Thursday, October 6, 2011

Berdoa Dengan Papan Kekunci...

Ini bukan papan kekunci lah bangang!

1) Persiapkan diri seadanya. Biar kemas. Pakai kopiah lebih afdal.


2) Duduk mengikut postur yang betul. Paras peha dan badan adalah 90 darjah. Tapi kalau sambil meniarap pun takpe sebenarnya.


3) Perbetulkan niat sebenarnya. Sewajar-wajar niat.


4) Hadap laptop, pc dan segala gadget yang menawarkan aplikasi yang membolehkan berhubung dengan orang ramai di alam maya.


5) Klik pada bahagian status. Kemudian, ketuk-ketuk huruf-huruf di papan kekunci mengikut niat tadi.


6) (i) "Ya Allah. Kau tenangkanlah hati aku. Aku sudah tak nak ingat dia lagi."
    (ii) "Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat gegurl yang cantik dan pandai bergaya."
    (iii) "Ya Allah. Mudah-mudahan lecturer luluskan setiap jawapan aku dalam kertas periksa"
    (iv) "Ya Allah! Kau senyapkanlah orang sebelah ni! Asyik bergaduh je. Memekak!"
    (v) Dan apa-apa jua jenis doa untuk dipanjatkan kepada Allah SWT.


7) Wudu'? Sejadah? Solat malam? Zikir? Takpe. Dah doa kat fesbuk tadi.




Ramai memilih untuk berdoa di internet sejak mutakhir ini...




4 comments:

Primadona said...

Oh oh.Betul tu.Dunia semakin hampir hingga ke penghujungnya. :(

ain akasyah said...

setuju dengan entry nie..takot sgt bile penghujung dunia..walaupun zaman berteknologi, ibadah kepada tuhan perlu di jaga

La ni ke yang wedding of the year 2011..ghairah sungguh

chiah_ismile said...

btol!hopefully sy bukan antara mereka2 terbabit...

Nur Syafiqah bt Yahya said...

Semuanya adalah benar belaka,..
zaman berteknologi tidak membawa apa-apa kebaikan dan keuntungan pun,.. kerana semua ini hanyalah pinjaman, ataupun wayang lakonan diatas pentas muka dunia yang sementara..,
semoga kita dijauhkan dari sifat lalai dan alpa,..
Insya'Allah..,