Saturday, August 20, 2011

Kau ialah apa kau fikirkan...

   
   Fikiran merupakan medium yang menggerakkan seseorang. Fikiran juga merupakan tahap minda kita. Ianya boleh dikatakan merupakan mastermind di atas setiap kelakuan, percakapan, minat, bacaan, atau boleh dikatakan sebagai tanda aras dan kayu pengukur terhadap diri seseorang. 

   Lupakan intro tahap perperiksaan percubaan PMR di atas. Sebenarnya beberapa hari lepas, masa aku dan kawan-kawan lepak minum di sebuah kedai makan, aku ternampak sekumpulan rempit yang rata-ratanya menunggang motorsikal Honda EX-5, 125-Z, RXZ ataupun paling cikai Kriss Modenas 110.

   Aku terfikir. Kenapa rata-rata rempit di seluruh Malaysia memiliki gaya yang sama. 

Motorsikal ubahsuai.
Baju jenama Monster, Paul Smith, Polo kolar angkat dan baju tersebut mesti lebih kecil dari saiz badan.
Seluar jeans ketat.
Rambut berekor belakang dan depan pulak disikat ke tepi gaya korea tutup dahi.

   Itu yang boleh dinampak pada mata kasar atau secara sekali imbas. Kalau bercampur dengan mereka, ini pula yang aku perhatikan.

Henset berkad memori akan ada video blue 3gp.
Bertukar-tukar file melalui medium Bluetooth.
Bercakap secara "Derrr.." "Beran?" "Lu-gua".
Nada dering mesti ada dialog filem tempatan.
Mengulang-ulang dialog dalam cerita yang sama dengan aliran mereka dalam perbualan.
Yang lain tambah sendiri.

   Ok... Cukup sekadar itu. Sejurus melihat sekumpulan tersebut. Aku terfikir. Setiap orang, atau kelompok orang dalam dunia ini akan ada pemikiran mereka sendiri. Sebabnya kehidupan diselaraskan mengikut fikiran. 

Ahhh.. Kenapalah aku menulis gaya bahasa buku Fajar Bakti ni?

   Ok.. Ok.. kita kedepan lagi. Kita ambil contoh beberapa jenis orang pulak. Berdasarkan minat.


Dunia Artis/Hiburan

"Lurve u lah Sujud Opah!"
"Kenapa dia ni boleh menang anugerah pulak?"


   Peminat artis tak kira artis tempatan, Korea, Jepun, Belanda, Argentina, ataupun bintang sinetron Indonesia, mereka akan mengikuti perkembangan artis tersebut secara gila babeng sampaikan apa jenis darah pun tak mustahil mereka akan tahu. Wallpaper laptop? Poster? Koleksi lagu atau movie? Pembalut buku? Semuanya akan ada gambar artis kegemaran mereka tu. Melenting pulak bila dikutuk. Sebabnya fikiran mereka dah dikuasai dengan dunia hiburan.


Dunia Bola Sepak


"Power gila Lampard golkan semalam."
"Johor FC lebah menyengat!!"

   Kebanyakannya lelaki. Tapi ada juga perempuan yang minat. Khunsa? Mungkin ada. Bagi peminat bola sepak sejati, tak kira tempatan atau luar negara, tanyalah setiap rumours perpindahan, harga perpindahan, prestasi kelab, kapasiti stadium, gaji pemain, kesebelasan utama kelab. Semuanya dalam minda mereka. Bagi peminat bola sepak, mereka pasti akan ada sekurang-kurangnya satu jersi pasukan sendiri. Poster juga pasti ada. Sanggup membayar tiket mahal untuk ke stadium. Boleh bergaduh kalau kelab/ pasukan masing-masing diprovoke secara kasar. Tak percaya. Cubalah try. Alaa.. aku sendiri pun tergolong dalam kumpulan ni. Hehehe... Cuba teka apa team aku untuk dalam Malaysia... ok teeeet!! habis masa.


Dunia Politik

"Ye ye jelah ni video dia."
"Cuba fikir kenapa dia buat bangunan tu."


   Berbanding dua dunia di atas. Dunia ini lebih berbaur serius. Lebih serius dari blog serius. Setiap kes, skandal, rasuah, kata-kata, perbicaraan, pasti akan diikuti mereka. Tak kiralah dari pihak kerajaan atau pembangkang, dalam negara atau luar negara. Pastikan anda mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi berkenaan dunia politik sekiranya ingin berbual dengan mereka. Silap bicara, anda sendiri akan disekolahkan. Pemikiran bagi peminat dunia politik ni biasanya lebih meluas dan bijak. Sebabnya hidup mereka tidak tersekat dalam satu landasan. Tak percaya? Cuba bercakap dengan rakyat biasa yang gemarkan politik.


   Aku senaraikan tiga sahajalah. Kang kalau panjang-panjang sangat, ada yang gerakkan cursor ke atas kanan, tekan pangkah tanpa prejudis. 

   Itu cuma dari segi minat. Belum lagi dari segi yang lain-lain. Mahu penuh entri ni. Perhatikan insan sekeliling kita. Mereka bercakap, kelakuan, berdasarkan fikiran. Ada pepatah, "Kau ialah apa kau fikirkan."

   Tapi cuba kita fikirkan, kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemarkan bacaan ringan, bacaan sinis, bacaan hiburan. Kesannya, Malaysia sukar membangun. Betul? Buktikan sekiranya aku salah.

"Pot, kau pulak macamana?"

   Aku? Heheheee... Adalah.... Mana boleh bagitau...Uwweerrrkk!! :p

Pandang langit,
Pandang bumi,
Pandang tanah,
Pandang air...

Campakkan jauh-jauh pandanganmu,
Fikir banyak-banyak kejadian itu,
Renung dalam-dalam isinya jitu,
Agungnya alam bukan ragu-ragu...

Fikirkan apa hikmah ciptaan Maha Satu,
Bukan persoal kenapa ia berlaku....


---ok.. aku dah lama tak menulis puisi... mungkin puisi ini agak sampah (-_-") ---

2 comments:

Chuu Muqhlis said...

manusia mmg macam2..
ckp je nk mcm mane msti ade :P

Nina Athirah said...

wallpaper saya gmbr beast opah!! haha