Saturday, May 28, 2011

Kronologi Lagu Cinta...

   Ini bukanlah blog Terfaktab walaupun sedia maklum bagi pembaca-pembaca Terfaktab bahawa tema penulisan mereka minggu ini adalah "Lagu Cinta". Tapi ini adalah blog Sipot Si Tukang Tulis. (Blog aku le tu. Hikhikhik). Ok. Ok. Sejujurnya lagu dan cinta adalah dua entiti yang saling berkait rapat. Sebagaimana ramai yang tahu, ada pasangan di mana si teruna yang menujukan lagu buat kasihnya. Ada juga si teruna yang membuat video memorial sempena perhubungan mereka yang semakin intim. Ada juga yang memberi dedikasi lagu melalui radio buat sang kasih dan banyak lagi pasangan yang mengaplikasikan lagu-lagu cinta di dalam perhubungan mereka.

    Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita layan susunan lagu-lagu cinta yang dikronologikan menjadi sebuah cerita. Dan oleh kerana aku ni orang melayu, darah aku orang melayu, mama baba aku orang melayu, aku juga berpaksi di bumi Malaysia, jadi seratus peratus semuanya adalah lagu melayu tak kira rock kapak, balada, irama Malaysia dan sebagainya. Layaaannnnzzzz....

Sebuah Kronologi Cinta diselitkan lagu-lagu cinta....

    Munawir seorang pelajar universiti yang mangambil jurusan pengurusan. Perwatakannya agak biasa seperti orang-orang biasa yang lain. Tidak memakai baju jenama Polo kolar naikkan. Tidak bergaya dengan baju kemeja kotak-kotak. Tidak menggayakan rambut ala-ala korea seperti mana siswa-siswa lain bergaya. Tidak juga memakai wangian yang dibeli dari Paris dimana semburan hanya sedikit bila pakai. Dia hanya biasa. Pertuturannya juga biasa.

    Dari satu semester menginjak ke satu semester, dia tekun meneruskan pengajian sebagai membalas jasa orang tuanya. Di semester empat, Munawir tidak hadir di kelas pertaamanya. Tidak tahu bahawa di hari pertama tersebut, pensyarah sudah pun mengagih kumpulan untuk tugasan berkumpulan. Pada petangnya Munawir menerima panggilan telefon dari seorang gadis.

   "Hallo, Asslammualaikum. Ni Munawir ke?" Lembut suara si gadis di hujung panggilan.

   "Wa'alaikumsalam. Ya saya? Ada apa?" Munawir terkesima. Belum pernah seumur hidupnya dia mendengar suara gadis sebegitu lembut di dalam telefon.

   "Ni saya Lina. Kita satu group tau untuk asignment HR. Lecturer dah bagi kerja dah."

   "Oh ya ka? So, saya kena buat apa ni?" Munawir terkejut. Sudah hari pertama sudah ada tugasan.

   Gadis tersebut memberi penerangan satu-persatu. Fokus Munawir sedikit hilang kerana terbuai dek suara lembut tersebut. Selesai perbualan telefon, Munawir memandang jauh-jauh. Senyuman terukir automatik.

   Sebelum ini sekiranya Munawir berkenalan dengan mana-mana siswi pun, langsung tiada sedetik rasa cinta yang ada dalam hatinya. Namun berbeza dengaan gadis yang seorang ini. Seorang gadis yang berpewatakan lembut. Tinggi lebih kurang separasa dengan bahu Munawir. Bermata agak bundar dan wajahnya sedikit bujuh sireh. Kulitnya agak cerah dan gemar bertudung biasa tapi agak labuh. Entah kenapa Munawir memberontak akan Shazlina. Nama si pemilik siswi tersebut.

Pertama kali ku dengar suaramu,
Sayunya hatiku merindui dirimu,
Walupun belum kita bersua muka,
Namun aku tetap jatuh cinta...

   Munawir sedar akan keadaan itu. Dia tahu hormon ingin menyanyang dan disayangi sedang hebat menjalar dalam pembuluh darahnya. Namun dia hanya mendiamkan akan perkara itu. Belum berani baginya untuk menyatakan hasrat kepada Shazlina. 

Dalam diam hatiku berkata,
Kau wanita cintaku pertama,
Hadir kasihmu penuh bermakna,
Mungkinkah jadi nyata...

   Munawir semakin intim dengan Syazlina. Dari sebagai teman tugasan, kini berubah kepada teman berkongsi pendapat dan cerita. Namun begitu masih belum ada sebarang kata-kata putus yang menunjukkan mereka bercinta. Hanya teman rapat.

Mungkinkah akan terjadi,
Dirimu aku miliki,
Berilah tanda kepastianmu,
Namun jika tak tercapai,
Harapanku,
Selama hayat dirimu tetap ku sanjungi...
   "Syaz, lama dah kita berkawan. Orang-orang asyik kenakan saya cakap kita ni couple. Tapi saya tak tahu nak jawap apa. Hanya layankan sahajalah mereka." Munawir bersuara tiba-tiba ketika mereka berjalan-jalan sekeliling kampus.

   "Maksud awak?" Syazlina kurang pasti.

   "Awak, sudi tak kalau terima saya sebagai kekasih awak?" Munawir tiba-tiba memotong perjalanan Syazlina dan berada betul-betul depan Syazlina.

   "Bukan apa Mun. Saya ni pernah kecewa dulu. Saya tak berani nak bercinta ni. Awak pun tahu kan? Saya lagi suka kita berkawan macam ni. Luka lama saya, masih basah. Masih pekat darahnya. Maaf ye?" Masih ada senyuman di bibir Syazlina. Senyuman yang cukup manis.

   Munawir tidak kecewa dengan situasi itu. Bukan kali ini sahaja dia mendengar kata-kata seperti itu dari mulut Syazlina. Sudah berkali-kali. Dan ketika itulah Munawir setia menanti Syazlina berubah fikiran.

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran...
   Ternyata Munawir langsung tidak berputus asa. Berbagai usaha dilakukan dan kini Syazlina menjadi seorang yang bertakhta dihatinya. Syzalina juga sudah menerima Munawir sebagai kekasihnya. Mukanya yang putih akan berubah kemerahan sekiranya ada yang menyakat dia dengan Munawir. Seringkali itu jugalah mereka berbalas bahasa sebagai meyakinkan kehebatan cinta masing-masing.
Tahukah engkau betapa hebat cintaku,
Tanpamu di sisi aku keresahan,
Tahukah engkau betapa hebat cintaku,
Tanpamu disisi aku kerinduan.
Biarpun ombak merubah pantai,
Kasihku tak akan hancur berderai,
Biarpun hari, berganti hari,
Kau tetap ku nanti...

   Masing-masing begitu hangat bercinta. Namun begitu pengajian yang sedang dijalankan tidak terabai. masing-masing berjaya. Masing-masing juga sudah berkerjaya meskipun di tempat yang berasingan. Hubungan juga semakin intim disamping mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Hanya menanti untuk disatukan.

   Kusangkakan panas berpanjangan,
Rupanya gerimis,
Rupanya gerimis,
Mungundang,
Dalam tak sedar ku kebasahan...
   Syazlina semakin mula terdedah dengan dunia kerjaya yang lebih mencabar. Lebih menemukannya dengan orang-orang luar. Diluar pengetahuan Munawir, Syazlina mula berkenalan dengan seorang lelaki lain di satu tempat kerjanya. Dari perkenalan biasa, semakin menjadi-jadi hubungan mereka. Munawir semakin dilupakan dan semuanya diluar pengetahuan Munawir. Di hadapan Munawir, Syazlina masih galak memainkan wataknya sebagai pencinta yang setia.
   Tidak lama Syazlina menyembunyikan semua itu. Suatu hari, sewaktu Munawir bersama kawannya ingin membeli makanan sebagai mengisi kekosongan perut di sebuah kafe ternama, Munawir terpandang akan sesusuk tubuh yang cukup dia kenal sedang bersama dengan lelaki lain.

Mesranya tingkahmu, disamping si dia,
Menambah luka dihatiku,
Senyumanmu di samping orang ketiga,
Bagaikan sembilu,
Menusuk dihatiku...

   Hancur lebur perasaan Munawir ketika itu. Habis punah kepercayaannya tehadap kekasih hatinya. Namun kasihnya sedang enak bermain cinta dengan kasih yang lain. Teringat dia akan setiap luahan kata-kata cinta dari Syazlina.

Lakon layarmu hebat,
Terpukau ku melihat, 
Isi hati murahan,
Sampai bila kau harus tersesat,
Tidak kau penat,
Hidup penuh muslihat,
Mahkotamu, Raja Drama...
   Munawir mengalah dalam perjuangan cintanya selama ini. Dia mengalah dengan berundur dalam cintanya dengan Syazlina. Namun begitu masih ada rindu dalam hatinya. Meskipun mereka sudah berpisah, mereka masih berhubung sebagai kawan biasa. Betapa menyakitkan hati Munawir bila Syazlina gemar bercerita tentang kehebatan kasihnya yang baru.

Tidak perlu engkau bercerita,
Tentang dirimu yang sudah berpunya,
Ku tahu kau bahagia bersamanya,
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita...

   Munawir memilih untuk duduk di sebuah bangku yang disediakan di taman rekreasi bersama kawan baiknya. Pandanganya dihalakan jauh-jauh namun tiada hala.Dalam Munawir mengelamun jauh, dia terpandang akan pasangan Syazlina dan lelaki tersebut.

Terhenti lamunan, bila ku dikejutkan,
Engkau dipimpin pergi, oleh seseorang,
Dalam keterpaksaan, kau melangkah pergi,
Namun sempat juga kau menoleh, ku di sini...
   Selesai menurutkan pandangannya ke arah pasangan tersebut, Munawir mencampakkan kembali pandangannya ke tengah. Sambil menghembus nafas yang terkumpul, dia mengharap ada sinar menanti untuknya. 

    Bahunya ditepuk berkali-kali oleh sahabatnya untuk menenangkan hatinya........

        Tamat sudah,... Hahahaha...

Tajuk lagu mengikut rangkap :

Luahan Hati - Kristal
Mungkinkah Jadi Nyata - Khalifah
Mungkinkah Terjadi - Spider
Jika Kau Ubah Fikiran - Mila
Kehebatan Cinta - Jamal Abdillah ft Francisca Peter
Gerimis Mengundang - Slam
Luka Seribu Rindu - Fotograf
Drama King - Black ft Meet Uncle Hussein
Masih Ada Rindu - The Unwanted
Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan






5 comments:

mundial said...

boring

nurayunni said...

jiwang!

Schubert Serenade said...

haha...munawir n shazlina??ending mcm hampeh je..tettt...xbest2, citer lain laaa..kikiki:P

CintaZulaikha said...

lama da tak dgr citer cinta...huhuhu

Anonymous said...

sipotsitukangtulis.blogspot.com is awsome, bookmarked!

[url=http://www.buzzfeed.com/bookie/unlock-samsung-blackberry-nokia-lg-motorola-an-39dn]unlock blackberry[/url]