Thursday, June 2, 2011

Dia mengaku tiada dara, jadi apa masalahnya dengan kau?

  Kalau pelayar internet dari golongan rempit, mereka hanya tahu menonton Hentai dan Youjizz. Berbanding pelayar internet yang intelektual, mengambil berat, hampir seluruhnya tahu akan kekeringan hati seorang gadis 14 tahun yang mendedahkan kepada dunia bahawasanya dia tiada dara dan mengaku sudahpun "main". Takkan main congkak pulak. Juga bukan main konda-kondi. Tapi permainan yang dimainkan oleh pasangan suami-isteri yang sah atau penzina yang haram. Permainan di atas ranjang bermula dengan kucupan mesra.... 

   "Sipot! Kau sedang menaip sesuatu yang lucah!"

   Lucah bendanya? rilekslah. Kita kan masyarakat urban. Masyarakat terbuka. Masyarakat menerima. Yes. This is Malaysian. 

   Maaf melalut. Bukannya aku nak join puluhan, atau ratusan atau mungkin ribuan blogger yang lain. Di mana sekarang ni sedang ramai yang blogger lain sedang membuat review tentang gadis ini. Menenggelamkan sama sekali kegempakan filem Karak di panggung wayang. Yalah. Kalau sebelum ni, asal ada filem baru menjengah pawagam, semuanya akan buat review pasal filem tu, tapi bila dah keluar isu sebegini, hal halal haram dalam bir pun tenggelam. So, kepada blogger luar sana, berterima kasih kepada adinda yang sorang ni kerana bagi idea bernas.

   Aku yakin sangat-sangat, ramai yang buat entry pasal gadis ni. Lepas je pung-pang-pung-pang tulis entry pasal gadis tersebut, copy paste hadis, copy paste surah, letak nasihat sikit, publish. Esok tengok trafik, bukan main mencanak naik. Tengok nuffnang. Banyak gila yang masuk blog. Betul tak? (Yang ni aku ambik idea dari Sarkasis ). Kalau dah ramai orang tulis benda sama dalam satu masa, mana nak ada keistimewaan? Mana nak ada kelebihan entry kau? sama jelah dengan entry orang lain. Tengok shoutbox pun orang cuma taip :  "Jom undi saya. :)" 

    "Betul tu Pot, datang tak pernah, tiba-tiba suruh undi. Gila?"

   Lagi satu, kita pegi pulak kepada blog gadis itu. Aku malas nak paste link dia, rasanya ramai dah tahu link gadis 14 tahun tersebut. Kalau kalian baca entry pasal pengakuan dia tiada dara itu. Entry tersebut ditulis pada 5 Disember 2010. Lama. dah hampir 7 bulan. Tapi kenapa baru minggu ni ada orang jumpa? Inilah kerja si "blogwalker" yang prihatin. Bukan macam "blogwalker" yang tahunya datang blog orang lain, lepas tu paksa suruh follow blog dia. Komen pun tidak.

   Ok, untuk entry budak yang mengaku tiada dara tu, komen yang dia dapat setakat ini ialah 900 lebih komen. Mmelebihi komen-komen yang diterima Oh! Tidak sendiri. Memang mantap penangan budak ni. Tapi komen yang ada :

   "Insaflah dek oi..." ---lepas tu bukak Google, search hadis berkenaan zina. Jumpa. Paste kat komen budak tu. Betul tak? Jangan nak tipu.

   "Kau ni pompuan jenis apa haa? Buat malu kaum je."

   "Eh, main dengan aku nak tak?" <-- ni komen budak rempit tapi setikit maju sebab ada blog.

    Kamon. Kalian komen sampai ribu-ribu pun. Ada budak tu nak baca komen korang? Menasihat? Boleh cermin diri sendiri? Tengok profil pic akaun dekat komen tu. Ada yang tengah berkepit dengan balak, ada yang letak dua jari kat bibir lepas tu jelir lidah, ada yang freehair seksi meletup, dan pelbagai lagi gaya-gaya yang konon debaboom. Cermin diri woi. Jangan jadi babi mengajar anak bersamak. Sama je dua-dua. Bangang.

   Lagi satu yang aku rasa paling tak masuk akal. Mula-mula aku baca blog tu, follower budak tu cumalah 70 lebih. Tapi bila semalam aku bukak balik, followe dia dah jejak 700 lebih. Apa motif follow blog seperti itu? Nak tengok apa lagi budak tu canang? Lepas tu bolehlah up entry baru pasal budak tu. Menggunakan aib orang lain dengan meraih keuntungan.

   Sebenarnya banyak lagi entry sampah, yang mana blogger lain akan guna kebodohan blogger yang bodoh tu untuk up entry. Yes. This is blogger's world. 

   "Seperti anjing yang gagah merampas makanan dari anjing yang bodoh."

Konklusinya : "Dia tiada dara, jadi apa masalahnya dengan kau" bukan bermaksud aku menyokong budak tu meliar tapi menyangkal kebangangan kalian yang sama mendangkalkan diri sendiri.


193 comments: