Saturday, August 27, 2011

Sama Sahaja Seperti Entri Blog Lain...

   Sebentar tadi aku dengan Stelu memilih untuk menghabiskan malam dengan berjalan-jalan di kota bandaraya Segamat. Sesuai dengan gelaran "Syurga Kain", Segamat menjadi begitu sesak dari biasa sempena malam tujuh likur ini. Polis, Polis Trafik, Polis Bantuan, Polis Bantuan UiTM, Polis Sentri, FBI, Men In Black semuanya terpaksa turun padang dalam memastikan jalan bergerak teratur. Tapi tetap jam... (-_-")


   Dataran Segamat menjadi destinasi pertama. Stelu dengan misi mencari beg hiking, yang besar gabak untuk panjat gunung tu. Aku pulak dengan misi mencari baju melayu. Heh. Buat julung kalinya aku mencari baju melayu sendiri. Sebelum ni mesti mak pilih. Hikhikhik... Dasar anak mak. Ok abaikan.


   Aku tengok begitu sesak. Ramai orang. Dengan pilihan yang bermacam-macam. Dari busana, baju-baju, kasut, selipar, seluar, tali pinggang, mercun pop-pop. langsir, sarung kusyen, alas kaki, semuanya ada untuk jadi pilihan buat orang-orang biasa. Ya lah. Pasar-pasar macam ni, orang-orang biasa je yang datang. Kan? Kan? Kan? <--- sebut macam Yaya-Boboiboy.


   Dua kali round. Tiada pilihan hati. Jadi kami keluar dari suasana hiruk itu untuk mencari kedai-kedai yang berhampiran yang menjual barang-barang persiapan raya.


   Baik kedai bundle, Sakan, Tai Hwa, Al-ikhsan semua kami masuk. Tapi dalam banyak-banyak, Jakel Segamat yang paling menonjol sekali dengan jeritan-jeritan promoter yang nak membuat promosi berkenaan tudung, baju, kain langsir dan sebagainya yang berkaitan dengan Jakel. Sambil itu mereka sisipkan sekali dengan lagu-lagu bermotifkan hari raya.


   Pusing punya pusing. Takde jugak barang yang menjadi pilihan hati. Jadi kami duduk di salah sebuah kedai makan yang berdekatan dengan Jakel Segamat. Jam nak dekat pukul 12. Skrin TV pasang WWE. Pergaduhan antara Mark Henry dengan Shimus. Power gile Mark Henry aku tengok kan. Pergh!


   Kami lepak-lepak situ sambil berbual lebat. Tiba-tiba Jakel yang dari tadi pasang lagu raya, beralih angin kepada lagu-lagu rock kapak. Amy Search dengan Fantasia Bulan Madu, Wings, Hukum Karma dan seangkatan dengannya membuatkan jiwa kami terbuak. Justeru, kami ambil keputusan untuk pergi karaoke. 




   Hahahaaaa... Macam karut je apa benda yang aku cerita kat atas ni. Sebenarnya aku pun nak jugak join semua blog yang rasanya update benda yang sama. Pasal hari raya. Kan?


   So, secara rasminya. Aku mewakili seluruh penulis, pelukis grafik, pembuat banner, pereka design, penata cahaya, make up artis atau mana-mana yang terbabit dengan penghasilan Sipot Si Tukang Tulis ni, ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun maaf atas salah silap aku selama menulis di sini. Kot-kot ada yang panas punggung, sakit hati, terasa jantung kan? So. Maafkanlah ye?


   Salam Aidilfitri semuanya. :)


   Oh ya... Ada video yang dirakam masa karoke tadi. Terimalah :


   Mamat Exist-Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Kalau nak layan. Silakan. Hehehe..

video




15 comments:

cik ziqa said...

wahhh...shopping ye..

selamat hari raya ye pakcik ! :)

Anonymous said...

berbakat besar sebagai penyanyi. saya rasa nak tampar muka sendiri je mendengar nya.

sleeping_maniac90 said...

slmt hri rya...

Anonymous said...

sungguh mengasyikan kemerduan suara anda yang sexy tu...hari ni hari malang sye sebab terdengar awak menyanyi..duhai bonda...adoii...berdesing telinga..

d_LA said...

thn ni mls tol nk gi shopping..xtaw la nape..haha..naseb bek dh kat kampung kalo x leleh dgr lagu raya tu..
selamat hari raya la jugak yer..
maaf kalo ade slh silap..peace^^

nub said...

solamat raya bro

cik rama-rama said...

hihi..selamat hari raya juga lar pot. =)

Nursyafiqah Yahya said...

WoW!!!! selamat hari raya maaf zahir dan batin.,

jiranmafiarussia said...

dlm byk2 akak jaga kedai.
akak kedai jakel jalan tar paling best.
boleh bagi discount ikut price diorg sendiri. woohoo. seronok!

Oda Willy said...

sama sahaja seperti komen blogger lain..


selamat hari raya hari-hari..

Anonymous said...

slamat pot....nnti raye aku dtg segamat...-Jakang G-

Anonymous said...

kau tak pergi kedai syarikat buku taikuang?

Anonymous said...

terbaik la..haha

nina athiramisu said...

selamat beraya!!

Anonymous said...

http://eekshop.com
revised