Tuesday, August 23, 2011

Drama Ramadhan : Meriam...

   Sekarang ni ada trend galak sedang berlaku sejak 1 Ogos yang lalu...


Facebook :


"Selamat Bersahur!"
"Selamat Berpuasa..."
"Penatnya... panas... hey.. lambat lagi nak buka ni."
"Dah masa pergi bazaar ni.. Yeay!"
"Selamat berbuka puasa kawan-kawan. Wink! Wink!"
"Dah nak raya ni."


   Hampir kesemua pemilik akaun Facebook dalam Malaysia akan up status benda yang sama. Trend ok? Trend.


Blogger :


   Pergi bukak mana-mana blog individu. Pergi sekarang. Pada bulan puasa ni, setiap blog akan jadi macam blog buku resepi ataupun blog rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang diacarakan Maria Tunku Sabri. Kemudian akan up pengalaman tarawikh. Ataupun ada blogger menggunakan platform bulan Ramdhan ini sebagai suatu masa paling sesuai untuk buat Segmen atau Contest. Dengan tujuan mencanakkan trafik. Tajuk Segmen/Contest? Mudah sangat. Kenangan Berpuasa...


"Sipot, trend. Biasalah tu."


   Benar. Trend. Ikutan. Rakyat Malaysia, melayu khususnya, merupakan kaum yang mudah terikut-ikut. Kenapa? Malas nak olah. Cari sendiri dekat rancangan di TV. Kenapa Facebook dan Blogger sahaja? Sebabnya aku cuma ada dua akaun ni sahaja. Tumblr, Twitter, MySpace, Friendster, semuanya aku takde...


"Sekarang apa kena mengena intro kau ni dengan tajuk "Meriam?" Aku rasa macam takde kena mengena. Jadi aku nak chau. Babai."


   Hey Hey Hey... Rileks dulu. Oleh kerana aku ni pun orang Melayu. Mana boleh pandang macam tu je. Jadi dengan riak, bongkak, takbur, dan bangganya, aku juga ingin up entry pasal bulan Ramadhan ni. Lagi-lagi dah nak raya. Pasal apa? Sebuah kenangan aku masa di sekolah dulu dengan sebuah permainan tradisional orang Melayu yang kini diharamkan. Tradisional pun diharamkan. Isk Isk Isk... (-_-")


**********


   Waktu : 2003, Bulan Ramdhan (Tingkatan 2)


   Aku masih ingat lagi masa tu aku tolong mak aku meniaga kuih-muih sebagai juadah berbuka puasa. Tapak perniagaan adalah berhampiran dengan kebun kelapa sawit. Kebun tu kalau diselusur dalam-dalam sikit, merupakan markas tempat-tempat member-member seangkatan yang lain main meriam.


   Kalau masa meniaga tu, halwa telinga aku bingit mendengar dentuman-dentuman bunyi meriam buluh. Pada amatan aku, ada dua pasukan yang tengah beradu kekuatan desibel bunyi meriam. Sakit hati sebab aku tak dapat join. Cis.
Gambar sekadar metafora. Meriam kami tak sebesar ini.




   Pada malamnya, aku dengan adik aku, Amir, pergi masjid seawal Isyak. Lepas Isyak terus lepak tempat parking kereta berbumbung. Gelap. Dekat situ nanti jumpa Sabor. Seorang kawan yang berdarah Bugis. Dekat situ jugak tempat aku dengan Sabor layan rokok L&M sekotak 7 batang. RM1.90. Tapi masa tu tak heavy lagi macam sekarang. 7 batang tu seminggu belum tentu habis. Heh. (ok abaikan pasal rokok tu).


Sabor : Kau dengar tak bunyi meriam siang tadi?


Aku : Dengarlah, sakit je hati aku. Siapa tu?


Sabor : Satu budak-budak Azrul, dengan Huda, dengan Alif, dengan Nazrin. Satu lagi si Bapak dengan budak-budak dia. (Bapak merujuk kepada seorang remaja berumur lebih 20-an tapi masih berkawan dengan remaja-remaja menengah rendah)


Aku : Jom pergi tengok jom. Biasanya diorang ada je kat masjid ni. Sekarang kita je angkatan yang masih ada kat sini.


Sabor : Jom.


   Aku, Sabor dengan Amir menyelusur jalan-jalan gelap cuma berbantukan terang bulan. Oleh kerana setiap jalan dah kami hafal, tambah pulak prinsip hantu takde bulan-bulan puasa ni, mudah sahaja kami sampai ke tempat Azrul dan kawan-kawannya. Azrul kami pilih sebab lebih kenal mereka. Main bola pun biasa satu team.


   Untuk pertama kalinya aku melihat sendiri bagaimana meriam dihasilkan. Meriam tanah yang menggunakan batang paip konkrit dari kontrak parit terbengkalai. Ditanam dan dihempap dengan batu besar. Belah belakangnya ada ditebuk lubang. Betul-betul ditalakan ke sungai.


   Aku perhatikan macamana operasi mencucuh meriam dilakukan. Mula-mula letakkan seketul kabaid ke dalam tin sardin yang dibelah separuh yang diikat bersama sebatang ranting panjang.
 
   Letak sikit air. Masukkan terus melalu muncung depan meriam dalam-dalam sampai ke hujung. Lepas tu cepat-cepat tutup muncung dengan guni berisi rumput kering. Biar gas kabaid memenuhi ruang dalam meriam.


   Agak hampir seminit, cucuh api dekat sebatang kayu yang bersadur minyak tanah. Kemudian yang lain lari jauh sikit tutup telinga, apa lagi, halakan api ke lubang kecil yang ditebuk tadi. Hasilnya? KEBABOOM!! Bergetar gegendang telinga meskipun dah tutup kuat-kuat.


   Terpegun aku melihat kesenian warisan melayu yang satu ni. Aku perhatikan berulang-ulang proses yang sama sambil kami bersorak sorai meraikan kejayaan bila pihak lagi satu bunyinya sama dengan bunyi kentut lembu.


   Agak sejam. Aku, Sabor dengan Amir beransur awal untuk ke masjid. Sebab Tarawikh dah nak habis. Kang tak dapat makan moreh.


Aku : Esok pagi, bawak paip konkrit belakang rumah kau tu, kita buat meriam dekat-dekat dengan diorang.


Sabor : Set!


   Esoknya, awal-awal pagi kami buat meriam sebijik sebagak dengan milik Azrul. Sabor pulak dah siap-siap beli kabaid. Medium utama dalam penghasilan meriam sejati. Pagi tu jugak kami test keupayaan meriam kami. Hasilnya memang menakjubkan. Bunyinya memang gempita. Walaupun takde tutorial atau sifu yang ajar kami, semuanya cuma berdasarkan pemerhatian sahaja. Langsung tak bertanya. Tapi kami berbangga. Keh Keh Keh.


   Malamnya berpesta rialah kami berperang bunyi antara tiga penjuru. Nak dekat pukul 10 je, Aku, Sabor dengan Amir cepat-cepat pergi masjid untuk solat witir. Karang bapak masing-masing tengok anak takde, mahu kena libas malam-malam hari.


   Syaitan takde tapi perangai terejal tu ada je dalam kepala. Esoknya aku ajak Sabor untuk satu misi pemusnah. Pagi-pagi. Aku dengan Sabor sahaja. Amir sekolah pagi. Yang lain pun ramai sekolah pagi. Berbekalkan sebatang cangkul, aku dengan Sabor telah memusnahkan kedua-dua meriam milik pihak musuh. Hancur. Bersepah. Sambil ketawa aku dengan Sabor pecahkan. Hua Hua Hua!!


   Malamnya seperti biasa. Kami main meriam. Tapi cuma dari pihak kami sahaja yang kedengaran. Amir kebingungan.


Amir : Apesal yang lain senyap je?


Aku & sabor : He He He...


    Kebetulan hari tersebut kurang seminggu nak raya. Masing-masing dah ikut keluarga masing-masing untuk pulang ke kampung. Jadi tiada tuntutan atau pergaduhan atas kehancuran tapak meriam mereka. He He He...


   Tahun-tahun berikutnya, aku semakin pakar dalam penghasilan meriam yang berbunyi tahap desibel tertinggi. Cuma lewat dua tahun sudah. Aku tak main meriam. Kat Segamat ni takde port... (-_-")




   Kepada geng-geng yang menjadi mangsa terejal aku dengan Sabor 8 tahun lepas : Dah nak raya ni kan? Maafkanlah kami. Malas aku nak ucap panjang-panjang. Entri ni pun dah cukup panjang aku rasa. He He He...




15 comments:

Edy said...

Kebab-BOOOM!

hehehehe.


dahsyat weyh. Aku rasa, aku kenal sape sabor tu. ko cube tanye2 beliau. siapa tahu, beliau sepupu jauh aku.

kehkehkeh.

Khuzrin Kamarudin said...

Idea kebab-BOOM tu sering jadi jeritan kami mempromosi kebab di bazaar... serius.. hahaha...

kaizen said...

aku x penah buat tp penah cucuh jer sekali dua dulu2.. hehehe

*cer buat tutorial bergamabr bg memudahkn pemahaman org ramai.. keh3...

zul hassan said...

ooo korang r yang rosak kan meriam kita orang nak kena ni. tak de maaf muahahaha..

syasya said...

haha nice la meriam desibel ang..kat kampung adik ku main meriam baldi.penah try x?? bile meletop baldi tu terbang tinggi..huhuhu kuat gile!

Memori Kekasih said...

Haha...jahat giler jahanam kan meriam org lain...jeles lah tuh..hehe
dah besor2 neh xnak jadi macam "Bapak" tuh ke??
hehehe

Robot | Sakti said...

gua pun pernah main meriam dulu.
tapi pakai yang besi paip punyer.
tahan lama sikit.

hehe

miera said...

:) haha.

tengok gamba katun usop sontorian tu teringat aku kecik2 dulu.

aku dulu tak penah main meriam, nyampah aku dengar POM POM.

Tiap kali BOMM!!!
aku akan cakap, 'babi punya orang'
dengan ini, aku mintak maaf pada mereka, padan muka korang kena babi dengan aku. hihi~

nurkaloi said...

hahahah seronoknya zaman kecil kann
eghh dah besar nk men mercun bleyh lg ke tak eh ? ermm ~__~'

aishareoils said...

pengebom sejati nmpk..haha

Unknown said...

cakdumdum. auwww

Chuu Muqhlis said...

adoii., kemain panjang intro nk smpai ke meriam uh :P

masa dulu maen meriam tanah., pakai tin. cepuutt! --bunyi karbait dah lemau HAHAHA

CintaZulaikha said...

nakal giler rupanya mamat seko nih yer..hehe

Lea Isnawi said...

teringin nk maen meriam!
hehee

Sky b4 Pinky said...

hehehe..pencipta meriam zaman dahulu kala eak..dashat lah