Friday, June 3, 2011

Terlalu banyak lagu untuk perempuan. Dan kini untuk lelaki...

   Warga umat dunia dari azali lagi sudahpun didedahkan kepada bunyi-bunyian dan muzik. Ianya kemudian diadun menjadi serangkap lagu yang mampu menangkap halwa telinga tak kira ianya membingit atau mendamaikan. Ramai dari majoriti kelompok dunia memilih untuk menenangkan kecelaruan minda dengan lagu. Setulusnya aku sendiri pun memilih lagu sebagai medium mententeram jiwa.

    Mengambil perubahan tamadun muzik irama lagu di Malaysia khususnya bagi bangsa Melayu sebagai revolusi. Dari irama klasik menginjak ke pop yeh yeh. Dari pop yeh yeh beralih pula kepada agogo. Seterusnya rock kapak. Bertukar kepada rock leleh. Masuk pula irama import dari seberang bersaing dengan rentak hip hop. Kemudian muncul pula irama indie anak tempatan sebagai membela industri muzik yang terjajah.

    "Apa tujuan kau bercerita revolusi muzik? Takde dalam sejarah lah Sipot."

   Benar. Memang tiada dalam buku rujukan Sejarah tingkatan empat terbitan Fajar Bakti. Tapi kita sebagai orang yang mendengar muzik pastinya dapat merasa sedikit sebanyak revolusi muzik dari satu era ke satu era. Antara tema yang sering digunakan penggiat muzik sendiri ialah : Perempuan.

    Oh Fatimah, Julia, Jesnita, Misteri Mimpi Syakilla, Keranamu Suhaila, Che Ainon, Nabila, Sofea Jane, Taman Rasyidah Utama, Sakinah, Datin Seri Rosmah dan sebagainya. Semuanya menggunakan tema perempuan atau wanita sebagai idealogi bagi menyampaikan lagu mereka. Sedangkan irama nasyid sendiri ada yang menggunakan wanita sebagai medium lagu mereka seperti Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Pesona Zulaikha dan lain-lain bagi mensasarkan pendengar supaya mendengar hasil mereka.

    Kesannya? Puluhan atau ratusan lambakan lagu bertemakan perempuan membanjiri pasaran muzik tanah air.

   Bosan? Tidak sama sekali. Aku sendiri menghayati lagu-lagu untuk perempuan ini. Seolah-olah terasa kita turut menghargai kehadiran mereka dalam hidup aku. Mama, adik-adik perempuan dan juga... errr... err... ok.. abaikan...

   Aku yakin ramai juga yang tiada masalah dengan lagu-lagu bertemakan perempuan ini. Cuma apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah berkenaan seorang penggiat seni secara sendirian yang mula memacak nama sedikit demi sedikit di persada muzik temptan.

  Mungkin ada yang pernah dengar lagu berbunyi ~~" Dia mungkin bengis seperti singa, tapi dia nangis tonton cerita korea"~~

   Lagu bertajuk 150 Juta. Lagu yang bernada comel-comel gitu. Siapa penyanyinya? Ana Raffali? Zaiton Sameon? Francisca Peter? Yuna? Bukan. Bukan. Bukan.

   Penyanyi tersebut ialah :

Jelingan membunuh
   Nama komersial yang beliau pilih ialah Fynn Jamal. Seorang penggiat puisi juga berbakat menggarap nada menjadi lagu.

   "Apa kena-mengena Fynn Jamal dengan intro berjela kau Pot?"

   Hehehe... Kak Fynn sudah mencipta satu karya yang sebenarnya sudah lama aku dengar tapi baru hari ini tergerak untuk kongsi sama kalian. Karya yang menunjukkan rasa penghargaan kepada kami warga-warga lelaki. Sebuah lagu yang didedikasikan kepada lelaki. Sebuah karya yang punya maksud. Tanpa meneruskan menaip lebih banyak. Mari kita layan karya bertajuk Lelaki :



verse
biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati

walau bertalu disiksa
jasadnya takkan meronta
--dia sudi

suka tak suka, tak beza
bibirnya duduknya sama
--tak duli

kalau tak tau jiwanya
seringnya dikeji nista
--dia gigih jadi lelaki


pre-chorus
terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi


chorus
lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan


verse
biar dikata apa
dia tegak mendada
-- dia janji

selagi nafasnya ada
dia kan teguh bersama
-- dia masih jadi lelaki


pre-chorus
terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi


chorus
lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan


verse
biar sehancur mana
dia dicincang dunia

-- tak mati.


---Maaf Kak Fynn... saya curi gambar akak tanpa berkira dua kali dari fanpage fesbuk akak.. heeee.. Tamo marah---



15 comments:

mushroom said...

suka gila dgn lirik dia :)

Fynn Jamal said...

Subhanallah....!

yusof adnin said...

GEDIK AH KAK FYN....
Z.Z
>.<
hahahahahah........

Noor Idayu binti Azmi said...

fyn jamal? errr, org puisi ke?

Mrs.PaPaDom said...

selalu dgr nama. ni 1st time tgk fynn jamalnye. hehe

Anonymous said...

ahhaha...aku dgaq cm nasyid dOl

beautiful_rose said...

aku suka...lirik dan melodinya punya nyawa yang tersendiri!

seni itu unik!

MissF said...

eh bkn byk ke lagu utk lelaki?
cth mcm yg 'aku adalah lelaki, yg pantang menyrah mencari wanita.. bla..bla...' gua xigt tajuk pe lgu ni.
lps tu lgu lelaki ini anuar zain.. haa byk pe.

Khuzrin Kamarudin said...

Miss F : Maksud aku di sini lagu dari perempuan untuk lelaki yang bermaksud menghargai....

CintaZulaikha said...

lagu untuk lelaki kan da banyak skrg...dulu pon kan...tader ker???

Scya Lollita said...

she is my feverettttt evaaa ;D
cik scya x brape ske sgt lagu2 ni tp from fynn jamal cik scya hafal lengkap semua lirik ;DDD

Sarah Khan said...

hmm lumrah wanita kan memang suka di puji/puja. hehehe

Fynn Jamal said...

penat awak, pot.
tak ramai faham mesej awak pasal konsep lagu lelaki itu.

Khuzrin Kamarudin said...

Takpe kak... Asalkan saya faham apa yang akak nak sampaikan melalui "lelaki"... :)

Razil Tahir said...

kak fynn!!!

papepun terharu ada lagu nie...
bila plak nk ada lagu nama lelaki?
Ali ker, Abu ker, Danny ker...
xpayah kot..
Lagu nasyid memuji Rasulullah kan ada... dengaq tue jer la...