Monday, September 26, 2011

Hai Pejuang Papan Kekunci... =)


   Pertama sekali.. terimas kepada bradah Rizal Hashim, yang telah membuat promosi post entri aku sebelum ini, yang pasal Ramli dan Manchester Unitednya ---> Malaysian Sports' Loose Cannon
   
   Terimas bradah! Atas jasa baik brader la, entri tersebut mencapai hit tertinggi sepanjang aku berblog ni. Beriban-riban cakap kau. HikHikHik..

   Teori Konspirasi Di sebalik Ramli . Sudahlah tu. Siap ada yang kopipes lagi tu entri aku. Nampak sangat entri tersebut power dia tahap mahakarya tertinggi. Terimas kepada sesiapa yang kopipes tu. Tak kiralah ada link aku ke tak. Aku tak kisah. :)


   Tahukah anda? Entri tersebut merupakan sebuah Sarkasis atau Sarcasm sebagai medium hiburan? Tiada yang serius aku lontarkan di situ.

   Ada satu yang menarik pasal entri tersebut.

   "Apa dia? Apa dia?"

Pejuang paling agung masa kini
  
   Hahahaaaa.. Ianya ialah berkenaan kewujudan pejuang internet yang bersenjatakan papan kekunci. Kehebatan mereka ialah mereka begitu mahir mengetuk-ngetuk papan kekunci sambil ketawa riang kononnya sudah berjaya melancarkan kuasa tertinggi mereka, hanya dengan papan kekunci. Kononnya untuk menewaskan aku.
  
   Cik abang, cik akak sekalian. Kalau anda benar hebat, anda takkan berselindung dibalik nama "anonymous" ok? Spiderman, Power Rangers, Ultraman, Kappa Mikey semuanya ada identiti mereka tersendiri bila berdepan penjenayah. Kenapa anda tiada identiti? Seronokkah begitu?

   Atau kalian tu cuma tahu menggunakan Facebook untuk main Poker. Untuk usyar awek-awek mulut itik, ambik gambar dari atas, kamera dua inci dari muka, nampakkan lurah dada. Kan? Kan? Kan?

   Atas dasar mengelak "Anonymous" berleluasa, aku letakkan link komen Facebook untuk tengok siapa sebenarnya dalang di sebalik "Anonymous" ni. 

   Rata-ratanya marah sebab MenYu mereka dicuit. Aku rasa mereka ni lahir kat England la. Tak pun MenYu pernah bagi diorang makan. Tak pun MenYu ada bagi diorang duit raya. Tak pun MenYu ada bagi diorang tempat tinggal. Tak pun. Takpun. Tak Pun......

  Yang penting, aku terhibur dengan gelagat kalian sebagai pejuang alam maya berbekal papan kekunci ni. Terimas semua sebab membuat aku senyum. :)

   Hik Hik Hik......








8 comments:

schaze zainn said...

cik anon tu pemalu kot :D

sebab tu dorang nyurok tak nak dedahkan rahsia sape deme tu :D

fara aieda said...

ok 2nd!!....klu reramai..malas aku nk komen konye entry...bukannye ko bace pown..kan3x....hehehe....

cik anon tue senonye jeles ngn ko..yela..ko kn fofuler di seantero benue antartika nie....hehe...

so biaq p depa la potttttt..........^________^

Munna said...

ah mcm mana gaya aku nk komen pun aku xde masa nk jadi anon ke spiderman ke batman ke...nak luahkan pndpt kena lah berani ye dak? :p

nub said...

nak kata nama depa ramli, tak jugak na..

Miss Dolce and Gabbana said...

setuju dengan Nub.Mungkin yang jadi anonymous ni mempunyai namayang sama seperti Ramli.Mereka malu nak paparkan..hehe

aQimie Ceplos said...

huyoooo! hangat ni bradah pot ;D

Cik Suheela said...

heheh kalau blogger len terasa hati dgn penulisn kite pasti akan rmai lah hatters kita kui3...

Asyila Zainuddin said...

anon tu rendah diri kot.. muahaha.. die kurang konfiden sbb tak ambik subjek pembangunan diri.. LOl! :p