Wednesday, June 8, 2011

Memancing : Aktiviti / Sukan Paling Ekstrem...

   Aktiviti memancing seperti sedia maklum merupakan sejenis aktiviti menangkap ikan yang menggunakan gabungan beberapa medium antaranya umpan, tali tangsi, rod, mesin, batu dan pelampung sebagai bahan asasnya. Kemudian digabungkan dengan teknik dan kepakaran tersendiri, lahirlah pemancing termasyhur setaraf dengan pemain sukan takhta tertinggi lain seperti Nicol Ann David, Lee Chong Wei, Anuar Manan, Eddie Helmi Manan dan sebagainya.

Teknik memancing terbaru yang harus dipraktikkan para pemancing
   Mari kita adaptasikan sebentar aktiviti memancing kepada dunia realiti. Memancing sudah sedia maklum merupakan sukan yang menuntut kesabaran tahap tertinggi di mana perlu duduk diam selama berjam-jam hanya kerana untuk mengail ikan dan hidupan air. Bagi pemancing sejati, kesabaran mereka memang hebat kerana dengan selamba akan duduk secara diam di satu tempat berbanding pemancing tahap satu. Baru 5 minit mancing, takde yang usik umpan, mula lah mereka pindah port dengan harapan di tempat lain ada ikan yang usik.

   Begitu juga kehidupan dunia realiti. Ada yang penyabar dalam menyelusuri liku-liku hidup. Mereka tetap bertenang mengikut aturan tanpa sibuk untuk mengubah-ubah haluan dengan harapan akan berjaya suatu hari nanti. Mereka ada teknik. Mereka ada kepakaran, Mereka ada kelengkapan dan mereka ada kesabaran. Memang makan masa dan harus diingat, kejayaan tidak datang secara berguling-guling. Berbeza dengan yang jenis suka pindah-pindah tempat ketika memancing, mereka lebih layak untuk menjadi pemburu. Kerana pemburu mengejar habuan berbanding pemancing menunggu habuan. 

   Namun tidak semua yang berakhir dengan kejayaan. Ada juga yang tetap menjadi posmen dan bersara sebagai posmen.

   Berbalik semula ke dunia pemancing. Kalau kita buka surat khabar ada iklan-iklan yang menawarkan hadiah lumayan dan tak lain tak bukan itu ialah iklan pertandingan memancing. Hadiahnya memang lumayan. Sampaikan ada yang RM 25, 000. Siapa tak nak? Cuma duduk sehari kalau mengena yang paling besar. Maka dapatlah habuannya ribu-ribu ringgit tu.

   Sebenarnya bagi pemancing ni, apa yang dikejarkan ialah aksi ketika menarik ikan. Melawan bersama ikan tidak sama melawan guru-guru di sekolah. Ianya memerlukan teknik tersendiri. Kalau setakat ikan besar dua anak jari, memanglah boleh main tarik begitu sahaja, tapi kalau ikan tu sampai 9-10 kilogram? Tak ke patah joran awak tu. Bagi pemancing, melayan ikan-ikan besar ni lah yang paling menginzalkan, mengkhyalkan, mengorgasmekan, mengklimakskan, dan pelbagai lagi sehinggalah mangsa mengalah. Bawa naik dan bergambar. 

   Sebenarnya tujuan aku bercerita ni atas permintaan salah seorang kawan aku. Hujung minggu yang lepas, kami telah mengalami kebosanan tahap langit tertinggi kerana hampir semua isi rumah balik ke kampung halaman masing-masing sehinggalah tinggal berempat. 

   Arakian, timbul idea salah seorang dari kami untuk memancing. Pada pukul 12 tengah malam itulah, Serta merta kami siapkan barang-barang dan menuju ke tasik yang diwar-warkan menjadi tempat permainan ikan talapia, fatin, eh, patin, dan ikan selar kuning tak lupa juga ikan kerisi. 

   Maka masing-masing bergaya pemancing sejati, melabuhkan punggung dan mencampakkan umpan dengan gaya-gaya masing.

   3 jam tiada yang naik walaupun seekor ikan putih. Maka pulang hampa dan berdiam seolah-olah tiada apa berlaku. Ya lah. dah takde ikan. Nak kecoh apa ya tak? Yang paling otai pun tak dapat apa-apa, nak buat macamana ya dak? Takde rezeki.....

    Lepas ni nak pergi jerat ayam hutan pulak la...



3 comments:

hamizah afifah said...

aku pernah ikt bf aku g mancing...tobat x nak ikt dah..byk nyamuk wey!!!!!! ha..ko jerat aym hutan jgn lupe bg aku ckit...sedap tu daging dye... nyummy2...

Nurna Azrin said...

mancing = boring

beautiful_rose said...

memancing best...bila dapat hasil,terasa sangat puas.

duduk diam sambil tenangkan diri muhasabah diri pun okey juga.sambil tunggu umpan mengena.ye dak?