Sunday, October 9, 2011

Dan Kini Bukan Lagi...

Ruang-ruang lembaran kertas,
Menjadi tempat susunan aksara,
Mengait bait puitisnya puisi biasa,
Memukul canang bukan gelandang jiwa.


Keladak duka dah lama tiada,
Daki mati kosong berganti cahaya,
Tiada duka semua senyum sahaja,
Cerita lama?

Maaf, aku dah usir kau lama.


Cerita itu kini sudah berpusara,
Tiada nisan terpasak bertanda,
Berlalang tinggi menjadi penaung setia,
Langsung aku tak ambil peduli,
Kalau teringat tiba-tiba,
Dari jauh aku talkinkan segera.


Yang kini,
Cuma aku dan dia,
Agoni-agoni aku dah tukar jadi rapsodi.


=)


   Hoh! Apa ketahian aku jiwang semacam ni? Oklah. Puisi ni aku tulis dah berapa hari lepas. Atas kertas. Tapi tiba-tiba terasa nak letak tulisan aku ni dalam blog. Untuk siapa sebenarnya ye? Errr.. He he he... 


   Di kesempatan ini, aku nak ajak kalian pergi ke sebuah ruangan tempat aku dan penulis-penulis lain mencoretkan puisi-puisi yang bertemakan "secebis picisan terbiar dari puitis yang liar".


Sejuta Stanza Selamba


   Maaf taukey! Saya lama sangat tak mencoret dalam tu. Dah sombong kononnya. Sebenarnya segan, ramai sangat yang power-power dalam tu... (-_-")


   Over sangat kan aku? Ahh.. pedulik ar.. sekian.






9 comments:

beautiful_rose said...

bait yang cantik.
hei,kita sama aku juga gilakan
tulisan puisi begini
tapi selalu aku tulis untuk sendiri-sendiri =)

Anonymous said...

he he he,,
era pun ade jugak buat puisi untuk diri sendiri,, sekadar mengisi masa lapang.. :)

farot said...

weyhh seyes da lame x bce ayat2 puitis x hengat ko.....haha

Unknown said...

nice one :)

aQimie Ceplos said...

haha! xsangke ko kaki puisi ea.
awesome.
ala bro. update je sudah.. :D

Bilal binti Robah said...

rapsodi tu ape ye?
#soalan bingai dari aku yg hina

T.T

Primadona said...

wah.sipot pun gemar berpuisi ya.Teringat plk dgn filem Ada Apa dengan Cinta.haha Sangat cool. ;D

pemuzik jalanan said...

Ohsem! Haha aku selalu gak jenguk SSS. Kalau kau update sana mesti aku baca gak.

Anonymous said...

Owh, kau penulis di situ rupanya.