Wednesday, August 24, 2011

Sudah 54 Tahun...

   Yeay! Dah 54 tahun kita menyambut kemerdekaan. Sudah lebih 50 tahun. Jom layan lagu-lagu patriotik seperti "Tanggal 31", "Bahtera Merdeka", "Semboyan Telah Berbunyi" dan sebagainya.


   Chop! Apesal takde sambutan ni?


   Oh. Lupa. Sekarang ni Jakel, Nagoya, Courts, semuanya sedang sibuk dikerumuni mak cik-mak cik. Sekarang kan dah nak raya. Apa barang sambut-sambut merdeka ni. Aidilfitri ni kan perayaan Islam. Merdeka tu perayaan negara. Jadi kita dulu kan yang Islam. Betul tak mak cik?


   Ah. Peduli sama itu semua. Raya dan Merdeka. Dua-dua wajib kita raikan. Bukan adakan satu kos lepas (pernyataan dalam Ekonomi Asas tingkatan 4).


Power!!
   "Gila kau letak Tugu Negara? Kan dah macam penyembahan tu? Tak baca paper ke?"


   Bangang. Tu lah. Banyak sangat baca majalah tabloid. Tugu Negara bukan untuk disembah. Tapi sebagai monumen peringatan. Kemegahan sesebuahn kemerdekaan. Habis pasang pelita tu tak macam budaya Hindu? Haa.. jawap. jawap lah bangang.


   Ah. Abaikan benda di atas. Sekarang cuba kita tanyakan kepada beberapa orang apa istilah merdeka bagi mereka :




Mak Senah, 45 :


   "Merdeka ea? Mak cik rasa merdeka tahun ni lagi best. Banyak sale jatuh time ni. Bolehlah mak cik beli barang untuk sambut raya. Langsir, alas meja, set cawan, set pinggan mangkuk. Semuanya wajib ada untuk sambut raya nanti. Anak mak cik yang belajar kat New Zealand pun nak balik raya kat kampung tahun ni. Seronoknya shopping raya!




Sharipudin, 23 :


   "Merdeka? Hahaha... Merdeka, Tahun baru, semuanya gua sambut. Alamak. Nak dapat chikar bukan susah bai. Ni pun baru dapat ni. Khas untuk jadi lauk malam merdeka karang. Jom ar join. Tak yah risau, nanti jadi budak, buanglah budak tu kat depan masjid. Apa kata?




Umi Nazirah, 8 :


   "Kita setiap tahun sambut merdeka. Sebab kita lahir 31hb Ogos. Bestkan jadi kita? Papa kita janji nak belikan iPhone4 untuk birhtday kita nanti. Seronoknya sambut merdeka! Hikhikhik...




Anis Suraya, 22 :


   "Setiap tahun malam merdeka ada konsert. Tapi tahun ni takde kot. Sebab time raya. Mana ada artis nak nyanyi-nyanyi masa rasa. Lagi baik diorang buat rumah terbuka. Bukan yang bagi report card tu. Yang tu hari terbuka. Balik kena sebat dengan bapak. Hik hik hik... err... maaf menyimpang. Lepas konsert biasanya ada bunga api. Lepas bunga api, sambut pulak dengan pakwe dekat hotel. Best... hikhikhik..




Ismail Marzuki, 49 :


   "Hey. Merdeka tahun ni lah seronok. Pak cik dapat cuti combo. Ye lah. Kerja jadi jaga ni, bukan selalu dapat cuti, kali ni untuk cuti raya dengan cuti merdeka. Best! Pak cik nak rehat sepuasnya. Woo hoo! Eh nak. Kang datang raya rumah pak cik tau."


 
   Ya. Ramai sudah tidak memperdulikan lagi tentang hari kemerdekaan. Bukan semua. Tapi hampir kepada semuanya. Sebab itulah mata pelajaran Sejarah diadakan untuk SPM. Untuk menyemai rasa cinta akan negara dan kemerdekaan. Bukan untuk sebagai matapelajaran tambahan nak rebut dapat siapa "A" paling banyak. *sigh*




   Aku sendiri pun kurang pengetahuan tentang perjanjian-perjanjian kemerdekaan dulu. Sekurangnya aku tahu dan mahu untuk menyambut hari merdeka. Merdeka negara kita sendiri. Alaa.. kalau korang sokong Manchester United gila-gila. Kononnya kipas-susah-mati. Bukan korang tahu pun salah-silah sejarah Manchester United tu. Ya dak?


   Ok. Selamat Hari Merdeka ke-54. Aku sisipkan serangkap puisi yang aku garapkan setahun lepas. Ye! Dah setahun seeeyyhhh.. Hahaha..




Sengaja aku bersuara tentang ini...
Buat kita semua sedar diri...
Sedar yang kita di ibu pertiwi...
Tapi diinjak bebal kita sendiri...

Kau kata kau merdeka...
Kau kata kau bebas...
Kau kata kau terlepas...
Tapi bait kau itu hanya anafora...
Simfoni suara yang tak jadi apa...

Apa nilai selembar bendera?
Apa nilai lagu NegaraKu?
Kau nyanyi pun sambil menggaru...

Mana bukti kasihkan tanah?
Kalau imam kau si durjana...
Si keparat yg menghentam memoir ciptaan datuk sendiri...
Mana bukti cintakan merdeka?
Titip sejarah pasti geleng...
Minda dipasung...
Jiwa dipasak...
Hati dijerut...

Sedarlah...
Kau sebenarnya tak merdeka...

Ok... dah mengarut... juga aku sisipkan lagu alaf baru yang berjiwa patriotisme... Yang jarang kita tahu... dari produk indie... Bukan lagu Indonesia aishiteru entah apa ke bende lagi tuu...tak pun dari Wali ben10 tuu.. lagi.. ah.. entah (-_-")


Manis : Keranamu Hatiku Malaysia





The Official : Satu









---Selamat Menyambut Hari Merdeka---






10 comments:

Nina Athirah said...

patut nya merdeka thn ni meriah sbb sekali dgn raya..

Unknown said...

kita merdeka ka kita jilat bontot depa??


-butterfingers-

Anonymous said...

Merdeka raya! Raya dulu.. Selamat hari raya.

Blognanialing..

CintaZulaikha said...

statement anis suraya tuh yg tak boleh blah..huhu

MizzTina said...

org lebey nk smbut raya..hurmm..
dl masa sekolah sy sgt semangat nk berkwd utk smbutan merdeka..
selamat hari merdeka!!!

syasya said...

hehe yeay merdeka tahun ni xde konsert..sbb orang sume sebok jalan raya.=) selamat sambot merdeka dan selamat hari raya

hamizah afifah said...

hamizah,21,cun,single

aku rasa merdeka tahun ni, macam suam2 kuku juga lar..dah 2 thun lpas berturut2 merdeka time bulan pose, thun ni time raya pula..org yg terlibat dlm acara time kt dataran tu jer lar sambut merdeka nt..yg lain sume kt kg lgi..tp x pek lar..kira brtmbh bermakna lar merdeka thun ni.. at least org taw juga bila merdeka, dri lngsung tak tahu tu.. =)

Puteri Iqa Izyan said...

umi nazirah kecik2 dah guna iphone4. huhu..

merdeka skang tak semeriah dulu.

Unknown said...

dgkinye ak ngn dak y dpt iphone tuh hahaha...
ak nih hrp fon 3310 jew sob3..

Primadona said...

Ya.hilang sudah erti kemerdekaan dalam diri masing-masing.Aku wonder tahun ini kita akan menyambut merdeka-raya selalunya bila merdeka akan ada perbarisan setiap tahun.Agak2 tahun ini ada tak semua tu? tolong jawab.. :)