Monday, May 30, 2011

Kerana Roti...

   Berdentam-dentum membingit bunyian dalam kelab tesebut. Kelihatan orang-orang di dalamnya sedang dirasuk hantu-hantu maksiat dengan tangan tak lepas menggenggam gelas air kencing syaitan. Ada satu tiang di mana ada gadis sedang meliuk-lentokkan tubuh monggelnya menyaksikan  lelaki-lekai disekelilingnya menabur-nabur duit. Ada golongan dato'-dato' yang sepatutnya di rumah menggauli isteri masing-masing. Tapi mereka nampaknya sedang memuaskan nafsu binatang masing-masing. Di tengah lapangan pula ada segerombolan yang menari-nari mengikut rentak muzik yang dimainkan. Lampu-lampu berkelip-kelip menambah suasana gamat di situ. Gaya urbanlah katakan.

   Di satu sudut terlihat ada meja-meja untuk orang-orang bermain permainan kad berunsur duit. Danial Rosli nampaknya begitu galak mengungguli meja tersebut. Dari satu chip ke puluhan chip, berinjak ke ribuan chip, berkaut-kaut kemenangan dari permainan haram itu. Gadis berkasual seksi sedang leka dalam rangkulannya. Rambut perang melebihi paras bahu. Kulit putih mulus jelas kelihatan lebih-lebih lagi di bahagian dada yang terdedah dan kepalanya sedang lentok di bahu Danial Roslan. Danial Roslan tersenyum bangga dengan kejayaannya di meja haram itu.

   Selesai menukar chip kepada tunai, Danial Rosli merangkul kemas gadis di sebelahnya tadi keluar dari tempat pengumpul syaitan itu menuju ke keretanya. Yang nyata menuju ke rumahnya sendiri. Dan gadis yang sedang separa sedar dek penangan ubatan haram itu akan dilapah sebentar lagi. Sebagai meuncak malam gemilangnya. Aksi ghairah sedang bermain-main dalam fikiran Danial Roslan.

   Berbaringlah mereka berdua di atas katil beralas tilam empuk itu. Danial Roslan mengucup bibir monggel gadis tersebut penuh nafsu sambil tangan-tangan Danial Roslan cekap dan tangkas merayap mencari sasaran. Tiba-tiba telefon bimbit Danial Roslan berdering lagu "GIve Me Your Soul" dendangan King Diamond. Serta-merta aksi lincah Danial Roslan terhenti dan segera menyambut panggilan tersebut.

   "Hallo..! Nak apa? Kau ni kacaulah!" Danial Roslan tau di hujung panggilan itu adalah salah seorang kawannya. Joe Screw.

    "Kau tak tengok bola ke apa? Kan kau betting semalam." Joe Screw bertanya.

    "Aduh! Camne aku boleh lupa ni?" Danial Roslan baru teringat dia ada bertaruh sejumlah wang ke atas perlawanan bola sepak yang dimaksudkan. Gadis yang sedang asyik di sebelahnya memandang kehairanan.

   "Tak yah tengok. Dah habis pun. Celaka. Barcelona menang pulak 3-1. Sebijik macam kau predict semalam. Esok kutip ar 5k kau kat bookie." Joe Screw bersuara sedikit rendah tapi berbaur tak puas hati.

    "Hahaha! Kau betting Barca menang 2-1 kan? Tak dapat apa-apa lah? Hahaha!" panggilan ditutup dan nampaknya malam gemilang Danial Roslan semakin meriah. Sudahlah menang besar ketika berjudi tadi. Kini taruhannya mengena pula. dan gadis disebelahnya sedang menanti untuk dilangsaikan. Danial Roslan begitu gembira. Terus sahaja gadis itu bersatu bersama Danial Roslan sambil erangan gadis itu tenggelam dengan hujan di luar.

    Esoknya Danial Roslan menghantar gadis tersebut ke rumah gadis itu. Perut berbunyi. Dari pulang semalam dia belum menjamah apa-apa makanan. Kelaparan menjadi-jadi. Mahu pergi ke kedai makan. Agak jauh. Lagipun dia ada sedikit gastrik. Jadi dia memilih untuk beli roti di kedai runcit berhampiran. Terus sahaja Danial Roslan pergi ke kedai berhampiran dan membeli roti bun untuk dikunyah sedikit.

    Selesai urusan pembelian, Danial Roslan duduk dalam kereta dan membuka roti dengan tergopoh-gopoh dan terus menggigit roti perisa coklat tersebut. Baru sahaja roti tersebut dikunyah dan menjejak ke anak tekak, Danial Roslan mengerut dahi. Rasa roti tersebut agak pelik dari biasa. Oleh kerana itu adalah roti kegemarannya, dia tahu bagaimana rasa roti itu. Segera dia memandang tarikh luput dibungkusan roti itu. 

    "Guna sebelum : 27hb Mei 2011."

    Danial Roslan pandang pula jam tangannya. Hari ini sudahpun 29hb Mei 2011. Serta-merta Danial Roslan jadi marah semarah marahnya. Terus sahaja dia keluar dari keretanya menuju ke kaunter kedai runcit tadi. Sampai sahaja dia di situ, terus sahaja dia mencampak roti tadi ke muka peniaga kedai runcit itu. 
    "Lu ni bangang ke apa? Lu meniaga macamana ni? Bodoh takde otak. Ni tarikh dah lepas bodoh! Bangsat. Kalau gua sakit perut, mati, macamana? Bongok! Anak haram punya tokey!"

    Pembersih jalan memandang dan hanya menggeleng-geleng kepala...


****************************************************************************

   Adab dan adat dunia, dunia penuh haram jadah maksiat segalanya langsung tak peduli. Roti habis tarikh pun dah kecoh takut sakit perut...

   Kau tu yang bangang sebenarnya...





7 comments:

CintaZulaikha said...

bagus penceritaannya,..

salemaziz said...

mengong punye danial roslan. haha!
boleh buat novel la bro.haha :D

Makbed said...

wah.. tererisnye citer camni. tapi, nilah realiti dunia skang.

bagus..baguss.. keep this up. suka :-)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sonang yo nak join giveaway tu.. click kat link zahidahwahid tu, ha.. xpon, masuk link kat bwh nih:-

http://www.zahidahwahid.com/2011/05/giveaway-siapa-nak-ole-ole-dari-sabah-dan-labuan/

mila said...

pandai kamu buat cerpen. :-) ade smbungan x?

Anonymous said...

menarik sekali.. maksud tersirat :).. dan i'll wait for the next one's.. and plz.. keep going do this all :)

Schubert Serenade said...

adab dan adat dunia...dunia lagi.....

"Kau tu yang bangang sebenarnya..."

haha...statement ni paling best..
k bai..