Saturday, August 6, 2011

Aku Terjah Terajang Mereka...

   Pukul 4.24 pagi, aku tak dapat tidur, padahal memang tiap malam pun tak dapat tidur, aku menerawang disetiap penjuru laman sesawang. Dari laman blog mereka yang ternama, aku lawat pula laman bola sepak Malaysia yang tiba-tiba tumbuh pesat sejak Malaysia menang AFF tahun lepas, kemudian aku pergi ke laman mengumpul komik-komik kelakar, masuk pulak ke laman YouTube layan video-video hasil anak tempatan, masuk pulak ke blog Bila Curang, keluar balik bila perasan tak patut aku masuk laman tersebut.


   Lepas tu aku masuk kembali laman sesawang hit masa kini, Facebook, ternampak post seorang rakan. Entah kenapa hati nurani ini mahu klik laman blog miliknya. Seketika kemudian aku teringat pula mereka-mereka yang mempunyai akaun blog mereka sendiri.


   Lalu aku terjah mereka satu persatu. Kot-kotlah akan ada yang ceritakan perihal kecomelan aku. Scroll atas bawah. Tapi nyata hampa. Chis!


   Tapi siapakah mereka? Elia Jejari Runcing? Hanis Zalikha? Fatin Liyana? ZackZulkhairi? Ataupun gadis mengaku takde dara?


   Tidak.


   Ada kenangan dengan setiap satu mereka walaupun kenal mereka dengan cara berbeza-beza.


   Mari lihat.




Diari Dosa




   Nama Betul : Asyraf Ahmad.
   Nickname : Tisu.
   Genre Blog : Sejenis diari diri dan pendapat diri melalui tulisan maha spontan dan stylo.
   Tagline Blog : Berapakah nilai satu kematian?
   Penulis di blog lain : Tiada.


   Aku kenal dia masa kami sama-sama semester 1 masa masuk UiTM Segamat dulu. Berasal dari Pulau Pinang. Siapa yang tak kenal mesti kata dia sombong. Peminat muzik heavymetal sampaikan masa tengah study, dia boleh pakai headphone dengar lagu-lagu heavy. Aku tau susah untuk peroleh kebolehan sebgitu. Berbakat bermain apa juga instrumen muzik termasuk seruling anak gembala. Sangat tenang dalam percaturan hidup sepanjang di kampus.


   Kenangan dengan beliau, pernah sekali aku pinjam motor dia untuk ke bandar. Namun malang tidak berbau, berikutan hari tersebut aku belum lagi ada lesen, ada JPJ pulak. Serta-merta aku kena tahan kat situ.


   Kemudian aku call Tisu dan 5 minit kemudian dia datang dengan Jablun, Cabi, Tobi dan Pulai terus membelasah abang-abang JPJ sampai lunyai.


   Ceh. Takdelah. Tisu telah slow-talk dengan brader JPJ dan aku terselamat dari bayar saman dan terselamat dari dicampakkan ke sekolah Juvana. Tapi kalau kat sekolah Juvana tu ada Cikgu Zakiah, budak nerd pun nak masuk.




Aku Budak Nerd




   Nama Betul : Shafeeq Rahim.
   Nickname : Badek.
   Genre Blog : Luahan pendapat dan juga diari masa lampau yang menggunakan bahasa suka hati tapi style.
   Tagline Blog : macam sama. namun berbeza.
   Penulis di blog lain : Sarkasis.


   Aku kenal dia juga masa aku baru masuk UiTM. Namun masa tu dia ialah senior aku semester 4. Memiliki raut muka teging yang boleh buat junior kecut tapi aku tak. Aku nak cuak dengan Badek? Heh! Masa tu belum lagi rapat dengan beliau. Namun tak sangka masa aku semester 6, boleh pulak lepak satu rumah dengan dia yang masa tu sudah pun mengambil degree. Seorang gamers, boleh bermain instrumen gitar dengan baik. Juga penggemar heavymetal. Namun sebenarnya dia ni bitchy dengan perempuan. Chelake. Haram tak pernah main bola walaupun nama sama dengan pemain tengah negara sebaliknya lebih cenderung bermain skateboard.


   Ada satu hari masa tengah lepak-lepak kat rumah, kami dikejutkan dengan kedatangan seorang member yang teruk lunyai dibelasah dan menurutnya dia dibelasah 9 member sendiri yang juga ada antara mereka terdiri dari body builder. Mak kau!


   Aku tak tahu apa puncanya dan apa salahnya member aku tu padahal dia terkenal dengan tak pernah buat pasal. Namun malamnya, rumah kami didatangi 9 orang tersebut dan di rumah masa tu ada aku, Badek, Tewat, Dek Ngah, Ajim dan Mok. Masak! Yang datang semua besar-besar pulak tu.


   Namun berbekal ilmu yang bergaduh yang kami tonton dalam cerita Ong-Bak, kami telah menang pergaduhan tersebut. Ok aku tipu lagi.


  Sebenarnya Badek memang terkenal dengan kriterianya sebagai seorang yang bijak berkata-kata dan matang dalam setiap kata-katanya. Dan disebabkan kuasa suaranya, kitorang dah setel baik kemudiannya. Sekiyan.




...Mochaholic Art Core...




   Nama Betul : Mohd Raqib.
   Nickname : Karok.
   Genre Blog : Penulisan puisi puitis sinis yang dihamburkan tanpa akan difahami budak rempit.
   Tagline blog : Tiada.
   Penulis di blog lain : Sejuta Stanza Selamba.


   Aku kenal dia ni juga masa aku semester 1 tapi dia semester 5. Bekas bilik aku di kolej kediaman. Namun aku mula rapat dengan dia masa aku semester 6. Seorang yang meminati muzik secara random termasuk lagu klasik nasioanl pun dia layan. Mungkin kerana darah seni yang mengalir deras dalam tubuhnya. Seorang yang memiliki raut seperti gengster korea walhal sebenarnya dia ni sangat jambu dalam bahasa. Chis! Memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti memancing. Kalau pergi rumah sewa dia, dah macam bukan rumah sewa pelajar, tapi macam rumah nelayan. Semua barangan memancing tersusun tergantung kat rumah dia.


   Pernah satu hari aku, Karok, Puling, Om memancing dari satu malam sampai pagi. Tools memancing dah mengalahkan pemenang GP Joran, tapi pulang seekor ikan sepat pun tak kena. Hahaha.


   Ada satu hari aku dan dia pergi mancing dua orang je. Dan sepanjang malam itulah aku dan dia berbual secara serius dari kepincangan politik Asia-Barat, pencairan Aisberg di kutub selatan, kesan penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau dan nampaknya semua tu macam tak betul je.


   Namun apa yang menarik perhatian aku, cara perbualan dan gaya percakapan dia ni seperti berbekalkan prinsip yang sangat kuat. Oh ya. aku rasa 1/4 malam tu kami berbual pasal cinta. Acewah! Ptuih! Ye ar, masing-masing baru lepas break masa tu, jadi masing-masing saling meluahkan dan menasihati serta memberi semangat. Dah macam gay punya pernyataan.






   Itulah mereka yang aku respek yang memang punya skill masing-masing. Heh!
---Sampai mampus pun aku takkan lupa korang. Sigh---


---Jangan tanya kenapa nickname masing-masing pelik semacam termasuk nickname aku---




Sekiyan....



15 comments:

Unknown said...

untunglah ada memembe ada blog. aku hareeem.

ok la, boleh juai taik minyak lebeh2 skit. harhar

Khuzrin Kamarudin said...

Jual minyak apa ni? aku tak faham... inesen.. (-_-")

cik jannah said...

bestnyaaa.. suka.. hehe..

done following u..:) nak kawan2..

Khuzrin Kamarudin said...

Boleh cik jannah.. takde hal lah.. hehe...

aLiAh said...

wah.. ciap wt reseacrh.. hihihiih...

Munn Jaafar said...

syoknya ada mmber sama2 ada blog...leh kongsi mcm2 tips blogging...sy ada jgk sorg dua tp tak aktif...

Lea Isnawi said...

kim salam kat member2 tu..hehe

CintaZulaikha said...

novel tak siap lagi ka??

Chuu Muqhlis said...

mmg best ade mmber2 yg ade blog gak
aku pon ade blog sbb ikut mmber wahaha :D

nabila ismail.. said...

haha.sekali dua orang bbesfren foreber aku lah dalam entri kau.hehe

Melle Abadi said...

respon kepada komen di chatbox: hee segan gua. kehkeh

BadekGonzalez said...

haha.sial.peristiwa abang gym datang menggegar.hahaha

Anonymous said...

ko nk tau x makna perkataan stelu?

Anonymous said...

dalam BLOG ko ni bnyak nau cite pasal dak3 UITM.. hmm pastu post kat group kita... wat la cite kitorang...:( majuk r..

Anonymous said...

lau nak wat cite pasal orang len.. tak payah la post kat group kita