Tuesday, July 5, 2011

1Malaysia bukankah maksudnya sama rata? Tapi...

   
   1Malaysia seperti yang diwar-warkan Perdana Menteri keenam kita seperti menjadi satu kemestian dimana-mana sahaja. Tak kira barang-barang harian, banner-banner tepi jalan, kepala surat khabar, muka majalah, dinding-dinding kedai makan.


   Tujuannya cuma satu demi mengeratkan perpaduan dan kesepeduan antara kaum-kaum yang majoritinya mendiami bumi Malaysia ini. Sedikit sebanyak misi yang pernah dijalankan Bapa Perpaduan kita dahulu ada jugalah berhasilnya. 


   Berikutan entri kali ini bukanlah hendak aku hujahkan apa itu istilah yang merangkumi 1Malaysia ini. Tapi aku nak ceritakan apa yang aku lalui baru sahaja minggu lepas. Dan ianya berkaitan dengan 1Malaysia ini.


   Seluruh bumi Malaysia tahu bahawa pada hari sabtu yang lepas telah diadakan program larian 1Malaysia, 1Murid 1Sukan. Di tempat aku, telah digabungkan sekali dengan program kebudayaan yang dianjurkan persatuan Kebudayaan Johor. Makanya gempitalah program tersebut berlangsung selama dua hari berhampiran dengan tempat tinggal aku. Segalanya aktiviti berkonsepkan 1Malaysia.


   Untuk program tersebut aku dan keluarga telah mendirikan tapak gerai berniaga sederet dengan peniaga yang lain. Jadi secara tak langsung aku akan melihat semua aktiviti yang dianjurkan. Ada sukaneka, lari dalam guni, tiup belon sampai pecah, tiup tepung, kerusi berirama, kerusi beroda, tiup tepung sampai pecah dan sebagainya. Kemudian diadakan pula pertandingan yang berasaskan subjektif (permarkahan juri) seperti gubahan, masakan, dan karaoke. 


   Mendengarkan ada pertandingan nyanyian, keluarga dan sepupu aku mendesak-desak aku untuk turut serta. Namun begitu aku tolak sebab tempat tersebut masih asing bagi aku. Aku tak kenal sesiapa kecuali sepupu-sepupu sahaja. Desakan tetap diteruskan lalu aku pun turut serta.


   Malam sabtunya, berlangsunglah peringkat saringan karaoke dan giliran aku adalah yang kedua. Naik atas pentas, aku tengok ramai gila orang namun aku buat muka kacak. Lagu Aris Ariwatan, Lamunan Terhenti menjadi taruhan digabungkan dengan suara Yabang, Khalifah aku ni. Maka tersenyap seluruh isi hadirin majlis terpukau dek penangan suara aku. (Sila abaikan kalau rasa meluat)


   Turun pentas aku kembali ke gerai menunggu sehingga seluruh 30 peserta habis mempertaruhkan suara masing-masing. Ada yang hebat, ada pula yang sekadar hendak memalukan diri. Yang tua ada cucu berderet pun ada. Yang mak nenek rasanya dah 60-an tapi mekap kalah hantu operah cina. Semua macam gelagat ada.


   Tanpa disangka aku terpilih untuk ke final esoknya bersama peserta final yang lain. Cuma agak pelik yang power-power ramai yang tak masuk peringkat akhir. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya tapi aku buat-buat selamber kononnya dah biasa dengan semua ini. Hahaha.


   Esoknya aku meniaga macam biasa sehinggalah acara kemuncak malamnya. Tetamu undangan dato' entah sape namanya menjadi penyeri malam itu. Habislah ucapan beliau berkenaan 1 Malaysia dan perpaduan dilaungkan malam itu.


   Sampai pula ke acara final. Masing-masing termasuk aku berjuang atas pentas. Sekali lagi dendangan aku memukau seluruh hadirin. Hahaha.


   Kemudian acara penyampaian hadiah. Aku tak dapat tempat sama ada Juara, Naib Juara atau tempat ketiga. Takpelah. Masuk final pun dah power lah tu kan?


   Cuma yang aku musykilkan sewaktu MC (Juruhebah Majlis) mengumumkan pemenang untuk setiap pertandingan subjektif, dia akan katakan,


  "Tempat ketiga pertandingan masakan, Puan Kosnah, isteri kepada S/U kita ni..."


  "Tempat kedua pertandingan gubahan, Cik Rozyana, anak kedua exco kita ni..."


   "Tempat ketiga pertandingan karaoke, Muhamad Syah, anak pak abu ketua kampung kita ni..."


   "Tempat kedua ,Pak jamil, bekas penolong pentadbir gerakan ni.."


   "Juara, Pak Hassan, ni dulu exco tugasan kita ni..."


   Pilih bulu? Pilih kasih? Kroni? kata 1Malaysia? Sama rata bukan? ni kalau dah benda paling kecik macam ni pun nak pakai kabel USB orang dalam, susah nak berjaya tahu? Benda kecik macam ni dah bagi contoh yang esar macam mana yang kat luar sana nak dapatkan kontrak, nak dapatkan tempat, nak hantar anak masuk u, nak dapatkan kayu balak kat hutan.


   Semua guna orang dalam.


   Aku tak bengang pun sebab tak menang. Yang aku bengang macamana diorang kelolakan majlis. Sampah! Teruk! oleh dikatakan syok sendiri je. Kalau diberi pilihan untuk bagikan gred. Aku bagi C-.


   Takpelah. Hidup korang. Pandai-pandailah nak hidup.


   Ada lagi berita menarik. Kerana keberjayaan aku masuk ke peringkat akhir tersebut, aku telah dilamar untuk menjadi vokalis untuk band orang kahwin. Hahaha. Band orang kahwin pun, yang penting ada jugak yang nampak aku. Huahahahahahahahahaaha!!!


   Aksi pertama aku adalah Ahad minggu ni. Maka bertuahlah siapa yang tengok aksi aku nanti. Katanya di salah satu walimatul urus di Kluang. Entah. Aku ikutkan je. Heeeeeee...


   So, cari aku disana...


   Sekian...










8 comments:

aishareoils said...

wahh..jom karok..hehe

hamizah afifah said...

perggghhhh....sipot aku kawen nt ko aku ajk sbg tmpt karok ok...hihi...

ko ilexx jer lar..guna org dalam ni perkara bese dah..kt mne2 jer ade..mmg x dpt lari... sblum 1 mlysia lg dah guna pakai org dalam ni...

rndu cipott ^ ^"

mundial said...

lama gile tggu ko update.. skali ko tulis benda sampah

farot said...

ish xpatut2

CintaZulaikha said...

karok karok...yehaaaaaaa

Anonymous said...

nie kalau bulik bace nie mmg naik baran dia

✿ cik pieQa ✿ said...

C- ?
klu kat sekolah, nyaris2 masuk gaung. klu kat IPT, failed dah tu. hehe!

Goblogz said...

1malaysia hanya sekadar mainan di bibir tp hakikatnya...