Tuesday, April 12, 2011

Golongan Remaja (Gadis) : yang pernah aku jumpa...

   Kalau sebelum ni, aku ada post pasal golongan remaja yang pernah aku jumpa. Tapi tu khas untuk golongan lelaki. Golongan yang best juga tak lupa golongan yang menganoyyingkan. So, sekarang, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita berkenalan pula dengan golongan gadis-gadis yang pernah aku jumpa. Yang ini adalah dari pemerhatian aku. Siapa terasa harap maaf. Jom tengok ada tak korang kat bawah ni, atau awek korang.. Ngehehhee..



Golongan Mak Datin Vavavoom


   Mereka ni sebenarnya bukanlah wanita yang mendapat title datin dari title yang didapati oleh suami mereka. Mereka pun cumalah gadis, jadi takkan dah kahwin. Ya dak?

   Ok. Golongan macam ni aku jumpa masa belajar kat UiTM. Biasanya mereka akan bersolek terlampau-lampau walaupun sebenarnya cuma nak pergi kelas. Dress-up pun macam nak pergi dinner hujung tahun padahal cuma nak pergi makan kat dinning. Kelompok mereka tak berapa ramai tapi tetap menjadi perhatian. Ya lah, kalau dah gaya pun menggelabah gila-gila, siapa-siapa pun terpandang.

   Golongan ini biasanya memang cantik-cantik dan akan berlatarkan keluarga berada. Kalau tak berada pun, memang akan menghabiskan duit pinjaman PTPTN dengan menggayakan diri mereka sendiri. Lagi satu, biasanya mereka akan berlagak pandai. Speaking nak mat salleh tapi tak sedar kulit sawo matang darah ada darah jawa. 

    Yang lelaki biasanya akan merapatkan diri mereka dengan golongan gadis begini. Sedikit sebanyak mereka juga merasa harta mak bapak si gadis tu. Ya dak?



Gadis-gadis tomboi


   Yang ini rasanya tak perlu diterangkan lebih lanjut. Tapi aku tetap nak cerita jugak. Peduli apa.? Ni blog aku, aku diktator yang kejam! Huahahaa. Ok ok ok.. Berbalik kepada cerita.
   
 Seperti yang sedia maklum, gaya pemakaian mereka akan seakan-akan lelaki. Baju yang dipakai biasanya tebal bagi menyembunyikan identiti mereka sebagai wanita terutamanya di bahagian dada.Gaya percakapan mereka ala-ala rempit.

    Ada sekali aku pergi kedai makan dengan member. Datang pelayan yang berkasual seperti yang aku maksudkan di atas. Aku pun tanpa ragu-ragu :

   "Errr, Abang.. Teh O ais kurang harga satu."

   Selepas seisi order mengder, budak tu datang hantar pesanan. Tiba-tiba aku bersuara lagi.

   "Err, kak, nanti bawakkan sup kosong ya?"

   Muka budak tu merah padam. Aku pun bingung. Kalau betul dia perempuan, kenapa nak malu? Member aku cakap itu memang perempuan. Ah sudah. Biarlah.

   Baca paper sekarang pun golongan-golongan macam ni banyak merosakkan hubungan murni orang lain. Pengkid? Hmmm..



Golongan gediks


   Gadis-gadis macam ni, lebih kurang macam golongan mak datin tadi. Cumanya mereka kurang bergaya ala-ala debabom. Mereka biasa-biasa je. Tapi bila berbual. Menggelabah merenyam. Kamonlah. Takkan lah tak pernah jumpa lelaki hensem macam aku sebelum ni?

   "Pot, aku rasa kau yang gedik sekarang ni."

   Mana ada? aku cakap benda betul. Kalau cantik tu boleh terima lah walaupun sebenarnya tak nak terima. Tapi kalau dah tak cantik? Tambah dengan perangai konon-konon dia lah terbaik mengalahkan Lisa Surihani. Lepas tu suka buat suara. Tambahan lagi pesen-pesen suka merajuk. Nanti akan adalah hero yang datang memujuk. Grrr...

   "Memang lah perempuan suka dipujuk."

   Ya. Aku tahu tu. Tapi kalau benda kecik pun nak merajuk-merajuk. Buat assignment terlewat datang terus dah tak nak buat. Tertumpah air atas meja pun nak merajuk. Terkutuk lelaki pujaan mereka pun nak tarik muka. Apa kah itu semua?



Gadis kahwin cepat.


   Yang ni aku perhatikan biasanya gadis-gadis dari pedalaman. Habis SPM, terus je menikah. Ada tu belum SPM lagi dah bertunang. Ada lagi tak yah ambik SPM terus kahwin. Mereka ni ada antaranya yang mengikut kata mak ayah :

   "Belajar tinggi pun ke dapur jugak kau tu."

   "Kau dah menggedik sangat dengan jantan tu, kahwin je la."

   "Anak orang kaya tu, motor je ada lima bijik."

   Ada juga antara mereka ni mengikut kata sendiri. Mungkin sudah kemaruk bercinta dan mahu segera mendirikan rumah tangga. Ataupun mungkin sudah terlanjur sebelum ada ikatan yang sah. Wallahualam. Kita jangan mudah menghukum ok?

   Sekarang ni zaman di mana maklumat boleh disimpan dalam pendrive, zaman telur boleh diciplak, zaman video boleh direkod. Bukannya zaman makan ubi rebus. Banyak cita-cita harus dicapai. Harus dikejar. Jangan mengikut nafsu sangat ya adik-adik?

   Terkejut bila ada yang dah kahwin dan dah ada anak walaupun baru 3-4 tahun tak jumpa lepas keluar sekolah.



Gadis-gadis peminat Sipot


   "Dah ar Sipot. Aku nak tutup blog kau sekarang. Babai!!"

   Woi!! Woi!! Rilek ar dulu.. Chis!!

   Haaa... Kepada yang masih meneruskan pembacaan. Begitulah antara golongan gadis-gadis yang pernah aku jumpa. Sebenarnya ada lagi. Cuma malas nak taip panjang-panjang. Macam lah kalian baca. Ya dak? hikhikhik..

Kalau ada lagi.. Tambah lah..

Penaja bersama :




45 comments:

Edy said...

Kau....memang VAVAVOOOOOM!!

kahkahkahkah. cukup, aku pun terasa nak kawin ni. siyes. tapi -- siapa yg sudi? uiceh! kamonlah. kan sipot? jom kawin! Kahkahkahkah!

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaa... kau kemaruk nak kahwin dah ni... pergi cari calon segera.. ngehehe..

.: Si BungaKopi : . said...

ada 1 jenis lg ko lupa,
perempuan cool dan sopan santun.
contohnya aku.

Khuzrin Kamarudin said...

jadi kena letak kau sebagai model? hahhaa..

wanifatin ヽ(^o^)ノ said...

halamak!! baru nk bce ttg gdis2 yg minat en sipot..lalala~

emarieys said...

kalau gadis dah berkeluarga?

nor syakilla atika said...

pot..aku kategori y mne??haha..

nor syakilla atika said...

pot..aku kategori y mne??haha..

Qahirah Shahid said...

xdew ke ketegori mcm sye ni ??
gadis yang gagah tapi ayu...wahahahahahaha :P

haziqa said...

lorr...begitu yek...

erm,,saya2? lalala

nice entry..hehee

Cik Nursya said...

takde pong kategori yg baik2 skit..

mrs kayrul said...

salam kenal dak sipot....dtg follow dak sipot jap

Ader ker gadis-gadis peminat Sipot nie...musyhkil jap aku....hahahhaha

Santan Berlada said...

x pernh ke jumpe
golongan yg ayu2 or baek2 sikit...?
hehe...

papepon
ak suke golongan yg bertudung n lasak... haha

meowwmania said...

hehe...nice post ;)

Scha Nazri said...

ade ke tak ai dalm list nie? ade kot, eh, xde kot. entahh. haha.

storyfromme said...

nasib baik saya takde dalam list.saya jenis sopan santun.nanti buat entry pasal sopan santun lak.pastu tag saya.he3.

Khuzrin Kamarudin said...

Miss sandwich : nnti kita elaborate lgi ye? ngeehhee..

Mama ema : dah trmasuk dlm gdis cpt khwin.. huhuu..

Killa : kau? errr... err

Qahirah : errrr... ok.. dah ada... hahha... tu kamu laa..

cik ziqa : hmmm.. trimas.. :)

Cik nursya : yg baik2.. akan di letak nnti.. hehhe..

shah-kayrul : ada,.. sape kata takde.. hahhaa..

Shamsuddin amin : ada.. iaitu awek aku... hahah...

meowmia : trimas.. :)

Syazana : cuba cari betul2...hhaa..

story : sopan santun? err.. ye ke ni? hahhaa..

fara aieda said...

part yg bawah tue,,,aku cam nyampah siket nk bace....hahaha

shahirahkhairudin said...

sipot dah gosok gigi?

nurazima haji mohinadin said...

nape blog lelaki mesti akan ade gak tertaip nama lisa surihani??? :)

Khuzrin Kamarudin said...

adik : nak taknak kau kena baca jugak hahhaa..

shahira : tak habes2 kau ni..

nurazima : sebab errr.. sebab.. err.. k ar.. lepas ni tulis noorkhiriah pulak laa..

Melle Abadi said...

yang last tu, ohmai

Khuzrin Kamarudin said...

Yang last knp melle? hahaha... :P

cik ciput said...

hai sipoooot.. =)

**nk tmbh satu lgi kategori..gadis perasan ayu..haha..mcm ciput.. =p

Unknown said...

ape ehh pandangan awk mengenai wanita yang awk klasifikasikan di atas..dari gaya penulisan awk mcm awak nie tau semua perkara mengenai perempuan..ade pengalaman ke??

sy cume nk minx pendpt sj..jgn salh fhm...

Khuzrin Kamarudin said...

Cik Ciput : mmg perasan ke orgnya? :P

princess : sudah saya katakan.. itu dari pemerhatian...

Robot | Sakti said...

tutup blog ko cepat!!

nada jeles.

hahahha

salemaziz said...

vavavom n debabom! keh3~

yup. memang ramai gadis2 mcm yang sipot ckp ni.

tpi jgn lupe gadis2 yang loner. phm en mksud saye? elaborate pasal tu eh sipot.hehe. :D

Khuzrin Kamarudin said...

Robot sakti : kenapa? (-_-")

salemaziz : hehehe.. yg itu insya-Allah akan di elaborate.. hikhikhik..

hamizah afifah said...

cipot oh cipot.....x pernh jmpe gadis2 yg bek2 ker??meh2...knl dgn cik rama-rama meh...hahahaha...

farot said...

eh2....blog mu dah brtukar wajah....hehe al mklumla aku da lme x on9....

aLya maNip said...

kat fakulti alya ssh nak jumpa geng mak datin tp geng tomboi bnyak..haha

seronok gak tengok gelagat kaum sdiri neh..heeee

K2r~90 said...

sipot aq minat kat hang !!!
[ok guwa typu] keh3x

Khuzrin Kamarudin said...

cik rama-rama : boleh kenal ke? ngehehhee..

farOt : hehhee.. chun tak?

aLya maNip : takde langsung geng mak datin?

K2r~90 : alaaaa.. ingatkan betul.. (-_-)

azi nur said...

kakahkah tettt~

Wuucin said...

Gadis2 peminta siput?? nakal sungguh!

Khuzrin Kamarudin said...

azi nur : kahkahkah?

wuucin kimora : yup.. nakal? ah sudah.. hahhaa..

Kasih nur azie said...

awek ko kategori mano plak pot?

Khuzrin Kamarudin said...

Awek aku tiada dalam senarai.. dia wanita misteri cuma aku yang rungkai.. ngeehhehee...

Cipina said...

haha..sabo je la ngn golongan2 cemni..

Miss AZ said...

kdg2 terfikir gak, yg lepas spm terus nikah tu, ish tak rasa mcm terlalu muda kan utk kawen.. boleh ke dorang handle family.. sbb tu kot ramai yg bercerai =_=

AnakPakZohar said...

<---- golongan yang baik, comel, suwitt, nice, peramah..


ahahahhaa... kiddin3.. :P

Jue said...

gadis datin2 hahaha
mmg byk time wa study kat kolej dulu
kesimpulannya..g mn2 pun ada

Unknown said...

ko ngn aku mempunyai nama samaran yg sama..
kwn2 aku panggil aku put..sbb aku slalu klau nk marah..aku pnggil org tu siput

NY said...

laaaa habistu aku ni termasuk dalam golongan yang mana ? semua ni bukan aku (berlagak) HAHAHAHAHA