Thursday, June 9, 2011

Lahirnya Seorang Gadis...

*Lagu "Allah Selamatkan Kamu" dalam cerita Nasib Si Labu Labi sedang berkumandang...


   Aku pun tak tahu nak mula macam mana. Dah berejam dah "edit post" ni terbukak. Tapi nak tulis dua ayat pun dah terkial-kial. Apa benda yang aku fikirkan ni sebenarnya. (-_-")

    Ok. Maaf menggelabah sorang-sorang. Kita teruskan cerita sebenar. Cerita yang ingin aku sampaikan ini ialah cerita dedikasi khas berkenaan seorang gadis. Tapi siapakah gadis tersebut? Cik Nadia? Cik Syikin? Cik Ida? Cik Fatimah? Cik Zanariah? Cik Rabiatul? Cik Angeline? Cik Lim Siew Ping?

   Bukan. Siapa pulak nama perempuan-perempuan yang banyak-banyak tu? Ok. Abaikan. Aku sebenarnya nak ceritakan pasal Cik Ila. Seorang gadis yang telah pun bertakhta dalam hati seorang lelaki ini. Aku tahu mesti ramai gadis-gadis di luar sana merasa kecewa bila baca pernyataan aku ini. Tapi ingatlah kepada gadis-gadis luar sana, hidup ini tak semuanya indah dan kadang-kala kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. Yakinlah, sebenarnya kalian juga mampu dan layak merasa manisnya cinta. Tapi bukan dengan aku. Maaf seribu kali maaf.


GEDEBUK!! *Ada kasut tumit tinggi bersaiz 5 hinggap di kepala.


   Ni siapa pulak yang baling kasut kat kepala aku ni? *Sambil gosok-gosok kepala*. Ok ok ok... Kita teruskan kepada tajuk utama. Dah banyak ni meraban ni. Kalau baca tajuk pun dah tau dah apa sebenarnya tujuan utama entry kali ini. Tak lain tak bukan untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Cik Ila. Almaklumlah. aku ni sedang jauh dengan beliau. Mana dapat nak jumpa tiap-tiap hari. Nak keluar dating tiap-tiap hari. Nak keluar makan hari-hari. Nak berjalan-jalan kat taman bunga hari-hari. Nak tengok wayang hari-hari. Semua tak dapat. Jadi dapat wish dari jauh je lah. Untuk hadiah tunggu bila jumpa nanti. Sobs sobs sobs... mood sedih gedik.

   Nak kata hubungan kami ni lama, takdelah lama sangat. Masih perlu berguru dengan mana-mana maha agung cinta sebagai mengeratkan dan mempertahankan hubungan kami ni.

   Bila aku ingat kembali macamana aku boleh berkenalan dengan Cik Ila. Memang aku tersenyum. Sampai sekarang masih ada yang terkejut dan bertanya adakah benar aku dengan beliau. Yes. Memang aku dengan Cik Ila. Terkkejut ke, terkebil-kebil ke, tertanya-tanya ke, kalian perlu percaya bahawasanya aku memang dengan Cik Ila.

   Cik Ila aku kenal masa buat assignment sama-sama ketika di semester 6 di UiTM dulu. Mungkin ada yang dah tahu cerita ni tapi peduli apa? Aku nak cerita jugak. Wekk! Ok berbalik pada cerita. Sedangkan kami satu course, satu batch cuma bukan satu kelas, tapi dah semester akhir baru nak kenal sesama sendiri. Mungkin kerana pendirian aku yang tak gemar berkenalan dengan gadis-gadis kot pada waktu itu. Aicehwah!! Lama-lama dah kenal, makin tertarik aku dengan Cik Ila ni. Dia ni kecik je orangnya, tapi kelakar-kelakar. Tu yang aku mula minat dia tu.

   Dari situ perlahan-lahan aku cuba pikat hati dia. Macam-macam cara aku buat. Semuanya kerana nak dapatkan hati dia. Dalam hati aku ada jugak terselit perasaan takut. Takut aku ditolak. Kerananya dia ada katakan bahawa dia ni single. Jadi pada amatan aku, setiap perempuan mana pun mesti pernah dilamar mana-mana lelaki dan jika Cik Ila ni single, mesti dia pernah menolak mana-mana lamaran pun. Kat situ aku cuak. Tapi entah apa kekuatan yang ada dalam diri aku ni, aku teruskan jugak perjuangan nak dapatkan cinta Cik Ila.

   Sampaikan kami masing-masing keluar UiTM. Masih belum ada sebarang kata putus yang terbit dari kedua-dua. Lagipun aku masih lagi luahkan apa-apa waktu tu. Cuma berkawan dari rapat semakin rapat. Kawanlah kononnya. Tapi kadang-kadang kami keluar juga berdua tapi masih sebagai kawan rapat. Adalah usikan-usikan yang mengatakan kami ni bercouple sedangkan sebenarnya tak pun. Walaupun dalam hati berdoa semoga dimakbulkan kata-kata mereka itu.

   Maaf. Aku kurang gemar menggunakan istilah "bercouple" sebab tu macam ayat-ayat budak sekolah atau budak-budak rempit. Tapi lebih cenderung untuk menggunakan istilah "hubungan" atau "bercinta". Ok. Kembali kepada penceritaan. Nasib bertuah dan menyebelahi aku bila Cik Ila mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di tempat aku. Mahu menjerit aku bila dia beritahu macam tu. Hahaha.

   Arakian, sejak dia semakin dekat dengan aku, lagi senanglah aku nak jumpa dia. Maka, semakin rapatlah hubungan kami. Dari berbual menggunakan kata ganti diri "aku-kau" dah berpindah kepada "saya-awak". Entah bila berubah pun aku tak sedar. Tahu-tahu je dah macam tu. Sampailah beberapa bulan dan tibalah satu hari, satu pagi. Aku ajak dia keluar sarapan di satu pagi Ahad. Walaupun aku rasa macam tak masuk akal je keluar sarapan pagi-pagi Ahad. Tak sangka pulak dia setuju.

    Usai sarapan, aku pun ajak dia keluar jalan-jalan ke taman rekreasi. Tak sangka dia setuju. Lalu kami pun berlegar-legarlah di taman itu sebagai menikmati pemandangan di samping ada ramai orang berjogging sebagai melepaskan tekanan kerja. Ada juga beberapa keluarga yang menjadikan tempat itu sebagai tempat beriadah. Beberapa pasangan juga lalu berselisih dengan kami dan setiap kali berselisih ada perasaan cemburu melihat mereka. Cuma aku diamkan dengan lawak-lawak yang tak berapa lawak aku tu.

   Penat berpusing-pusing. Satu tempat duduk di pilih. Punggung dilabuhkan dan pandangan kami campakkan jauh-jauh. Lalu masing-masing pun membuka cerita sebagai mengisi pagi tersebut. Agak lama berbual-bual sambil memerhati orang lalu lalang dan bejogging lalu di depan kami. Pada waktu berbual-bual itulah aku kumpulkan kekuatan untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Aku nekad, hari tu jugak aku mesti luahkan pada dia. Aku mesti beritahu apa yang terbuku dalan hati aku ni. Apa sebenarnya yang selalu muncul dalam mimpi aku. Apa sebenarnya yang selalu menjadi bayangan mainan aku. Apa sebenarnya yang buat hati aku tak tenang. Ya. Dia mesti tahu. Dan akhirnya :

"Awak." Aku memulakan dengan suara agak lembut tapi boleh didengar dengan jelas.

"Ya saya?"

"Nak tahu tak?"

"Apa dia?"

"Saya sebenarnya dah lama sukakan awak. Saya dah mula sayangkan awak." Aku sendiri tak tahu betapa selambernya aku luahkan macam tu. Walaupun jantung aku macam dah nak meletup dah waktu tu. Tapi aku dapat luahkan dengan lancar dan teratur sekali. Waktu itu jugaklah aku tengok muka dia betapa merah padam. Mungkin blushing kot. Hahaha. Tiada jawapan dari dia. Cuma dia alihkan muka ke arah lain. Aku faham. Takkanlah jawapannya sebegitu pantas.

   Kemudian kami berangkat pulang. dan sewaktu pulang sempat dia kata pada aku. "Akhirnya dapat jugak denga awak cakap macam tu." dan Aku cuma tersenyum membalas kata-kata dia tadi.

   Kepada kamu : Selamat Ulang Tahun ke-22. Semoga hidup semakin ceria. Semoga apa yang kamu cita-citakan dapat dikecapai dan semoga kamu sentiasa hidup di dalam berkat-Nya. Insya-Allah. Oh ya. Semoga hunungan kita juga semakin matang dan sama-sama kita harunginya bersama. Terima kasih sebab layan diri ini. Mengada-ngadanya saya, gediknya saya, menggelabahnya saya, semuanya awak selamber je layankan. Sayang awak lah! Rindu. Hikhikhik...

Gambar ni bukannya time birthday Cik Ila. Tapi birhtday sape entah.

Selamat Hari Lahir sayang... :)

   Ok. Entry kali ni gedik sangat ke? Jiwang sangat ke? Tak. Sebenarnya aku ni yang sedia romantika de amoure. Pedulilah aku nak tulis apa. Ni blog aku. Aku diktaktor di blog aku sendiri. Muahahahaahahaha...!!



P/S : Apalagi? Wish lah segera kepada Cik Nurul Ellani Jasmi... Hahahahaa...



12 comments:

Anonymous said...

peh,dasat2!!!
bravo loso,bravo!!!

Misty Melor said...

tu dia....... marka dia.... phhheeewwiiitt

puteraduyong said...

huyo...terserlah kejiwangannya...

cik ila..selamat hari lahir ye... jaga khuzrin leklok... :)

tikin said...

hepi besday kt buah ati sipot..hehe..semoge hubungan sipot dan ila berkekalan smpai k akhir hayat..:)

hellghast said...

ape punye malanglah dapat pakwe mcm siput ni woih! hahaha!!!

hellghast said...

kat mak ayah tak wish! kat awek wish! hipokrit! hahaha!!!
lu padam komen gua lu memang kuat nangis! hahaha!!!

Khuzrin Kamarudin said...

Lu tak kenal gua nk komen bagai2 plak... seperti tahi la prangai kau.. hahahaaa...

lagi satu.. aku kaki pdam komen pulak...

hellghast said...

manalah tau lu terikut sifat kernet! kaki padam komen! hahaha!!!

mundial said...

pot jom having sex

Unknown said...

selamat hari lahir cik ila..
*dengan harapan cik ila akan baca..hehehe

farot said...

oiii pot para no 4 tu bwt aku loya thp cipan........muahahaha

ct nurhafezh ismail said...

uishhh! blom ase nak bce...p macam sweet jer...

ety etot o_O