Thursday, August 4, 2011

Lagi Mereka Yang Mempelopori Dunia Facebook...

   First of all, chewah! mat salleh pulak aku... Ok ok... Pertama sekali aku nak ucapakan terima kasih kepada Dr Siti Hamidah sebab beri aku hadiah saguhati dalam contest Kenangan Waktu Kecil yang beliau anjurkan. Agak bangga jugaklah sebab baru pertama kali sertakan diri dalam mana-mana contest sepanjang berblog ni. Dahlah yang join contest tu beratus orang. Yang power-power pun ada. So, terimas doc! :)


   Ok. Berinjak kepada tajuk utama. Kalau sebelum ni aku ada keutarakan Kelompok Mereka Yang Mempelopori Dunia Facebook, jadi sekarang aku teringin untuk sambung lagi berkenaan post aku tu. Semestinya perkara-perkara yang aku raas sangat menjengkelkan, dan menjelekkan, dan menghairankan, dan menyemakkan, dan meng apa lagi pun aku dah tau nak tulis apa.


Like ar fanpage ni dari like fanpage bukan-bukan


    Siapa yang tak tau gambar di atas merujukkan entiti apa, baik berhenti dari jadi rakyat Malaysia sebab kajian menunjukkan Malaysia berada di ranking 20 penduduk dunia yang menggunakan Facebook. Pergh! Gila babeng ar penduduk Malaysia ni punya masalah ketagihan. Kalaulah ada pusat pemulihan untuk mereka yang ketagih Facebook, memang penuhlah tempat tu.


   Ok. Kembali kepada tajuk asal, apa dia lagi golongan-golongan mereka yang rasanya memenatkan kepala hotak ni. Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita ke langkah seterusnya.




Kewujudan Page-Page Mengarut.




   Page dalam Facebook merujuk kepada medium yang digunakan mereka-mereka yang mempunyai nama besar dan ramai peminat, ataupun ruangan untuk berkongsi ilmu, blog atau muzik atau sebagainya. Atau mungkin juga ruangan menyatakan sokongan atau bantahan terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian. Namun... Namun kemudahan yang dicipta kroni Mark Zuckerberg ni sering dieksploitasi mereka-mereka yang takde otak. Kenapa? Perhatikan nama-nama page tersebut :


Awak kalaw marah jangan lama cangat nanti kiteeww windoo.


Kami bantah kalau FB ditutup


Pencarian lelaki sweet dan perempuan bertudung sweet


   Yeargh!! Kemunculan page-page yang nampaknya sangat lemah daya pemikiran warga melayu khususnya. Dan kemunculan page yang lagi aku rasa menyebabkan laman sesawang sosial Facebook menjadi overloaded ialah :


Lu Kasi Gua Mati Dululah, Baru Diam!


Cuti Panjang Sudah Habis Bro


Kita Bako! Kita Bako!


Lu Langsi Lu Mati


Gengster Gapo lagu ney


   Page yang dihasilkan oleh warga melayu berdasarkan dialog-dialog cerita melayu sendiri. Apa ketahian lah wujudnya page macam ni. Yang like pun orang melayu. Aku tak nampak pun ada nama Yang Shu Ngoh ke, Fong Sai Yok ke, Vickneswaran Sinnatambi ke yang like page macam ni. Lagi satu takde pulak aku jumpa page berdasarkan filem-filem mat salleh. Mungkin kerana kurang minatnya mat rempit menonton filem mat salleh ataupun mat salleh lebih bijak untuk tidak mewujudkan page bangang sebegini. Alaa.. Yang buat benda ni pun mat rempit je.




Relationship Status




  Fatin Syahira Mutalib From "single" to "in relationship"


    Azura Muchuk : Wah. dengan siapa ni?
    Nurul Zarita : Akhirnya mengaku juga.
    Samad Masdur : Siapa yang bertuah ni ye?
    Aaron Slam Bach : Alamak... Dah berpunya ke? melepas.


  Fatin Syahira Mutalib From "in relationship" to "engaged"


    Azura Muchuk :Fuyoo.. bertuahnya.
    Nurul Zarita : Amboi, macam bau nasi minyak je ni
    Samad Masdur : Bila masa pulak ni majlis bertunangnya?
    Aaron Slam Blach : Semoga bahagia...


  Fatin Syahira Mutalib From "engaged" to "single"


   Azura Muchuk : kenapa ni? bersabarlah.
   Nurul Zarita : Sabarlah ye. Ada hikmah sebaliknya.
   Samad Masdur : Apahal plak ni?
   Aaron Slam Bach :Yeay! Ada peluang ni. Hahaha..


   Trend menukar-nukar relationship ni dah menjadi budaya tipikal dah aku tengok bagi masyarakat Facebook tegar ni. Tak faham aku.


   *Idea aku edit dan olah dari blog Sarkasis.




Invite mengarut


   
   Invite ni sepatutnya digunakan untuk memberitahu pengguna-pengguna lain bahawa akan ada majlis resepsi yang akan berlangsung. Jadi lagi mudahlah kan? Takdelah lagi nak bagi-bagi kad, e-mail dan sebagainya. Punya banyak invite aku dapat tapi bukan dari majlis pertunangan, pernikahan dan sebagainya tapi :


Ahmad Tabuti invited you to the event majlis anniversary percintaan kami.


Sarah Muniandi invited you to the event tolong saya buatkan survey ye?


Ali Azwira invited you to the event jom sertai MLM buat duit tipu orang! Mudah!


Siti Kelewon invited you to the event datang rumah saya, saya nak masak kari kepala lembu


   Aku rasa seperti jiwa raga penyabar aku ni ditampar-tampar supaya aku pergi tampar balik makhluk yang cetuskan jemputan ke program mengarut. Bangang.




Komen Yang Ditag Tulisan Warna Biru




   Ini takdelah aku rasa annoying sangat tapi masih semak jugaklah aku rasa. Bila ada yang komen guna dialog bertulisan biru ni, ingat style sangat ke? 


   Biasanya tulisan biru ni datang dari fanpage bodoh yang dicetuskan seperti di awal-awal tadi. Dah lah tu, biasanya diorang komen konon-konon nak menggayakan dialog yang dituturkan dalam filem-filem. Buatnya laptop aku berat time nak scroll ke bawah, terklik pulak tulisan biru tu, aku rasa tahap kewarasan aku jadi negatif dua. 






Aku tak tau lagi apa aku nak tulis. Mungkin kerana jam di dinding dah memaksa kami untuk keluar ke mamak untuk bersahur berikutan aku hidup di rumah bujang sekarang ni. 


Ada yang marah? Terasa? Blluueeerrrrkkk!! :P






27 comments:

Lea IsNaw! said...

hahaha.suka entri

eh..aaron slam bach pun ade fb eh?
nak add! nak add! hehe

Goblogz said...

kah kah ... ini memang tahi.

beautiful_rose said...

obses yang melampau

Anonymous said...

best entri ni... mmg suka bc blog ni.. sempoi n kena jer ngan jiwa ku.. hahaha.. aku pun nyampah gak ngn post2 yang mengarutn bodoh. cam tade kije len org2 melayu neh. contohnya post dr seorang ibu kpd anak yg berusia 10 bulan."syian kt yayan, demam plak. nanti kul 4:30 ibu dtg amik k" cam dia sowang jer ada anak. taula excited jd ibu tp xyah exaggerate. nila pemikiran owg melayu yg byk sgt bermain2. citer psl mende2 teknikal sket sakit pale... bukak citer pasal lynas, isu perebutan kepulauan spratly, misti tadak yg berminat nak reply post. sume nye syg nk guna otak.. last2 bkarat ngan bnda2 takdak pekdah

Cik Atika said...

wah~ ade msa aku edit n copy n credit~ izinkan~ huehuehue~
sia ska sgt entri ni~ tqtq

basikal.tua said...

ahahah.. FB semakin gila. ketaksuban manusia2 pada laman sosial semakin tinggi.

timaseh singgah blog yg tah hape2 tu.

fAr0T said...

muahahhaha yang pasti aku tak terasa langsung.....=P

lynda salim said...

dunia tanpa sempadan . this is the real now rite ?: CARA ELAK MAKANAN KORANG DIMINTA ORANG LAIN :)

Wani said...

hahaha....semua nye btul2 belaka.....sy suke ini...

cik rama-rama said...

hahaha...mmg btul pun..tu yg jnis suke meroyan... ooopppsss....

hana sudradjat said...

invite event mengarut tu yang paling menjengkelkan bagi saya :/

Sayid Ann Ima said...

sangat2 setuju
benda2 tu semua mengarut2 gila
buat semak je
'''-_____-

Dududu said...

brrrrr . . memang mengarot hahahaha =.=

Chuu Muqhlis said...

benda2 ngarut2 kat fb mmg bsepah.
lama2 pong boring. blogging lg besh ^^~

Anonymous said...

wei hot dog rebus ade lg x? lapo la pulak tengahari nie

yad'z said...

hahaha.. tak marah pon.. bluwerkkss.. hahaa. sebab kebanyakan nye.. saya tak buat or tak join.. hekhekehk

CintaZulaikha said...

dah jd adat dik...huhuhuh

d_tieah said...

Setuju sangatttttttt.. Hehehe.. Gila facebook! Hahaha.. Wei, aku dah like kan fanpage blog kau ni??? Hehehe..

Entry Terbaru 1 : Isu Video Iklan Raya dan Ramadhan
Entry Terbaru 2 : Isu DNA Babi

Nurasyiqin said...

betul apa yg dikatakan tuh..paling menjengkelkan ialah penukaran status relationship..

tak salah nak emo asalkan kena pada tempatnya..hal pasal bola sepak tu sama jer ngan mentor..jom pakat ramai2 meriahkan stadium dr solat terawih..dapat pahala lebih sikit..huh..apa yg mereka pikir tak tahulah..

btw cikin suka ang punya tulisan..cikin polo sini yer??

wannurfazrini said...

nasib baik la saya jarang main facebook. tak terasa diri ni annoying haha =P

penchacaiz@sunya said...

pot...

aku dah deactivate fb..hahaha
aku telah berjaya membuang ketagihan fb.

missunguviolet said...

hahahaha ! tau xpe, sokonggg ! jap lagi kene saman gak ni kang :P

fara aieda said...

haha...pot!!!...aku mmg sokong giler2 kat ko..nak2 part group mengarot merepek meraban tu...satu g part tulisan kale biru tu....haha..sengal..se cm nk kc selipa...ngeeee...

Edy said...

Syahira? macam kenal. keh.

nub said...

saya sayang malaysia...

zzzzzz.


hahha

Lurunna said...

facebook? ape tu..?


kahkahkah.

senyumm said...

invite mengarut yg terbaru,"balik kampung sempena hari raya"
tampor laju2 bru taw