasal nak ikut jalan terang
ety : hahahahaa.. dengarkan sahaja..
Aku hanya manusia : ya je? kau post kat mana?
perlu ke die ketawa mcm mengilai? takot ah
siul j lagu ni....gelak cmtu....mak aih, gilo ko ajak org mati...lalalalala
salam.. pasal lagu ni..lain pula yg aq dgr.. alkisah menceritakan bhw arwah disahkan telahpun mati seminggu oleh doktor ketika ditemui, namun yg misterinya, puak studio mmberitahu bhw 3 hari sebelum dia ditemui mati dia pergi studio buat recording lagu nih.. doktor telah sahkan dia da mati smggu.. (huh?? then sape yg g wat recording lagu nih.. klu tgok lirik pun, mcm ade smthng wrong jer..seram siih...)
seram juga lagu ni. ingin nak dengar lagu real dia ni. camne agaknya eh
Seriously lagu ni seram . Meremang bulu roma wei aku dgr.
Seriously lagu ni seram . Meremang bulu roma wei aku dgr.
Tak seram pun
Tak seram pun
Nak tipu ssh jgk,tp..selepas dengar lagu tu,sye panas badan...xpernah dengar pon lagu tu,tp ade seorng pompuan post dekat Fb y dia trauma dengar lagu tu,sy x pcya...slps tu sye mntk tajuk lagu tu dn dengar,xlama dr tu sy dah panas badan.
Post a Comment