Monday, July 11, 2011

Kedatangan tiga kelab bola sepak Eropah... Apa rasionalnya?

   
   Satu bumi Malaysia sudah umum mengetahui akan kedatangan tiga kelab gergasi Eropah yang akan bertandang menentang pasukan pilihan Malaysia. Hampir setahun awalnya iklan komersial dilancarkan demi mendapatkan perhatian seluruh warga Malaysia.


   Walaupun blog Sipot Si Tukang Tulis ini bukanlah blog bola sepak seperti Sokernet dan Sokerleaks, namun aku rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan FAM menganjurkan perlawanan ini. Perlawanan persahabatan membabitkan tiga kelab Eropah yang dikatakan gergasi, iaitu Kelab terkuat dunia Singa Biru (Chelsea), Kelab budak-budak tadika tiada kemenangan untuk setengah dekad (Arsenal) dan pasukan yang terkenal dengan sejarahnya seperti kata PM 1 Malaysia (Liverpool).


   Atas alasan memberi pendedahan skuad Harimau Malaya kepada pemain eropah, maka tiga perlawanan persahabatan ini dianjurkan. Namun apa implikasinya kepada skuad kebangsaan?


   Ranking? Sila geleng kepala kerana tiada mata ranking untuk perlawanan membabitkan pasukan negara menentang kelab tak kira kelab itu kuat macam Chelsea.


   Pendedahan kepada lawan yang lebih kuat? Sila geleng kepala juga kerana adakah ketiga-tiga pasukan gergasi ini akan bermain mati-matian semata-mata untuk menentang skuad pilihan Malaysia? Adakah permainan mereka sama cantik ketika merebut kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah?


   Mempelajari taktik mereka? Sedangkan pemain muda kelab tersebut diasah dari umur belasan tahun untuk menjadi pemain handalan, apa rasionalnya bermain selama 1 setengah jam untuk jadi seperti mereka?


Bertukar jersi dengan Frank Lampard?


Bergambar dengan Steven Gerrard?


Memperkotak-katikkan skuad kanak-kanak Arsenal?


  FAM sepatutnya menggunakan otak untuk menyusun jadual perlawanan kalau pun mahu mengaut untung dari ketaksuban rakyat Malaysia yang berorientasikan "Glory-Hunter". Ya. Rakyat Malaysia semuanya glory hunter. Kalau sebelum ini aku digelakkan sebab sibuk mengikuti perkembangan NorHafiz Zamani Misbah, Akmal Rizal Rakhli, Syamsuri Mustaffa, Eddie Helmi manan, Liew Kit Kong, Nizaruddin Yusuf, Wong Sai Kong tapi sekarang majalah Maskulin pun sibuk nak gunakan kerol fami sebagai cover page mereka.


   Berbalik kepada usul yang asal tadi. Fam patutnya dah tahu berkenaan penjadualan kelayakan Piala Dunia dan kelayakan Olimpik akan berlangsung sekitar tarikh Julai. Atau...............


   Melainkan kalau FAM menjangkakan skuad Malaysia akan terkandas seawal pusingan pertama kelayakan Olimpik dan juga kelayakan Piala Dunia. Kerana itulah mereka sewenang mak bapak meletakkan jadual pada tarikh di bulan Julai.


   Kalau benar itu jangkaan awal pihak FAM... senang hati aku katakan..... KEPALA HOTAK KAU!!


   Selain itu, FAM sepatutnya lebih bijak menggunakan otak bukan nampak duit sahaja dengan mengamalkan politik tahi. Untuk perlawanan menentang tiga kelab tersebut, liga malaysia terpaksa diawalkan beberapa minggu menyebabkan jadual liga tempatan menjadi terlalu padat dan langsung tak menarik dan berkucar-kacir...


   Aku nak katakan FAM bodoh tak de otak...


   Negara Asean lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand sibuk menetang skuad kebangsaan negara lain... Malaysia? Kejar duit... hak tuih FAM..


   FAM... Football About Money... bangang...



9 comments:

cucu umie said...

mungkin ad betol yer juga ckap bro...

Syazani Razak said...

this is best bro..hahahaha

Anonymous said...

kecoh la lu bro...apa pun x bley

Mohd Syahidi said...

aku ckup sokong apa ko ckp tue...
mmg nk cr duit n publicity jer...

Anonymous said...

hot dog rebus sebungkus...nnt aku byr ko eyh

me enemy said...

dah bebual bola plak engko....

EZAN IDMA said...

betol juga ckp kamu. tp arsenal best haha

Jari Berbicara said...

ehehehe..tapi shayer nak tengowk chelsea...caner?

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinokuwait.com]casino[/url] [url=http://www.orderthepill.biz]viagra[/url] [url=http://www.casinolasvegass.com]casino online[/url]