Saturday, April 9, 2011

Cabi : Dilahirkan untuk menjadi lagenda...

Dan kini, kau menjadi lagenda hidupku,
Berjanji kami bersatu-padu,
Agar sentiasa mengharumkan namamu,
Oh Malaysia, 
Tanah airku yang tercinta...

---petikan lagu dari Ultras Malaya, keranamu hatiku Malaysia---


    "Kenapa tajuk pasal Cabi, tapi lagu dari Ultras Malaya?"

    Hal ini bukan lah kerana beliau merupakan pemain Harimau Malaya yang menjulang Piala AFF, tapi kerana ingin menunjukkan betapa aku menganggap Cabi layak berdiri dengan senior-senior lagenda yang pernah aku kenal. Legenda yang memang tiada galang gantinya. 

   "Tapi, siapakah Cabi?"

   Cabi, pada first impression mula-mula aku kenal dia, sebagai senior yang poyo, macam bangang, tak hensem, muka perogol bersiri dan pelbagai carutan yang boleh kalian tambahkan segera. 

    
Tengok muka pun dah tahu dah penuh konflik keyakinan diri


   Namun begitu, semakin berhari aku kenal dia ni, semakin kuat aku katakan, "He is a legend!"

   Kami, dididik dalam kolej kediaman yang dianggap siswi-siswi sebagai kolej yang hitam, kolej gengster, kolej tak bertamadun. Namun harfiahnya tidak! Tidak sama sekali, kolej ini mengajar erti kehidupan sebagai lelaki sejati yang gagah dan kacak. Ok, stop cerita kolej.

   Banyak dah kenangan kami dengan Cabi ni. Serius banyak. Jual nasi lemak, kena kejar pak guard, buli pelajar junior (aku tak, aku baik), masuk pertandingan sudoku, memancing di lombong, makan megi pau junior, dan beberapa lagi kehidupan penuh beretika yang lain.

   Antara kisah yang membuatkan aku anggap dia ni legenda penuh misteri ialah :

   Ada satu ketika, kami mengadakan satu parti yang dianjurkan di wing kolej kami. Bertemakan "Bachelor night party". Ada banyak kostum yang muncul malam tu, antaranya seorang junior lelaki yang berpakaian bikini. Parti punya parti sampai lah habis.

   "Tu pun legend ke? kamon ar"

   Belum lagi. Kisah bermula bila timbul idea untuk menggegar kolej siswi dengan memakai bikini tu. Aku tak join benda gila ni sebab aku blah awal. Ah, suka hati ar nak percaya ke tak. Menurut Cabi, mereka berjaya menyusup masuk ke salah satu kolej siswi sampai ke tingkat 1. Mereka telah menggantungkan coli yang dipakai junior lelaki tadi di wing kolej siswi itu untuk bergurau kemudian mereka beredar segera. Di coli tersebut bertulis nota :

   "Ini coli mangsa kes rogol"

   Dan pada nota tersebut dikepilkan sekali nama-nama nickname masing-masing. Konon-konon nama-nama si perogol.

   Esoknya, pak guard menggegarkan wing untuk mencari pemilik nama-nama yang dikepilkan di coli tadi. Namun usaha mereka hampa sebab, mustahillah untuk trace mereka cuma berdasarkan nama nickname. Kemudian kolej siswi berkenaan dikawal rapi.

   Ahh... masing-masing dah grad, biar cerita ini diumumkan. Muahahaha...

   Sehingga kini, kes tersebut menemui jalan buntu kerana kehebatan Cabi dan konco-konconya memutar-belit keadaan. Cabi, kau memang penjenayah berprofil tinggi.

Cabi bersama teman baiknya.


    Sebenarnya aku terperasan kat fesbuk, hari ni birthday Cabi. Hahahhaa..

    Kepada Cabi atau nama penuhnya Danial Zaini , Happy Birthday bro. Semoga kau berjaya hendaknya dalam apa jua profession yang kau sedang tempuhi. 

   Pergi ar wish... Hahaha... 




Dibawakan khas oleh :



18 comments:

meowwmania said...

hepi birthday juga utk Cabi hikhik..

meowww....

CintaZulaikha said...

selamat ulang tahun Cabi~~

cik ziqa said...

ahaaa..gila jahat korang ni...wee.

anyway,,hepi bufday CABI.hee

;)

♥sophie♥ said...

giler kentang ! hahaha

papepon,, HB to cabi ~ lalalalalaala :)

Ifti Larina said...

erk haha siotnye korang! hehe eh cabi tu muslim or not? tu anjing kan?

lisa said...

Happy Birthday ---> Cabi :)

aQimie Ceplos said...

HAHAH !! kes ni mase tu aku part1 hehee!

dasyat tol korg ni.. ahah ! hambik kau pakgad naik wing.. ehehe

Khuzrin Kamarudin said...

meowwmania : meow.. meow..

kak Cinta Zulaikha : nanti saya smpaikan... :)

cik ziqa : mana ada jahat... hikhikhik.

sophie : potato people? hahhaa

ifti larina : cabi muslim.. gambar tu diambik jauh2, terus dia lari.. macam bongok.. hahah..

lisa : nanti saya smpaikan.. hikhik..

aQimie : kau ada dlm kejadian tu? kau SR jugak?

Amirrah Zawani said...

happy Birthday Cabi a.k.a penjenayah berprofile tinggi.. haha!! :)

Khuzrin Kamarudin said...

Dia suka digelar penjenayah berprofil tinggi..

little cart00n said...

hepi birthday juga cabi! :P

aReTikZ said...

Hepi bday untuk Cabi yang muka legend tp hati kiut.. ahakz..

kay_are said...

name nye pelik betul.. hepi besday kat brader cabi tu.. huu

Khuzrin Kamarudin said...

little cartoon : nanti saya sampaikan.. hikhik..

artikz : takdenya hati kiut.. hahha

kay are : hahaha.. takde peliknya...

Bungakopi said...

cabi tu kenapa ada gmbar ngan hanjeng plak.

Khuzrin Kamarudin said...

itu cuma nak tunjuk konon dia gengster.. sbnarnya penakut tahap dewa.. hahaha..

syAzAnA said...

cehh. nak amek gambar dgn anjeng jauh2. haha

alinlon said...

gile nakal korang hehe .