Tuesday, August 16, 2011

Temu Bual Ekslusif Sempena...

   Baru-baru ini aku telah ditemubual oleh seseorang. Menurut si penemubual, dia melakukan kerja menemubual atas sambutan ulang tahun blog "Sipot Si Tukang Tulis" ini. Masakan aku tak terkejut, aku sendiri tak menyangka blog aku akan mendapat perhatian sebegini meluas. Satu temu janji diaturkan, kami telah sama-sama berjumpa di salah sebuah kedai makan di Segamat. Aku sampai dulu kedai tu, jadi, sementara menunggu, aku nyalakan sebatang rokok bagi menghilangkan rasa bosan. 10 minit kemudian, mamat tu pun datang. Atas permintaan aku yang sedia pemalu tahap gadis-gadis kampung, maka gambar aku tidak diambil. Berikut ialah butir-butir bicara yang ditemubual. Kalau nak baca, sila baca, kalau tak nak boleh baca murai.com.




Penemubual : Assalammualaikum brader, apa cerita? Ada baik?


Aku : Wa'alaikumsalam. Baik sahaja brader. Duduklah. (Aku pun panggil pelayan kedai untuk ambil pesanan brader sorang ni.)


Penemubual : Takkan minum teh ais je? Nasi-nasi tak order?


Aku : Nanti orderlah. Sekarang baik kita teruskan ke sesi temu bual. Amacam?


Penemubual : Ok. Ok. 1st of all, nak panggil brader ni apa? Sipot Kacak? Sipot Cute? Khuzrin?


Aku : Errr... tang kacak, comel tu memang ramai tau... tapi aku rasa, baik aku-kau je. Lagi rileks. Kan?


Penemubual : Orait. Orait. 1st of all.... eh? 1st of all lagi?


Aku : Takpe... Takpe.. Teruskan...


Penemubual : Apa-apa pun, aku dan pihak aku nak ucapkan tahniahlah sebab blog kau masih bernyawa sampai setahun lamanya. Walaupun takdelah banyak mana pun follower kau. So, cuba ceritakan serba-sedikit tentang perkembangan blog kau sepanjang setahun ni.


Aku : (Menyedut sedutan rokok terakhir dalam-dalam dan campak jauh-jauh). Hmmmm... Sebenarnya macam ni. Pada tarikh 8/8/2010, blog ini dicipta. Tapi, pada asalnya, blog ini bukanlah berjudul "Sipot Si Tukang Tulis", sebaliknya aku sulamkan dengan nama "Judas Di Fatamorgana." Nama "Judas Di Fatamorgana" ni bertahan sampai bulan Februari 2011, lebih kurang enam bulan. Masa tu pun follower tak sampai 90 pun. Sebabnya, penulisan aku masa tu, hanyalah berkaitan penulisan puisi. Mungkin kerana remaja kurang minat terhadap puisi. Lepas sahaja Februari 2011, aku pun tukar nama blog, berserta linknya sebab ada yang mengaitkan "Judas" tu dengan yahudi. Pum pam pum pam, aku pun letak nama "Sipot Si Tukang Tulis" berserta aku ubah gaya penulisan aku kepada yang lebih segar dan mudah dihadam anak-anak muda.


Penemubual : Errr... bro, cakap slow-slow sikit, laju sangat aku nak menulis.


Aku : Hahaha... Maaf.. Maaf... boleh teruskan?


Penemubual : Boleh... Boleh... Kenapa "Sipot" yang kau pilih dan kenapa "Sipot Si Tukang Tulis" yang dipilih?


Aku : Sebenarnya aku dapat nama Sipot ni masa menuntut di UiTM Segamat. Senior yang bagi, sudahnya satu UiTM kenal aku dengan nama Sipot. Sampaikan budak sekolah aku pun panggil Sipot. Bila aku pindah tempat baru pun, aku lagi selesa untuk orang panggil aku Sipot. Jadi aku pilihlah Sipot. Sipot Si Tukang Tulis pulak aku pilih sebabnya mengambil blog "Teh Tarik Gelas Besar" sebagai inspirasi. Sebabnya nama blog tu agak panjang tapi unik bukan? Nak jugak aku letak Sipot Si Tukang Taip, Bimbang pula sama dengan Azlan The Typewritter.


Penemubual : Hmmm... Tadi bro cakap,dalam 6 bulan pertama dengan nama "Judas" bla bla tu, followernya cuma bawah 90. Jadi, apa yang brader buat sampai 6 bulan berikutnya, follower kau naik sampai 500 orang? Sedangkan update pun kurang. Tak sampai 15 entri sebulan.


Aku : Macam aku cakap tadi, aku cuba ubah gaya penulisan aku kepada gaya yang lebih segar, yang orang-orang boleh terima dengan mudah terutamanya remaja. Lagipun aku rajin buat blogwalking. Bagi komen kat entri diorang. Bukan tulis kat chatbox "Hai, saya folo awak, folo saya balik tau." Sumpah aku takkan layan orang yang tulis macam tu kat shoutmix aku. Rasa nampak sangat desperadonya tu nak kumpul follower.


Penemubual : Ok ok. Siapa sebenarnya yang menjadi dalang inspirasi kau dalam mewujudkan blog ni?


Aku : Seorang kawan bernama Karok. Aku ingat lagi satu malam, aku baca blog dia, lalu dia pun mencadangkan aku supaya adakan satu blog untuk aku serapkan tulisan-tulisan puisi aku. Kalau rasa nak tengok, pergilah layari mochaholicartcore.blogspot.com.


Penemubual : Sepanjang brader berblog, ada dapat income?


Aku : Aku tepekkan Nuffnang tu tapi entah berapa ringgit sangat aku dapat. Aku tak tau cara yang betul nak dapatkan income dengan blog, jadi, siapa yang sudi mengajar aku, silalah bank in kan duit ke akaun aku. Hehehe.. Tak lah, kalau ada yang nak beri tunjuk ajar, PM kat email aku atau inbox Facebook. :)


Penemubual : Apa yang kau pentingkan dalam blog ni? Follower? Komen? Atau likers di fanpage Facebook?


Aku : Aku lagi hargai yang komen entri aku sebenarnya. Walaupun aku tau ada silent reader yang baca blog aku. Terima kasih :) Lagi satu, aku dapati ada bloggers yang letak balog aku dalam bloglist di sidebar mereka. Yang tu lagi aku hargai. Terima kasih ye? :) :) :)


Penemubual : Smiley bukan main banyak. Nak kena tulis gak ke ni?


Aku : Suka hati. Hahaha. Jom teruskan.


Penemubual : Baiklah. Sepanjang berblog juga, apa kenangan manis dan kenangan pahit?


Aku : Kenangan manis, aku dapat banyak kenalan. Lepas tu aku dapat pertingkatkan tulisan aku jadi lagi best. Alhamdulillah ada jugak yang suka tulisan aku. Hikhikhik. Kenangan pahit? Aku tak rasa kenangan pahit, tapi pernah satu entri aku "Tsunami Jepun, Kalendar Mayan dan 2012?" tapi entri tu dikopi pasta sebulat-bulat sebijik sebagak tanpa sebarang prejudis. Dan lebih menganginkan aku, dahlah semalaman aku baca artikel untuk entri tu, tapi sebijik kredit untuk aku pun takde dalam tu. Mujur Karok tenangkan aku dengan mengatakan "Bila tulisan kita dicuri, kita selangkah menjadi orang dikenali". Memang style lah ayat dia.


Penemubual : Pencapaian tertinggi?


Aku : Sepanjang berblog, aku cuma sekali je join contest dan dalam sekali tulah aku dapat tempat sagu hati. Terkejut jugak bhai!.. Hahaha. Selain itu, sepanjang berblog jugak, pasukan futsal kami telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam sebuah pertandingan futsal. Oh ya! Aku jugak pernah tolong mak aku dalam pertandingan gubahan, mak aku menang pertandingan tersebut.


Penemubual : Sipot, kau cakap banyak sangat. Sekarang dakwat pen aku dah habis. Kau ada pen tak?


Aku : Kejap. Aku pergi mintak kat kaunter. (Aku melambaikan tangan memanggil pelayan dan sesi temubual tergendala 2 minit menantikan pen sampai)


Penemubual : Ok. Mari kita teruskan.


Aku : Baik.


Penemubual : Harapan kami biarlah kau sentiasa sukses dengan tulisan kau. Hmmm... oh ya. ada gosip menyatakan yang kau sedang hangat bercinta dengan Intan Ladyana. Betul ke?


Aku : Haa? Apa ni? Mandai-mandai je. Kami cuma kawan biasa. Ada jugak berbalas SMS, call sebelum dia tidur atau lepas dia penat balik shooting. Biasalah. Dia pun nak seseorang untuk luahkan apa yang dia rasa. Tempat share cerita. Tapi takdelah sampai ke peringkat hangat bercinta. Harap pihak media tak besarkan hal ini.


Penemubual : Macam menipu je kenyataan kau ni. Maaf. Aku tak tulis lagi. Muehehe. Oh ye. Siapa artis lelaki dan perempuan yang kau minat?


Aku : Artis lelaki aku minat cara Zamarul Hisyam berlakon dan kalau artis perempuan aku minat tengok Noorkhiriah berlakon.


Penemubual : Noorkhiriah? Kenapa bukan Haliza Misbun, Lisa Surihani, Nora Danish?


Aku : Namakan satu pelakon perempuan yang lawa boleh berlakon mulut jahat, watak baik, watak orang kampung, watak cacat, watak pengikis, malahan seorang yang kelakar dengan berkesan sekali tanpa ada kontroversi? Ada selain Noorkhiriah? Sayang remaja lagi sukakan tengok artis seksi... (-_-")


Penemubual : EPL dah start. Kau rasa siapa yang menang season ni? Man U?


Aku : EPL? Apa benda ni? Apa guna kita sokong liga luar negara? Liga tempatan sunyi je. Bila Malaysia menang AFF barulah semua mengaku penyokong Harimau Malaya. Liga tempatan lagi penting bro. Wajah kita. Tapi apa? Stadium kosong. Mana semangat Harimau Malaya? Phuih kepada rakyat yang perangai macam lalang. Aku ni dari kecik sokong Johor FC. Aku harap tahun ni Johor FC menang Piala Malaysia yang bakal start lepas raya. Tahun lepas dah separuh akhir, tahun ni biar juara. Eh. Ada ke yang tau pasal Piala Malaysia? Hmmm... aku rasa tahun ni Chelsea menang EPL.


Penemubual : Berbual macam celaka. Phuih!


Aku : Hehehe.. Liga Malaysia layan, EPL pun layan bro.


Penemubual : Rasanya sesi temubual kita dah ke laut. Baik kita hentikan setakat ni. Aku pun ada buffer YouTube lagu Justin Bibier kat rumah. Nak tengok balik ni. Ok ar. Aku chow dulu.


Aku : Boleh aku tanya? Kau dari majalah mana? Dari tadi interview aku.


Penemubual : Err... majalah ni pun baru seminggu dua. Lebih kurang macam majalah Anjung Seri jugaklah.


Aku : Eh kejap! Ni air siapa nak bayar?


Penemubual : Eh? Aku ni pun wartawan praktikal. Brader. Sedangkan orang MLM nak buat demo lukis orang lidi piramid, datang bawak BMW, payung teh tarik pun payah, lagi aku yang praktikal. Ok ar. Babai. Nanti bacalah majalah kami.


Aku : Aku rasa seperti diperbodohkan.... celaka...




    Begitulah antara butir-butir temu bual palsu yang aku buat-buat sempena first anniversary "Sipot Si Tukang Tulis" ni pada 8hb Ogos lepas. Oleh kerana sibuk dengan perniagaan kebab di bazaar, dan masalah teknikal, terlambat sikit aku update blog ni. Sememangnya aku berbangga dengan produk aku ni. Cewah! Sejutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang beri sokongan kepada aku sepanjang aku menulis ni. Trimas! Trimas! Trimas! Doakan yang terbaik untuk ye? Insya-Allah.... :)




Sekiyan... :)





13 comments:

hamizah afifah said...

yeayy..aku pun rase chelsea yg mng thun ni..hahaah..

hepi anniversary sipotsitukangtulis... :)

izni said...

woaa !
bestnye .
:))

hana said...

pesal la aku boleh bace temu bual palsu ko ni sampai habes??!!
haiyaa..

ishiko said...

noorkhiriah.. setuju ^^

haziqa said...

haha, sengal je sesi dialog ni :)

btw,,happy anniversary yaa belog 'sipot si tukang tulis'

success selalu ye incik sipot !:)

Misty Melor said...

hehe... sengal... tp norkhiriah tu pon seksi.. T_T .. mujur mmg tk minat retis ni.. susah bana nak cari yg menutup aurat mengikut syarak

Anonymous said...

imaginasi kuat sgt si sipot ni kihkihkihkih terbaekkk *boboiboy*

nurkaloi said...

hahahah teruja kaloi bace temubual sipot ahahahaha
eghh Liga Malaysia and EPL tu harus laa kann
tu kaloi sokong
Chelsea? yeayy hidup Chelsea... !!
(kaloi tak tau sjk bile bleyh skg Chelsea ni)eghhhhhh ~__~'
bila Liverpool nk kmbali ke alam realiti yg penuh kejayaan tuh


haihhh

alan shearer said...

weh pot.. follow aku, twitter la tapi.. haha.. btw bukan ko cakap ko suke megan fox ke haritu.. trollolo

shiny2 star.. said...

xley blah gossip hangat bcinta dgn intan ladyana..hahahahha.. knp x sebut NEJ je.:P

Nina Athirah said...

panjang giler ckp smpai dakwat pen habis.. :p

farot said...

hoho bravo bro....

Unknown said...

perjalanan blog hang menarik.

itu pasai boleh tahan lama. bukan jenis artis akademi fantaisa, goreng pisang panas pada ketika2 saja.. =)