Monday, August 1, 2011

Terputus Sudah Tunangan Hero Harimau Malaya... Mengingatkan kepada...



   Akhbar-akhbar tempatan berebut-rebut menyiarkan berita kontroversi sensasi yang dicetuskan Hero Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (KFC (H) Malaysia) berikutan keputusan beliau memutuskan pertunangannya dengan Cik Jejari Runcing. Sekaligus keputusan beliau ini mencetuskan harapan baru kepada gadis-gadis Malaysia diluar sana meskipun tahu peratusan mendapatkan Abang Kerol Fami ini hampir mustahil. 


   Kepada yang ingin tahu perkembangan cerita putus tunang abang keeper ini, sila rujuk kepada sumber yang sahih. Aku malas nak suap korang. Cuma apa yang ingin aku sampaikan di sini, berikutan keputusan Abang Hero Malaya ini mengingatkan aku kepada dua individu lain yang mempunyai nama dalam negara Malaysia ini. Dua individu ini ada nama dalam dua lapangan yang berbeza.


Asmawi Ani


World.. World jugak beb...

   Yeargh!! Aku pasti ramai gadis-gadis sunti atau takde dara diluar sana akan melenting kalau aku katakan kes putus tunang Abang Kerol Fami mengingatkan aku kepada Asmawi Ani atau Mawi. Ah, peduli apa aku. Korang bukan reti tengok bola pun, taunya tengok abang yang kacak je. Bukan? Ok, berbalik kepada asal. Brader Mawi, anak jati Felda Taib Andak ini telah mencetus fenomena dalam dunia artis apabila muncul sebagai Artis Paling Popular mengetepikan Siti Nurhaliza dan Saiful Apek suatu ketika dulu.

   Dan ketika namanya sedang begitu memuncak meniti ke tahap tertinggi, beliau telah membuat kejutan dengan memutuskan pertunangannya dengan seorang juga anak jati felda, Nor Diana Md Naim yang difahamkan ketika itu, tarikh pernikahan mereka sudah hampir pasti. Tak lama kemudian Mawi membuat kenyataan telah mempunyai dengan Ekin dan kini mereka sudah pun bahagia.

   Kes putus tunang Mawi ini benar-benar membuat ramai yang terkejut apatah lagi Mawi ini orang kampung aku jugak, dulu jadi deejay kat kenduri kahwin mak cik aku, bila dah naik macam ni pulak jadinya.



Hasmawi Hassan


Biar Jasa Jadi Kenangan

   Mungkin ramai sudah lupa dengan kejutan yang dilakukan pemain bola sepak yang seorang ini. Atau mungkin juga tidak tahu. Tapi bagi peminat bola sepak tempatan sejak azali atau mungkin juga penyokong Sang Kenari, mereka pasti ingat lagi. Memiliki nama sama seperti Raja SMS, tindakan yang telah dilakukan juga hampir sama.

   Di mana beliau telah melakukan tindakan yang lebih drastik dengan memutuskan pertunangannya dengan seorang gadis Kluang, Norlida Abd Rahman. Namun apa yang lebih membuatkan drastik, pemain Kedah itu telah memutuskan pertunangan dengan Norlida hanya menggunakan SMS. Dan yang lebih lebih lebih lebih gempar, pemutusan tunang itu dilakukan ketika pernikahan hampir berlangsung dalam 19 jam lagi. Ada sesiapa boleh celen Mawi dari Kedah ni? Hahahahaaa...


Dua individu di atas tak keterlaluan kalau aku katakan sudah mencipta kejayaan dan nama dalam arena masing-masing namun telah membuat kejutan. Kini Abang Kerol Fami pulak mengambil giliran dengan meletakkan mukanya di depan Harian Metro, Berita Harian, Utusan Melayu atau Tamil Nesan sekalipun. 

   Bukan aku nak mintak abang KFC (H) Malaysia rujuk kembali kepada cik jejari runcing. Tapi fikirlah balik pengorbanan yang cik akak tu dah buat. Daripada brader dalam Skuad Piala Presiden rasanya cik akak tu dah ada dengan brader. Ada dibelakang brader, sokong brader. Takkan dah naik kat atas, buat kejutan pulak. Ye tak? 

"Ah kau pot, macam bagus pulak."

   Hahahhaaa... Itu sahaja untuk hari ini, semoga Malaysia menang lawan Oman nanti... sekian...







6 comments:

::contengan hati::)) said...

mybe ade hikmah lan sebalik yang jadi dekat diaorang,,

cuma moral dia if masih bercinta or bertunang jangan a heboh sangat sebab dugaan ada dekat mane2 wee ..
pengalam ni heeheh ;)

Asyila Zainuddin said...

tapi kalo lame mne pun depa tu dh tunang, kalo dh memang takde jodoh, mmg takde la.. :)

Lea IsNaw! said...

bila dh femes lupa diri kan..

Cik Cammy Lia said...

kita xtahu apa yg menjadi pada diorg...so jgn nak salahkan apek je..dia org kenal tp si tunang tu plak malukan dia sbb kuarkan kenyataan kat FB gtu..so xmustahil benda tu menjadi punca jugak tambah lg kalo sblm tu dh mmg ade krisis.kalo aku pon aku amik kptsn yg sm...ade tunang obses ni mendtgkan mslh je byk.huhuhu

CintaZulaikha said...

jodoh ni mmg pelikkan...mungkin dah tak ada rezeki kot..

O'gosh said...

hehe..terer lak gosip2 bertunang orang ni ye...slalu pompuan je berkenan cite citi macam ni...anyway, thanks fo visiting...