Tuesday, August 2, 2011

Teater Pentas Realiti : Drama Bulan Ramadhan... Babi...

   Sarip dan Kemat berjalan agak laju menuju ke hutan belukar yang berhampiran dengan kampung mereka. Sarip kelihatan sedang menjinjing bungkusan plastik yang mengandungi dua tin air pepsi sementara Kemat membawa sebungkus plastik yang dalamnya ada dua polisterin makanan. Misi mereka cuma satu, mahu melampiaskan nafsu makan mereka di bulan Ramadhan.


   Jam di tangan baru pukul 1 tengahari. Mereka berdua dibesarkan dikampung itu. Jadi setiap pelusuk, lubang, semak, belukar, sungai hatta port menangkap rusa sudah sebati dalam kepala mereka. Maka tiada masalah untuk mereka mencari lokasi strategik untuk melunaskan misi durjana mereka itu.


   Apabila sudah yakin dan muktamadnya yang mereka sudah berada agak jauh dari pandangan orang kampung, mereka terus duduk dan membentang surat khabar seperti berpiknik pulak gayanya. Kemudian Sarip lebih cepat membuka bungkusan mee goreng yang dibelinya dari kedai makan yang beroperasi secara tertutup. Sementara Kemat memilih untuk menyalakan rokok dahulu sebagai melepas giannya yang menahan rasa ketagih dari pagi.


   "Oit Mat! Makan la. Kang kau tak makan, sakit perut. Kau tu dahlah gastrik tahap melampau," Sarip menunjukkan rasa prihatinnya yang murni di bulan Ramadhan.


   "Makan dulu. Aku nak sepam Winston ni dulu," Kemat menolak awal sambil menghirup air Pepsi yang nampaknya begitu menyelerakan.


   Sarip mendiamkan diri namun mulutnya tak henti-henti mengunyah sementara tangannya begitu sibuk mengasingkan sayur sawi dalam mee gorengnya itu. Dasar perangai budak-budak padahal umur dah 24 tahun.


   Ketika suasana tengahari hutan itu melihat aktiviti celaka mereka berdua, Kemat yang sudah habis sedutan terakhir dan mahu membuka bungkusan mee gorengnya, gegendang telinganya menangkap bunyi sesuatu.


   "Oink! Oink! Krrrroookkk!"


   Sarip juga menangkap bunyi yang sama. Matanya ditajamkan ke tanah sementara telinganya cuba difokuskan setajam-tajam yang mungkin.


   "Oink! Oink! Kroookk!"


   Sarip menjegilkan matanya memandang tepat ke mata Kemat. Kemat juga begitu karget melakukan perkara yang sama. Bunyi tersebut begitu hampir di belakang mereka berdua.


   "Itu babilah." Sarip cuba memberi kenyataan negatif.


   "Babi punya babi! Cabut ar...!" Kemat dan Sarip serta-merta melarikan diri meredah ketebalan belukar kampung mereka itu tanpa menoleh belakang lagi. Segalanya ditinggalkan di belakang tanpa mereka menoleh lagi. Semakin sayup dan sayup susuk tubuh mereka berdua meninggalkan lokasi tersebut.


   Tiba-tiba di balik semak belukar tersebut muncul Pak Jamil, bekas ketua gerakan pemuda kampung tersebut sambil membunyikan suara seekor babi.


   "Oink! Oink! Hahahahaaaa! Berani korang tak puasa ye? Pak Jamil yang terkenal dengan sifat tegasnya walaupun sudah tidak lagi menjadi orang penting dalam kampung itu tetap diakui penduduk. Sesiapa sahaja terpandang motorsikal kapcai Pak Jamil dari jauh, mereka semua sudah menguncikan mulut masing-masing lantaran takut kepada Pak Jamil.


   Pak Jamil memandang kepada bungkusan makanan milik Kemat yang belum dijamah sedikit pun. 


   "Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Suruh puasa je kot. Bukan suruh berperang."


   Ketika Pak Jamil sedikit membongkok, hidungnya menangkap kemas aroma mee goreng di depannya. Serata merta kepala otak Pak Jamil menjadi tak waras. Bau mee goreng tersebut benar-benar mencabar keimanan dan kewibawaan Pak Jamil. Lantas dia memandang kiri kanan. Yakin tiada yang perasan, dia terus duduk bersila di atas surat khabar yang dibentang Sarip dan Kemat tadi.


   "Sekali-sekala tak puasa apa adahal?" Pak Jamil memberi kata-kata peransang kepada diri sendiri.


   Terus dia meneguk air tin pepsi dan mengunyah mee goreng tersebut tanpa prejudis. Tergambar kepuasan di wajah Pak Jamil ketika makanan tersebut terus ke usus besarnya. 


   Tiba-tiba dia mendengar suatu bunyi.


   "Oink! Oink! Kroook!!" 


   Bunyi tersebut sama seperti bunyi yang dihasilkan Pak Jamil tadi. Pak Jamil sekadar tersenyum mendengar bunyi tersebut.


   "Ala... nak join makan dengan aku... tak yah lah buat bunyi babi jugak..."






    Esoknya gempar penduduk kampung dengan berita Pak Jamil mati disondol babi hutan ketika tak puasa tengahri di hutan....


   Sekiyan...




10 comments:

Lea Isnawi said...

kesian betul nasib pak Jamil tu

Oda Willy said...

pak jamil oink!...

faY said...

ingatkan carut kat sape laa guna title babi.. ishh3 sian pak jamil

salemaziz said...

tu le..nakal lagi..pdn muke...XD

Chuu Muqhlis said...

tu ler., sape soh x puasa XD

firdaus zaman said...

haha...babbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbiiiiii...siot jek...mti jua pak jamil...

ツ -cekguru- said...

ish3... mati katak~ cian pak jamil~

Goblogz said...

hahahaha aku suka cerita ni.

Anonymous said...

tak pasal pak jamil kene sekali... huhuhu

Cik Ct Hawa said...

aduhh..kesiannye pak jamil..