Monday, April 4, 2011

Golongan Remaja : Yang aku pernah jumpa...

   Sejak kebelakangan ni, aku banyak habiskan waktu malam dan tengah malam aku di luar. Tengok bola, lepak minum, berbincang isu semasa dan sebagainya. Jadi bila dah lepak luar, banyaklah golongan manusia yang menarik perhatian secara langsung ataupun tidak. Maka dengan itu, aku pun agak berminatlah nak berkongsi tentang spesis manusia terutamanya golongan remaja yang aku pernah jumpa seumur hidup aku.


Remaja rajin study


   Spesis manusia yang macam ni biasanya boleh dijumpai di asrama dan kolej-kolej kediaman. Mereka ini biasanya akan menghabiskan 2/3 kehidupan mereka dengan study je. Sementara 1/3 lagi adalah solat, mandi, tidur dan sebagainya. Mereka takde pasangan apatah lagi tunang dan isteri/suami berikutan putaran hidup mereka yang bosan tu. 


    "Weh, main bola jom."


    "Malas lah aku. Bulan tiga ni test kot."


    Terpinga-pinga si member yang ajak main bola tadi sambil menyelak kalendar dinding yang menunjukkan tarikh baru melepasi minggu pertama bulan Januari. Sememangnya mereka ni manusia bosan. Hahahaha... Kamon la.. Study.. Study jugak. Tapi takkan lah kehidupan remaja kau tu nak dimusnahkan macam tu je. Sekali-sekala tu enjoy lah jugak, bagi nafas sikit dalam kehidupan tu.


Pondan, bapuk, nyah, sotong dan sebagainya


   Aku tulis ni pun sebab pengalaman aku di kolej kediaman masa kat UiTM dulu. Golongan remaja ni lah yang mencemarkan nama baik Sempana Riau, kolej kediaman yang penuh dengan kekejaman, kehitaman, keganasan dan manusia-manusia kacak seperti aku.


    Wajah mereka boleh disolek setebal lima inci, gaya jalan megalahkan pompuan, cara bercakap yang ala-ala gadis penggoda tak lupa juga pergaulan sesama mereka yang menyebabkan kami akan termuntah serta-merta bila disapa mereka. Aku tau lah aku ni kacak, tapi kalau korang yang tegur, sumpah aku acukan isyarat jari tengah ke muka golongan ni. Muahahahhaa...


   Keadaan akan bertambah teruk bila in-take student baru masuk. Wah, masa inilah akan digunakan mereka untuk merekrut ahli-ahli baru gerakan nyah ni. Sudahnya, makin ramailah manusia-manusia bapuk yang mendiami kolej kediaman sambil yang lelaki berusaha keras mengekalkan kesucian mereka selaku anak teruna yang kacak.


    "Againsts bapok!! Banzaiiii!!!!"


Mat pau


   Hahahaa... Ni juga antara golongan-golongan yang sering mendapat perhatian di kolej-kolej kediaman. 


   "Apa dia mat pau ni? pemakan kuih pau kah?"


   Bukan, bukan. Mereka bukan pemakan tegar kuih pau. Tapi, mereka ni kaki mengepau sesiapa sahaja yang sedang menikmati sesuatu di hadapan atau berhampiran mereka. Kalau sekali-sekala tu takpe lah kan, ini setiap kali dan ketika.


    Asal nampak kita makan megi, mesti kena pau.


    Asal nampak kita minum air sedap sikit, mesti kena pau.


    Dan yang paling best sekali bila nampak kita hisap rokok.


    "Pancung!"


    "Second!"


    "Cutting!"


    "Sikit!"


    Hahaha, tulah antara sedikit sebanyak istilah-istilah yang muncul bila mereka ternampak atau terbau ada bau tembakau berhampiran mereka. Mentang-mentang aku ni baik hati, hisaplah separuh, bagi mereka ni. Yalah. Unite kan? Yezzaaaa.. Unite!!


Kaki bola


   Golongan ni termasuk lah aku sekali. Hahahaha... Asal berjumpa je sesama geng, mula lah kami cerita pasal perpindahan pemain, kelincahan Torres menjaringkan gol, kehebatan Petr Cech menepis bola mustahil, kelemahan Rooney yang memang ketara dan tak lupa juga pertambahan masa Liverpool yang dah lama tak menang liga. Nama pun kaki bola kan? Petang main bola, malam main futsal, tengah malam tengok bola, bergaduh dengan awek pun pasal bola (yang ni bukan aku).


   Kadang-kadang aku tengok yang bukan kaki bola, bila lepak sekali dengan kami, diorang akan tercengang, diam atau berpura-pura tengok henset berkali-kali. Nasib kau lah, sapa suruh bazirkan hidup dengan tak tengok bola. Tengok kami, bukan main sakan lagi berbual. Muahahaha..


   Cuma yang aku sedihkan, susah sangat nak jumpa peminat bola sepak Malaysia serta liga tempatan. Kalau aku nak berborak jugak pasal liga tempatan, kenalah borak dengan member dari Kelantan, sebab mereka memang peminat bola sepak tempatan sejati. Bukan macam penyokong lain yang muncul bila team dah menang.


Mat rempit sejati


   Golongan ni lah yang sering menyusahkan kerajaan dan orang ramai. Aku campur jugak golongan ni berikutan sepupu sepapat aku kebanyakannya rempit.


    Kalau lepak dengan diorang, tak lain mesti borak gasket dan rosak, block nak kena korek, ekzos kena tukar dengan chamber, seatbelt kena tukar (seat belt?). Perbualan mesti macam celaka. Nama pun rempit kan? Yang paling ketara sekali pengaruh Adnan Sempit dalam kehidupan mereka.


   "Baik siket derrrrr."


   "Lek lu chaaaaa.."


   "Lu kalau hebat sangat jom lah betting satu round."


   Apa ni? Apa ni? aku naik meluat pulak bila berbicara dengan diorang. Lagi satu golongan macam ni biasanya akan bluetooth lagu sesama henset mereka. Betul tak? Dah habis bluetooth tak kira di kedai makan, depan rumah, waima tepi jalan sekalipun akan bukak lagu-lagu rempit mereka sekuatnya. Hahahaha.. kelakar bai bila borak dengan mereka.


   Paling bangang sekali bila tengok bola dengan mereka. Siapa diorang kenal? Christiano Ronaldo, Ronaldinho, Rooney, kalau tempatan pun paling kuat Safee Sali. Kenal Eddie Helmi Manan? 


   "Power gila bai Rooney semalam."


   Pastu aku masuk pulak. 


   "David Luiz score lagi cantik ar."


   Serta merta aku cuma dengar bunyi cengkerik. Damn! Rasa diperbodohkan...




Hahaha.. ni semua dalam pengamatan aku je. Pemerhatian aku sepanjang bergaul dengan mereka. Mungkin ada yang belum atau tak disenaraikan. Kalau ada, sila lah beritahu.


Jangan malu-malu... jangan segan-segan... hikhikhik


Penaja bersama :





23 comments:

Anonymous said...

ase lagi 1 golongan kat uitm tu yg kau perlu tau...budak perasan emsem...muahahahahahahahaha

CintaZulaikha said...

terlalu byk golongan...ha yg tukang tulis ni golongan yg mna plk???kihkih

Unknown said...

ha'a wei..ko dr glongan mne plak..aku rase ko niyh glongan lensa..haha..ske mngamati pe org wat..nice!

Alan said...

aku x join memaner budak..aku hidup dalam dunia aku sendiri hehehehe

Izyan Masri said...

BAPUK,NYAH KALAU KAT U MEMANG BERLMBAK :D

Yellow LEOpard said...

ni macam byk kepada lelaki..pompan macam mana lak?ngehehe

Khuzrin Kamarudin said...

Anonymous : ada ke? mana ada.. yang aku tau.. aku paling hensem.. muahahha...

Kak CintaZulaikha : Yang tukang tulis? errrr... mana ek? hahah..

HambaALLAH : agaknya lah tu,.., ahhaha..

Alan : kau dengan hidup sendiri? cool..

IzyanMasri :betol tu betol!!

yellow : ni pemerhatian aku... tapi insya-Allah akan aku tulis yang perempuan pulak,,... :)

fara aieda said...

hahahha...best3x...

Khuzrin Kamarudin said...

best je feedback kau? chis!! (-_-")

aQimie Ceplos said...

blog ko mmg marveles..! wajib di folow.. HAHAHA !

la.. ko dulu belaja kt Uitm gak ke?

Khuzrin Kamarudin said...

Eh.. mana ada marveles... biasa2 je kot.. hahaha...

yup... Uitm segamat.. sama ke?

airazulaikha said...

ramainya jenis2 golongan yg ada di uitm..hehhe

hellghast said...

ala kelantan tu pun bukan sebab setia,sebab tak pernah2 menang Piala,tu yang semangat.

hahaha!!!

cilake,gua kena pakse masuk blog ni...

Jahanam...!!!

Abu Bagi said...

uitm mana kau? s. alam?
ramai pondan di kolej perindu...hahahaha

Melle Abadi said...

perindu ramai pondan?

Khuzrin Kamarudin said...

aira zulaikha : hahaha. tu ar pasal..

hellgast : siapa paksa kau tu? hahaha

giveAsh : uitm segamat.. hehehe

melle : perindu... mana aku tau.. hahah...

ishiko said...

saya!!!! remaje rajin study...
heheee..
ok,tipu.

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaa... iktiraf diri sendiri...

Anonymous said...

dekat uitm sabah pun sama juga alkisahnya...

K2r~90 said...

der termiss >>>>> gol mencapub + bajet cun / kacak,gol gile kuase keh3x


gol sengal sejati pun ade .. macam guwa .. perh !! prasan doe

zalizalu said...

bapok? auwwwwwww.. pelis... aku pon penah kena ngurat ngan bapok... natang ***h*** wt*.. (aku mencarut)

Khuzrin Kamarudin said...

K2r~90 : golongan mencapub.. gua lupa.. hahha..

zalizalu : hahaha... bapok tu standard ar.. ludahkan je..

NY said...

err tak geli ke kalau share rokok ? Hahahaha