Friday, June 10, 2011

Drama Realiti Di Kedai Makan...

Waktu : 12:03 Tengahari.
Lokasi : Salah sebuah Kedai Makan Medan Selera, Segamat.

   Aku dan seorang kawan, Betik, 25 memilih sebuah kedai makan di deretan Medan Selera tempat orang-orang marhaens melampiaskan nafsu makan setelah setengah hari mengerah kerja ataupun mengumpat di pejabat. Memandangkan perut aku yang dah berbunyi-bunyi, sampai sahaja depan kedai terus aku terbayangkan makanan masakan kampung mencecah lidah terus mask ke perut. 

   Segera aku dan Betik menuju ke tempat lauk-pauk di sediakan. Ada seorang gadis berdiri sebagai pelayan. Nasi dituangkan ke dalam pinggan dalam kadar biasa namun aku meminta agar ditambah sedikit lagi. Lapar. Kemudian air teh 'o' ais aku pesan sebagai pembasmi kehausan. Deretan lauk membuatkan aku tergiur. Lalu seketul ayam sebagai protein aku ambil, tuangkan sedikit kuah ke atas nasi sertakan kubis masak lemak yang memang menjadi kegemaran aku.

   Selesai urusan mengambil lauk, kami duduk di satu meja yang kebetulan tiada orang memandangkan suasana kedai itu agak sesak dengan orang. Aku dan betik tak banyak bercakap. Sekadar memberi tumpuan kepada makanan masing-masing. Namun begitu aku pandang juga kiri kanan berikutan aku suka melihat gelagat-gelagat orang ramai.

   Aku dapati selang satu meja di sebelah kiri kami makan, ada sekumpulan remaja yang kami pasti itu adalah pelajar UiTM Segamat. Ada lelaki dan dua orang perempuan. Oleh kerana sudah naluri lelaki, aku lebih tancapkan pandangan aku kepada perempuan dahulu. Cantik. Kasualnya berbaju kurung hijau dan bertudung putih. Itu menambahkan lagi ayu si gadis dalam kumpulan itu. Kemudian aku kerlingkan lagi pandangan kepada gadis yang lagi satu. Berkasual agak moden. Namun bertudung.

   Betik turut pandang ke tempat yang sama aku pandang. Namun tiada apa ulasan yang keluar dari mulut Betik. Kami cuma bercakap hal-hal lain sampai makanan dihabiskan. Selesai makan kami basuh tangan dan duduk semula di tempat tadi sambil menyalakan rokok sebagai rutin mana-mana perokok tegar sekalipun. Aku pandang kembali kepada kumpulan tadi. Aku dapati mereka sudah mahu beredar. Si lelaki mengepalai kumpulan itu dan menuju ke tempat letak kereta betul-betul depan kami. 

"Katalah budak ni naik Mers." Aku bersuara kepada Betik merujuk kepada kereta Mercedes depan kami.

   Betik diam. Belum sempat di jawap apa-apa. Memang betul lelaki itu membuka pintu kereta Mercedes. Seraya itu jugalah aku terkejut. 

"Mak aih! Naik Mers bai!" Aku bersuara semula.

"Tak peliklah angkut dua perempuan sekali. Bawak Mers." Ulasan Betik yang agak sinis.

Pelik-pelik budak sekarang ni.

   *************************************

   Bukannya aku cemburu dengan budak lelaki tu. Cuma kadang-kadang aku pelik. Ramai sangat pelajar sekarang pandu kereta serba mewah. Serba bergaya. Setakat Kancil tu dah kurang. Sedangkan title adalah pelajar. Bukannya pengajar. Dekat dalam UiTM Segamat tu ada buat pertandingan kereta paling mewah ke?

   Kereta dah sedia maklum sebagai kemudahan. Boleh bawak ramai orang. Boleh menghindari hujan dan panas. Cuma aku pelik dengan trend student. Ada pelajar perempuan lebih cenderung memilih kawan lelaki yang berkereta. Jangan cepat melenting cik akak yang baca. Aku cuma berkata berdasarkan realiti. Bukan semua tapi ada segelintir. Mungkin kerana dalam diri pelajar perempuan tersebut sudah terpancar aura-aura mengikis ataupun mengambil kesempatan.

   Aku yakin pemilik-pemilik kereta mewah di dalam kampus tu kebanyakannya menikmati harta keluarga. Selebihnya ialah mereka yang betul-betul berusaha untuk kereta tersebut. Kepada penikmat harta keluarga. Apakah realistiknya menggunakan kereta mewah dalam kampus? Proton Saga dah terlalu cikai ke? Produa Kelisa tak boleh buat berjalan ke?

   Aku kompem yang berkereta mewah ni cuma nak bergaya dan nak pikat gadis. Sampaikan ada teori dari budak rumah aku dulu :

   "Ada kereta, adalah awek."

   Aku angguk setuju dengan teori kawan aku tu. Betul tak?

    Sebenarnya tiada apa yang boleh dikatakan. Cuma aku agak menyampah dengan penikmat harta keluarga tapi berlagak macam sendiri yang dapatkan semua benda-benda tu. Cubalah belajar jadi low-profil. Orang pun respek sebab sikap kau, bukan sebab kekayaan keluarga kau.

    Takpelah... rezeki masing-masing kan? 

    Oh ya. Ada tambahan dari member aku berkenaan teori dia tu.

   "Cuma kau je yang misteri sekarang ni Pot. Bawak motor pun boleh ada awek."

   Kurang ajar. Ggggrrr....



8 comments:

misscha said...

hahaha...biasala student dh ada kemudahan yg mewah x kn nak pakai kancil...hilang macho kui3

tikin said...

ayt yg last tu tak leh blah..hahahha...

hamizah afifah said...

oit..aku suke bf ade motor,boleh polok2..hahaha...oke abaikan per aku tulis..aku malas nk backspace.. :P

ade member aku suke bf x dek per, sbb dye pernah dpt bf ada mtor, minyak motor dye jer kena isi kalo g dating..hahah..demmm kan..

so moralnya jangan lar bercinta tyme tgh stdy...lalalalala

Schubert Serenade said...

kalau saya, saya juga pilih yang berkereta...sebab risiko lg kurang kot..lgpon xsopan naik motor laki perempuan, even adik bradik pon org kutuk kn..hehe...
this is what we call fitrah...perempuan sekarang makin demand...:))

Primadona said...

ermm.kelakarla..seriously aku dah mula sangkut dekat blog ini.Yup itu realiti yang terpaksa kita hadapi.Oh student uitm yerr.so kira satu kampus dengan Hanis Zalikhalah ni.haha

Noor Idayu binti Azmi said...

haha, lawakk yang last skali tu. Tapi kan siyes ramai membe2 aku dmand, kalau boleh time kapel bf mesti nk kene ad keta. even kawan aku nasihat ak soh crk mmbe2 atau bf bwk keta semata-mata.

aku minat kat some1 y xde keta, skli mmbe ak cakap 'asl ko minat dia? bknnya ada keta pon, xmerasaaaaaa la kauuuu' pfft, keta tu mmg wajib sangat ke especially time blaja?? ak elok je naik bus 'comel' ak tu, huh =.="

NNAA said...

setujuuu!!! sy kalau leh nak kete kelisa je sebijik. tu pun sganlah nak mntak kat abah. hehe

Agatha Pace said...

Thanks forr this blog post