Monday, May 23, 2011

Lemas dalam arus...

   Seseorang akan lemas sekiranya tidak pandai berenang, menggerakkan sepasang kaki juga tangan di dalam atau di atas permukaan air. Pilihan yang ada bagi si mangsa ialah dengan menjerit meminta tolong sambil menggapai-gapaikan tangan mencari oksigen. Kesudahannya samada penyelamat Harry Si Lobster (Watak udang dalam Spongebob Squarepants), atau mati lemas, atau di bawa arus ke tempat cetek ataupun di keroyok ikan-ikan Phirana (sekiranya lemas di sungai Amazon).
   
    Namun begitu, lemas yang ingin diketengahkan di sini bukanlah berkenaan manusia yang tidak mahu belajar berenang, tetapi lemas yang ingin aku sampaikan di sini ialah berkenaan lemas dalam aru permodenan ataupun arus kemajuan.

   Arus yang kuat mampu melemaskan sesiapa sahaja meskipun si perenang itu jaguh berenang peringkat daerah Benut. Begitu juga halnya sekiranya kita aplikasikan arus sungai kepada arus kemajuan yang sedang pesat membadai negara kita sendiri.

   Contoh arus yang sedang laju berlaku ketika ini tidak lain berkenaan kenaikan harga-harga barangan rutin. Kenaikan harga minyak, harga gula, tepung, telur, roti canai, garam, nasi lemak, mahupun yis penaik tepung. Semuanya naik menyebabkan mereka-mereka merungut sendirian. Berikut merupakan kata-kata mereka yang sempat ditemubual secara rawak.


    Mak Cik Kalsom, Penjual kuih secara kecil-kecilan, 52.
    
    "Sekarang ni semua barang naik harga. Pening mak cik. Nak naikkan harga kuih, jadi serba salah pulak mak cik dibuatnya. Karang nanti apa kata pelanggan-pelanggan setia mak cik. Mereka suka kuih karipap mak cik sebagai juadah berbuka puasa ke, makan petang ke, pemanis mulut ke, tak pun juadah hidangan hari raya. Senang ceria kuih karipap mak cik ni terkenallah di kampung mak cik ni. Habis apa mak cik boleh buat? Nak tak nak terpaksalah beli je barang-barang. Takkan nak buat karipap pakai kentang terpakai kot?
    Jadi sebagai kos lepas ataupun alternatif lain, makcik kurangkanlah tepung, kurangkan kentang, kurangkan pekerja tapi mak cik tetap lebihkan senyuman ketika meniaga. Errr.. yang ni kamu jangan cakap dengan sesiapa pulak ye nak?"


    Sharipudin Zamawi, Rempit sepenuh masa, 22.

    "Apa? Harga minyak naik? Laaa... mana gua tau derr. Lu ingat gua baca ke surat khabar? Gua beli surat khabar pun nak tengok nombor ekor je. Nak tengok internet? Lu ingat gua ni apa? Gua bukak Facebook pun untuk main poker je pun. Ok lah. Kalau nak cerita pasal minyak naik ni kan? Gua pun paw je mak gua kat rumah. Ye lah. Mak gua kaya. Ladang getah berekar-ekar belakang rumah. Apa ada hal? asalkan motor gua berisi minyak sudah. Karang member gua nak bukak game karang, gua nak main macam mana kan derr? Gua ni champion kat sini. Semua orang kenal dengan motor gua ni. Lu tengok motor gua ni, lu terasa nak bukak game ngan gua ke pe? Lu rasa lu hebat ke? Gua kona baring........" Dialog seterusnya terus malas dicatat.


    Saravananth, Pemilik restoran mamak, 37.

    "Itulah, sekarang minyak juga naik. Sana sini juga orang bising pasal harga minyak naik. Orang bukak paper juga bising-bising mulut cakap minyak naik. Tapi saya ini kedai mamak juga bukak. Bukan minyak jugak harga fikir, ini lagi tepung fikir naik, lagi gula fikir naik, lagi air tariff naik, api lagi, ayoo. Banyak peninglah tambi. Tapia apa saya boleh bikin? Takkan saya mahu pergi bising-bising buat rusuhan tepi jalan untuk turunkan barang punya harga juga? Jadi apamacam? Naikkan harga roti canai sudahlah. Worang datng jugak tengok bola sini mari. Diorang tak mau makan? Mahu minum sahaja? Takpa. Kita letak ais kosong pun ampat posen. Takmau bayar, kita kasi hantam laa.. Hahaha."


   Nurizah Saiful, Siswi, 19.

   "Harga barang naikkan ke bang? Laa. Saya tak tahu pun. Saya ni kan pelajar. Mana nak tahu semua tu. Harga minyak naik ea? Patutlah harga tambang bas dah naik Tak guna betul. Tak tahu ke kita ni student bukan banyak duit sangat. Nak makan, buat bahan assignment, nak karaoke lagi, pergi genting lagi. Tengok wayang. Duit pinjaman bukannya banyak sangat, tak cukup pun nak survive sampai satu sem. Nasib baik saya ni cantik macam Lisa Surihani, bolehlah guna aset kecantikan saya ni untuk tackle pakwe saya sekarang ni. Dia anak orang kaya bang. Kalau takda dia, macamana saya nak make up? Nak shopping. Ok lah bang, tu dia pakwe saya dengan kereta Proton Inspira dia. Babai. Jangan lupa masukkan nama saya dalam tv tau bang."

   
    Nazmizan Salleh, Posmen, 32.

    "Tulah pasal, harga minyak ni sekarang bukan main tinggi macam harga emas pulak. Tak boleh nak membazir sekarang ni. Dahlah gaji bukan senang nak naik, tapi harga barang lain senang-senang je naik. Itu naik, ini naik, takde pulak yang turun? Poket makin nipis. Nak buat saving macam mana? Nak taknak kena buat kerja part time malam. Jual otak-otak dengan Wak Sekawi kat kedai makan hujung bandar. Ni, motor posmen ni jugak jadi kenderaan saya nak hantar otak-otak mentah pergi kedai. Saving jugak duit minyak. Oh ya. Kau dah beli otak-otak kat kedai tu? Aku tengok kau selalu datang dengan awek kau, tapi...." Dialog brader Nazmizan terpaksa dipotong atas sebab-sebab tertentu.



    Berikut keluhan-keluhan mereka yang kian tertekan dengan kepesatan kemajuan negara. Semakin terhimpit dan lemas. Apakah mereka akan terkorban? Lepas ni apa lagi naik? Harga nat basikal? Harga skrin handphone? Harga butang baju? Semua naik. 

   Entahlah.



11 comments:

CintaZulaikha said...

skrg nih sumer bda pon da naik harga, apa aje yg tak naik lagi..huuh..

farot said...

ape pun x bley

Unknown said...

hahha. makcikk nak order karipap kampung!

zacky786 said...

harga diri seseorang.. hahaa

achik ezam said...

semua naeik..

anu dalam botol aje tak naek2...

hahaha



p.s:kretip kamu nyer write up :)

Ferfarfer said...

KEHKEHKEH. POYO JER AWK NI. MANE DAPT NI. TIPU LAH AWK BETOL2 INTEBIU

Ferfarfer said...

BTW, YG LAGI BEST KALAU TRAFIK BELOG NAIK. :")

Raden said...

ooo..sucinye hati mkcik jual karipap itu...

mundial said...

yang mamak tu, ko interview diri sendiri ke...

Cik Puan Kocik said...

sabar ajelah....harap traffik blog naik melambung2...hahahah

Pure Lily said...

terase jugak hal minyk naik ni...

sbb nk mintak mak duit minyak pun bkn sng..