Saturday, April 23, 2011

Kelompok Mereka Yang Mempelopori Dunia Facebook...

   Umum mengetahui Facebook merupakan satu fenomena yang melanda umat dunia ketika ini. Di Malaysia sendiri khususnya kalau siapa takda akaun Facebook maknanya mereka adalah manusia yang tak best. Betul tak?

   Facebook ni dah semacam ada nikotin. Membuatkan pemilik akaunnya ketagih kalau tak dapat log in. Walhal isinya sama sahaja. Layout biru putih. Ada gambar, boleh komen-komen, ada chat juga tak lupa ada gambar kacak aku. Ok. Kali ni aku nak kongsi dengan semua tentang jenis-jenis gaya pengguna Facebook dan apa yang mereka lakukan di Facebook ni. Mungkin dah ramai yang buat entry macam ni, tapi apa aku peduli? Aku punya suka laa.. ini blog aku.. Hahahahah!! Apa tunggu lagi? Cekidaut!! :

"Ni akaun siapa ni Sipot?"
-Akaun manusia kacak-


Mencari Publisiti


   Pengguna Facebook yang ini biasanya tak lain. Baik lelaki, baik perempuan, benda paling simple nak cari pengguna yang macam ni menerusi profil picture mereka. Gambar diri sendiri yang diambil dari kamera dengan jarak dua inci, kamera dari atas, buat mulut terjuih macam itik, sambil tunjuk peace. (takpelah keamanan). Trend yang semakin menjadi, gambar dekat toilet. Tak faham aku, toilet tu tempat hina dina macam tu boleh dijadikan latar belakang untuk bergambar. Apa salah ambik gambar basikal ke, kucing ke, pondok tunggu bas ke.

   Gaya penulisan mereka juga biasanya membelitkan lidah sesiapa sahaja yang nak baca :

   "Iyyeeeeewww... iteeee tak cuke.. bucuk.!"

   "hqnyq kqu yqng qku cintq seorqng."

   "Eleeeh.. xkan i2 jew.?" (Jew : yahudi?)

   Terbelit tak lidah nak baca? bukan lidah je, otak pun turut terbelit kalau baca tulisan macam ni. Macamanalah mereka-mereka ni dulu ambik SPM Bahasa Melayu. Aku kalau chat dengan member cina atau india pun lagi senanglah nak faham. 

   Secara amnya, status mereka pun seolah-olah nak bagitau satu dunia akan kegedikan mereka. Yes. Golongan macam ni lagi senang dikatakan gedik. Ada yang terasa ke? Marah ke? Bluueeerrrkk!! :P


Pengguna Berpacaran


   Mereka yang berpacaran ini juga golongan yang pelik. 

   "Apa yang peliknya Pot?"

   Yang peliknya, biasanya mereka akan berbalas komen di wall mereka, di tempat awam dengan ayat-ayat yang menimbulkan rasa mual. 

   "You, Thanks sebab keluar dengan I tadi. ;)" --->tak berapa saat si balak komen :

   "Hekhekhek, alaa, bukan orang lain, gf I jugak." ---> balas komen lagi :

   "Cayang u lah baby.. Mmmmuuuaaahh!!"

   Apa ketahian? Kita nak berinteraksi dengan member kita tu tak tahu nak masuk macamana. Alaa.. kita pun addict jugak kan? mesti lah nak komen member punya gambar ke, notes ke, status ke, tapi semuanya ada awek dia. Macaman nak mencelah? Grrrr... Apa kredit sentiasa habis?


MLMers


   MLMers. Kelompok yang masih tak serik-serik memancing mangsa. Baik Vemmabuilder, Score-A, Score-B, score Hatrik, dan macam-macam lagi MLMers yang aku tak tahu apa namanya tapi berpaksi dan berpanjikan satu objektif. Mencari downline. Benda paling utama mereka buat, tag dengan gambar duit, gambar slip penyata masuk bank, gambar BMW no plat sama tapi orang lain-lain. 

Kalau macam ni, pemain bola pun berhenti main bola.

   Tak rasa semak ke bila kena tag gambar-gambar menipu tahap petala langit ni. Tengok akaun mereka tak main lah seringgit dua ringgit. Tapi bila waktu nak demo lukis orang lidi bentuk piramid, jumpa kat kedai mamak. Belanja teh tarik pun susah. Apa ni? 

   Ok, maaf dah lari tajuk. Ngehehehe.


Berbual Politik Tahap Dewa

   Tak salah nak berbual politik. Ini hal ehwal negara kita sendiri. Bukan hal negara sebarang. Tapi, kalau dah pum! pam! pum! pam! bukan main lagi sampai boleh buat gaduh, tak ke menggelabah cicak namanya tu. 

   "Tak sama lah dalam video tu."

   "Tak habis-habis memfitnah."

   "Kita di pihak yang benar."

   "AFUNDILAH parti ayam brand."

   Ni status pendek je. Takkanlah aku nak tulis panjang-panjang. Hikhikhik.. Awak tu siapa? Orang biasa je, bukannya ahli politik nak pancing undi. Kemon, rakyat tahu mana betul, mana salah. Ahh.. aku ke laut lagi. Maaf ya pembaca. Facebook ni tempat sosial, nak cari kawan-kawan. Bukan tempat bergaduh. Ok?


Tempat Bergaduh 



   Ada jugak yang menjadikan Facebook sebagai medan pertempuran. Ya. Inilah dia perwira-perwira yang berbekal papan kekunci sebagai senjata. Inilah dia kita panggil "Keyboard Worrior Sejati." Sebab mereka takkan mengaku kalah untuk berdebat tapi cuma di alam mayalah. Kalau kat realiti, entah-entah dam seribu bahasa malah menyusun langkah seribu. Hey, pemenang debat taraf kebangsaan pun orang Australia la. Tak malu ke? Puih!

   "Bapak kau itam!"

   "eh, dak takde point ke?"

   "Tempat kau apa ada? tempat aku jugak ada durian."

   Itulah antara dialog-dialog perwira papan kekunci. Selain itu, ada jugak "Malaikat Internet" ataupun "Serbanstic". Sebab gelaran mereka macamni? Sebabnya mereka ni berlagak baik, pum pam pum pam berceramah bertabiah dalam internet siap dengan surah yang dikopipes tapi profil pic tengah peluk awek, atau gadis free hair, atau gambar orang-orang kafir. Kemon! Lain kali tengok cermin dulu sebelum berbicara ya kawan? Jangan jadi anjing mengajar anak bersamak.


   Ok, ni aku tulis banyak ni je. Mungkin ada lagi. Terasa ke? terkena batang idong ke? Padan muka. Tak suka blog ni bloeh baca blog gosip artis. Hikhikhik... Maaf ya. :)

Tajaan :

 



49 comments:

Cik Nursya said...

paling nyampah yg berpacaran tuh.. hehe... nyampah ke jelesss..

Miss AZ said...

yg berpacaran tu selalu gak ternampak.. motif nak tulis kat wall?? mesej ikut henpon sudah.. tak perlu nak canang satu dunia.. nak show off la tu.. =_=

Santan Berlada said...

tapiak suke dowh FB ni...
ak dpt jumpe balik semua member2 ak yg dh lame ilang... tetibe ade request kt FB... hahaha

Farhana Jafri said...

annoying pple.. mnyampah gile klau jmpe kaum mcm ni.. yg cple tu chat kat inbox sda..yg nak gaduh pon sme.. yg ckp bhase-konon-comel-tapi-macam-tahi tu ntah la.. dh mlas nk komen.. dh bnyak kali kne tgur cmtu jgax.. yg nk wt bsnes tu lg la mcm celaka.. fake pple on facebook.. demmm~~

jemput singgah ANASAURUS :)

Lyndaz said...

aku mgsa addicted fb gak weyh!
xde pusat pemulihan ke??
ahakss!

tp mmg xtahan r tgok ewww22 begitew!-mcm tuut..

Headmaster said...

aku memang berahi part-part seperti ini.hak3!!

beautiful_rose said...

aha...aku suka ini.

banyak dah aku jumpa yang macam tu.nampak annoying lah sangat.gambar jamban? mulut itik? what the.........

org2 tak matang je yang punya kelakuan mcm ni.tau la loving couple perlu ke nak post kat wall FB? bgtau sume org y kau ade awek? ade pakwe?

tambah pula y jenis gewdik cakap pow konon2 pelat ala2 manjew gituw.

jenuh aku nak baca ayat2 tulisan macam tu.knp perlu diubah kosa kata sampai mcm tu sekali? gelik ah... =p

farah wahedda said...

hahahahha macam2 ragam la dekat fb ni...anyway buuuuzzzzzz balik ..ewaahh dh mcm ym pon ade gak haha

Ifah said...

yeahhh tak de satu pon kena kat aku.! tp mmg meluat yang cintan cintun ni. bkn hidup zaman batu masg2 xde henset. cuma kredit tak msk pakej kot bile cas hset tuh. betri je full, kredit ZERO. huhuhu

budak kecik said...

kalau yg jenis suka carik publisiti tu, tetiba post "sape nk kawen dgn sy??"

xpun, "sy dh single. sobs. sape nk teman sy kuar mlm ni. bosan ni"

what the kfc laa. adoi. brbulu ak tgk. huh

anakcikbob said...

mana citer seramnye...

Aliesha Kirana said...

haahah..walopun terkena batang idung.. tp btol sgt! hahaahah... sukeee!

iem said...

kalau dah couple 2..
xyah beria sangat kot tunjuk2 kt fb,,
mendatangkan fitnah jerk..

Invisible Me said...

mcm2 ada.
facebook dh da layout sekarang weh.

@amabanzai said...

selalunya facebook sesestengah nak cari publsiti la. heh

twitter kot lagi layan. kehkeh

Anonymous said...

Oh! 1,2 lagi tertinggal...

GAME
ada org login a/c fesbuk semata2 nak main FV, CW, CV, POKER dan memacam lagi..(aku le tu..hehe)

PHOTOSHOOT
ada yg letak gambar2 menarik, shoot yg tak diduga dek akal, dan shoot panorama indah atau gambar2 spontan atau gambar org tgh berasmaradana di celah2 pepohon...(ahahh! jaga jaga ye klu berdeting tu..kemre skrg canggih2. blh zoom bkn main dekat lagi..hahaha)

**rata2 geng2 kat wall FB ahkak semua dah 30an. maklumlah dah mak-mak bapak-bapak..Klu ada gak yg mengada nak cakap terbelit2 dan pelat2 mcm baby baru nk bljr ckp tu, mmg tak dilayan le!!!

sekian!
terima kasih sipot sudi singgah blog ahkak yg mcm ape ntah tu

haziqa said...

paling ta suka tang kapel2 tu. grr..perlu ke nk mnje2 kt wall..semak je, heee

Makbed said...

semua point di atas tu benar-benar belaka.

Aretikz said...

Semua tak suka, aku semua suka.. wakaka..

best juga mcm tu.. kalo xdak.. Fb ni xmeriah dowh.. cuma.. tmbh dosa kita pula kan? huhu..

Cik Anita said...

meh kejap lagi aku add fb ko, kot boleh bahan apa yg ko buat kat fb tu..keh keh keh

nurayunni said...

fb...kdg2 mls nak bukak..hikhik

CintaZulaikha said...

akak ada fb tujuan nak main game ja..kakkak~~

Bukan si buaya said...

hahaha.. setuju sgt ngan pendapat awk!! hehe

aliza zeke said...

tuulah kalau tak log in fb nie satu hari cam tak best jer.padahal xder benda yg menarik pun.haha

Cik Tim said...

ada masanya mmg xtahan kalau yg pakwe mkwe nk mnje2 kt fb.. terasa ringan je kaki nk sepak2..huhu.. tp nk buat macam mana, hal orang. msuk cmpo kang kne lak..'kubo masing2'.. huhu

Firdaus said...

best giler kot duit bank aku byk tuh!!heheh

hamizah afifah said...

nak add cipott boleh x???erkeke..lari tjuk pula..haha

sabenazakey said...

x ske yg kapel tuh,.
hu3..pdhal jeles sbb sabena xkapel.
bhabhabah

Unknown said...

ayat berbelit2 tu paling eden x suka..
n n fb da bleh pakai layout la skang :))

Melle Abadi said...

ada banyak lagi jenis senanya

ira said...

haha..sengal~~~

yg aku prasan la.. yg suka eja sampai terbelit lidah nk baca ni bdk2 skola..

cikpia said...

aku paling suka FB nie sebab aku dapat kontek balik kawan sekolah rendah aku yang tak jumpa 17tahun.and thanks to FB, we are reuniting this coming labour day!!!

sherah said...

haha biasa lah semua orang ada masalah and pendirian and life masing2.maybe dorang guna fb sbg medan mreka luahkan perasaan kasih syanag mungkin>? :)

Mira3dora said...

hahahha yg ayat bebelit belit lidah tu paling la menyampah. saya jadi "saia" super saia ke ape ? :P

kindergartenlibrary said...

banyk sangat ayat sampai terbelit2 .hahaha

Amoi said...

ai tak kisah dengan semua tu sekarang dah.

dulu punya kisah.

sekarang buat tak tahu je lah

:)

feyza said...

durian..?

urghh..fb ~~

Fyqa said...

slalu je nmpak dorg mcm ni. tak stalkers pon mmg dah t'pmpang kat newsfeed tu.haha

Unknown said...

juling mata tgok gambar baki akaun tu. hahaha. banyak gila duit :D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kah kah kah......

yekewwwww......eeeuuwwwwww


haha..tak suka juga orang dok guna ejaan macam tu....

gedik~~

K2r~90 said...

owh demn aq kalo y bab bpacaran tuh..

musti aq akan jerit ewww.. perluke nunjuk.. hahhaha


ok aq typu aq da x ajin bace wall orng da.. takat stalk wall y aq admire je woha !! kantoii

ღKekunangpelangiღ said...

Manusia ni pelbagai,
macam mana kita kalau jemu makan nasi,
satu hari pasti beralih pada yang lain. ^^

farot said...

aku kembali mewarnai blog mu....muahahahha

Hanis Azla said...

mmg ada kebenarannya.. tp biasalah.. banyak org banyak ragam kan..

Raden said...

ade lagi spesis yg mual weh..spesis org emo sorang2...hahaha

hari ini kau tinggalkan daku kesunyian


kau robek2 ginjal ku


hati ku kini berwarna kelabu...


ibu mu buduh spt diri mu jua


kau memilih dia yang lebih bunchet dariku...kau kejam kau binatang

Unknown said...

haha..seb bek takde terkena..tp yg part tag2 gmbar tu memg sakit jiwa...
alya pon da deactivate fb siang td..xtaw la bape lame mmpu bertahan..hahaha

www.dunialandax.com said...

hahahha~aku cukup annoying dengan MLMers habis dia spam kan FB aku! bengong gile!

Geegeess said...

betul tu

::saya acu TEDI :: said...

hahahhahahha ure DAMN RITE !!! kal0 ikutkan ke'annoying'an dorang nak je ku delete as a fren,tapi kot2 nnt tggl 2 org je kt frenlist yg x annoying :B