Saturday, October 29, 2011

Aleeyah Mahukan Sesuatu...

Cerita kali ini agak panjang. Terpulang kalau mahu dihayati atau tidak. :-)



Lima sahabat itu nekad untuk melakukan ekspidisi ekstreme itu. Semuanya bermula apabila mereka sama-sama terdengar satu siaran radio Singapura ketika menaiki kereta dalam perjalanan pulang dari Melaka. Siaran radio Singapura tersebut menyiarkan segmen seram di mana DJ akan membacakan cerita atau kisah seram yang dihantar pendengar kepada DJ tersebut.

“Seram dowh benda ni.” Nadirah yang duduk di tepi kanan tempat duduk belakang bersuara sebaik sahaja habis mendengar cerita dari DJ tersebut.

“Takde seramnyalah. Entah betul entah tak apa mak cik ni cerita.” Rudi yang duduk di sebelah pemandu mencelah.

“Kau jangan cakap besar. Sekarang dahlah pukul 1 pagi.” Sofea cuba menangkis kata-kata biadab Rudi.

“Betullah. Ada ke hantu pocong dekat Singapore tu? Dekat tengah bandar pulak tu. Tak logik ar.” Rudi cuba mempertahankan diri.

“Habis kau ingat pocong tu duduk Malaysia je lah? Dalam hutan je lah? Kalau dia nak pergi London pun dia punya sukalah.” Rafidah yang duduk di tengah-tengah tempat duduk belakang bercakap menyebelahi Sofea.

“Ah korang ni. Pasal benda ni pun nak bergaduh ke? Baik kau orang bergaduh pasal pergolakan dunia sana.” Aliff si pemandu bersuara sedikit tegas dan matang. Dia terus memutar-mutar butang radio mencari siaran lain. Sedikit sebanyak ada juga perasaan seram dalam hatinya. Sementara Sharipudin yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kiri sekadar mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Dia malas nak ambil tahu akan pergaduhan kawan-kawannya. Apa yang diceritakan DJ radio pun dia langsung tak ambil tahu. Mungkin kerana kepenatan, dia memilih untuk berdiam diri sahaja.

**********

“Korang serius ke apa kita buat ni?” Sharipudin bertanya lagi kepada empat orang kawannya.

“Dah tu? Kau nak patah balik? Pergilah balik sorang-sorang.” Rudi berkata angkuh.

“Rilekslah Din. Kita jalan-jalan kejap. Rakam sikit-sikit. Lepas tu baliklah. Kitorang yang perempuan pun 
slumber je ni. Takkan kau goyang kot?” Rafidah bersuara seolah mengangkat martabat kaum wanita dalam kumpulan itu.

“Entahlah kau Din. Dah jalan sampai sini pun. Kita dah lepas pagar pun ni. Lagipun bukan tempat orang lain. Hostel kau jugak.” Sofea meniup kata-kata semangat kepada Sharipudin.

   Aliff yang dari tadi diam menyuarakan agar semua diam dan tunduk di rumpunan semak di sebalik pagar. Dia dapati dari jauh ada pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan dengan motorsikal. Mujur matanya pantas menangkap kelibat pengawal keselamatan tersebut.

**********

Lima anak muda itu yang menuntut di UiTM cawangan Johor di jurusan perniagaan itu berkumpul di satu kedai makan. Mereka berjumpa sesama sendiri sebagai aktiviti setelah hampir sebulan cuti semester. Masing-masing berbual sambil ketawa berdekah-dekah. Sampailah Rudi mengemukakan satu cadangan.

“Hei. Haritu kita dengar DJ radio ceritakan kisah-kisah seramkan?”

“Dah tu?” Aliff kurang pasti.

“Haa. Apa kata kita buat entiti bukti. Aktiviti paranormal.”

“Dah buang tebiat nak mampus?” Sharipudin membantah.

“Come on. Suka-suka. Bawak kamera. Kita rakamlah apa yang dapat.” Rudi yakin mengemudi mesyuarat tak rasmi itu.

“Aku takde hal. Tapi kat mana?” Sofea seolah-olah tertarik.

“Hostel. Kolej tempat aku dengan Sharipudin.” Rudi memberi lagi cadangan.

“Kau jangan jadi bodoh Rudi. Tempat kita tu time ramai orang pun boleh jadi kes. Lagikan tengah cuti ni. Nak mati ke apa?” Sharipudin membantah.

“Alaaaaaa… Takkanlah.” Rudi cuba menegakkan diri sendiri.

**********

Kini mereka berlima sedang berkumpul di bawah kolej kediaman lelaki setinggi tiga tingkat itu. Tempat Rudi dan Sharipudin menetap sepanjang pengajian. Aliff pula di kolej kediaman lelaki yang lain. Sementara Sofea dan Rafidah pula menetap di kolej kediaman perempuan.

Hampir sebulan kolej tersebut ditinggalkan. Gelap. Tiada langsung lampu bilik-bilik yang terpasang. Tambahan pula waktu sudah lebih pukul 12 tengah malam. Hanya cahaya bulan terang yang menerangi ruang-ruang di sekeliling kolej kediaman tersebut. Sunyi. Hanya suara cengkerik bersahut-sahutan.

“Ok. Sekarang kita pecah dua. Sharipudin dengan Rafidah. Aku pulak dengan Rudi dan Sofea.” Aliff memberi arahan. Memang dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam lima orang anak muda tersebut.

“Ok!” Yang lain setuju.

Rafidah dan Sharipudin naik ke kolej tersebut melalui tangga ‘B’ sementara Aliff, Rudi dan Sofea melalui tangga ‘A’. Mereka berjanji untuk berjumpa di tempat mula-mula tadi dalam masa sejam.
Satu persatu level Rafidah dan Sharipudin lalui sambil lensa kamera yang hidup dihalakan ke serata arah. Mengharapkan agar ada ‘sesuatu’ yang ditangkap. Cuma lampu suluh yang menerangi perjalanan mereka. Sangat sunyi.

Kini mereka hampir menaiki ke level ketiga atau tingkat ketiga. Tingkat tertinggi. Sharipudin mendahului Rafidah. Sebagai tanda dia lelaki. Walaupun pada hatinya terasa sangatlah kecut.
Apabila Sharipudin sampai ke anak tangga terakhir, matanya serta-merta tertancap ke hujung lorong. Jelas pada amatannya, ada sesusuk tubuh berkasual putih sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka. Rambutnya separas bahu.

“Fidah! Kau nampak tak?” Sharipudin memalingkan mukanya ke arah Rafidah. Kakinya seolah-olah terpaku kemas ke lantai.

“Aku nampak!” Suara Rafidah agak terketar-ketar. Namun sempat juga lensa kamera yang dia bawa, di halakan ke arah susuk tubuh itu. Namun sebaik sahaja Rafidah memandang ke arah kamera, susuk tersebut sudah ada di hadapan mereka.

“Kalian datang nak tolong Aleeyah kan?” Suara pemilik tubuh berkain putih itu bersuara halus tapi bergema.
Terus sahaja mereka berdua bertempiaran lari menuruni anak tangga untuk keluar dari situ. Mereka berlari dan menuju ke arah tempat mula-mula mereka berpecah tadi. 

Agak memeranjatkan, Sofea, Aliff dan Rudi dah sedia berkumpul di situ.

“Lambat sangat korang ni? Beromen ke apa kat atas?” Rudi bertanya.

“Kepala hotak kau! Belum sejam lagi kan? Yang korang cepat sangat turun ni kenapa?” Rafidah bertanya kembali sambil tercungap-cungap.

“Nantilah kitorang cerita, sekarang kita blah dulu.”Aliff mengusulkan.

**********

“Seram gila sial tadi!” Rudi bercakap sambil mengurut-urut dada. Yang lain sekdar melihat satu persatu imej yang terpapar di skrin kamera digital.

“Kan sebelum kolej tu jadi kolej lelaki, dulu kan tu kolej perempuan.” Aliff memberitahu.

“Jadi?” Sofea menyoal.

“Jadi, aku ada dengar, sebelum kolej tu ditukar, kolej tu dibiarkan kosong satu sem. Lepas tu aku dengar lagi, ada student kena rogol dengan pak guard dekat kolej tu masa kolej tu kosong satu sem. Dah dirogol, dibunuh pulak tu.” Aliff menerangkan panjang lebar.

“Patutpun tadi, ‘perempuan’ tu mintak tolong.” Sharipudin memberitahu.
Mereka masing-masing meneruskan perbualan.

**********

Sudah masuk dua minggu mereka masuk ke semester baru. Sharipudin dan Rudi ditempatkan di satu bilik di kolej kediaman yang pernah mereka ceroboh, bersama-sama dua lagi pelajar junior yang lain. Hari-hari mereka lalui adalah biasa sehinggakan pada suatu malam ketika Sharipudin seorang diri dalam bilik tidurnya di kolej kediaman itu. Yang lain sudah nyenyak tidur.

Sharipudin duduk menghadap laptopnya menghala ke arah tingkap. Jam sudah pukul dua pagi. Namun matanya masih belum mahu lena. Apatah lagi esok adalah hari cuti. Jadi dia memilih untuk melayari laman sesawang sosial hit, Facebook.

Sedang leka dia membalas komen dengan gadis-gadis, telinganya menangkap kemas satu suara.

"Tolong Aleeyah bang. Tolong Aleeyah." Sangat sayup tapi jelas butir bicaranya.

Sharipudin tergamam. Jari-jemarinya terkaku. Seluruh urat-urat yang menyelirat di lehernya kejang. Dia terpana. Matanya tertancap betul-betul ke depan. Tingkap.

"Tolong Aleeyah boleh kan?" Ada sesusuk gadis sedang berdiri di luar tingkap. Sekadar berkain putih. Rambutnya sekadar paras bahu. Wajahnya bersih dan ayu. Walaupun Sharipudin tahu itu bukanlah manusia biasa, namun nalurinya seakan terpikat dengan penampilan 'gadis' di depannya.

"Nak aku tolong apa?" Sharipudin berdialog. Rasa gentarnya masih ada namun hilang sedikit demi sedikit.

"Tolong... Aleeyah sunyi. Takde kawan." Gadis yang menggelar dirinya Aleeyah itu mula memberi penjelasan.

"Haa?" Sharipudin tersentak.

**********

"Aku pun tak tahulah apa jadi dengan kawan kita tu. Tiap malam je mesti cakap sorang-sorang." Aku ni budak bilik dia. Mestilah risau." Rudi meninggi diri dalam perjumpaan empat muka itu. Sharipudin tak turut serta.

"Kau rasa ada kena mengena dengan aktiviti kita malam tu tak?" Sofea cuba mencari kepastian.

"Jangan nak main gila. Kita tak sentuh apa-apa pun malam tu ok?" Aliff panik.

"Kita tak tahu. Mungkin jugak dia dah kena sampuk dengan hantu yang kena rogol tu." Rafidah mencelah dalam kegamatan itu.

**********

"Aleeyah tak kisah apa orang cakap pasal kita?" Sharipudin berbual dengan 'gadis' bernama Aleeuah di hujung lorong. Melihat keindahan malam.

"Aleeyah dah lama perhatikan abang. Tak sangka malam tu abang datang. Tapi siapa perempuan dengan abang malam tu?" Aleeyah bertanya.

"Oh. Tu cuma kawan je. Aleeyah cemburu?"

"Mestilah."

"Aleeyah selalu perhatikan abang? Aleeyah suka abang? Hehehe."

"Suka. Cuma. Kisah hidup Aleeyah. Takut abang tak suka."

"Jangan risau Aleeyah. Abang akan cari Pak Guard tu. Abang akan cincang leher dia malam ni jugak."

**********

Bilik rondaan pengawal keselamatan berlumuran darah. Seorang pengawal keselamatan sedang terlentang. Nyawanya sudah hampir habis. Bajunya koyak rabak. Seluarnya sudah terlucut ke paras lutut, dan darah paling banyak keluar dari kelengkang pengawal keselamatan tersebut. Penisnya sudah tertanggal.

"Rasakan kau. Berani kau rogol kekasih aku!" Sharipudin berdiri di sebelah pengawal tersebut sambil menggenggam pisau. Darah melekat dibajunya. "Aleeyah" kelihatan sedang memeluk erat dirinya. Pisau dicampak jauh-jauh.

"Jangan bergerak!" Tiga orang pegawai polis tiba-tiba datang menghampiri Sharipudin. Suasana bertukar kecoh. Gamat. 

"Kau dah gila ke apa ni Din?" Rafidah menjerit dari luar pintu.

Sekumpulan unit pasukan dari pusat rawatan jiwa datang menghampiri Sharipudin dan menenangkan Sharipudin. Dia di bawa masuk ke van khas dari pusat rawatan itu. Kawan-kawannya, pelajar-pelajar lain, berdiri dibelakang garisan yang dihadkan. Memerhatikan seorang pelajar UiTM disahkan gila.

"Terima kasih sayang." Aleeyah berbisik ke telinga Sharipudin di dalam van tersebut. Kemudian mereka berpelukan dan bibir mereka bertaut. Mesra mereka berkucupan.

Pegawai yang duduk dibelakang van bersama-sama dengan Sharipudin cuma menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah itu. Padanya Sharipudin sama sahaja beraksi dengan pesakit jiwa yang lain.

Tamat.


***************************

Maaf kalau cerita agak panjang.

Cerita ni aku dapat dalam mimpi aku. Cuma aku tambah sikit biar dramatik. Nama watak aku tukar biar tidak menyinggung mana-mana pihak. Har har har. Namun, nama Aleeyah tu memang betul dalam mimpi aku tu sepanjang penceritaan ini. Dan kenapa aku dapat mimpi macam ni? Masih menjadi tanda tanya. Jeng jeng jeng.....








2 comments:

nub said...

naisss. Aleeyah menghargai pertolongan sharipuddin naa. ada soul juga aleeyah tu...

mesti dia cun an. sayangnya sudah jadi mangsa orang. ish ishhh

Anonymous said...

Loso,loso....

mane pegi watak Nadirah yg awal2 tu??
kate berLIMA...
1.Rudi
2.Aliff
3.Sofea
4.Rafidah
5.Sharipudin
6.Nadirah

dalam mimpi ko pon ade typo jgk ke?har har har......
kompem ni citer tipu...:P