Friday, October 14, 2011

Lenggok Bahasa...

   Amir dan rakan-rakan tingkatan limanya pergi ke sebuah kedai makan tom yam yang dikelolakan orang Kelantan. Masing-masing menunggang basikal Fixie kegilaan remaja masa kini dan diletakkan betul-betul di tepi kedai. Mereka terus ke dalam kedai makan tersebut dan mencari satu meja yang kosong betul-betul di sudut hujung. Masing-masing terus menarik kerusi seorang satu dan duduk. Lima minit kemudian seorang pelayan datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.


"Abe. Bagi kawe limau suam se." Amir mengambil giliran cepat-cepat membuat pesanan.


"Kawe nok teh 'o' beng ea be?" Kawannya pula cepat-cepat membuat pesanan.


"Emm... Milo tarik ea be?" Seorang lagi berfikir agak lama untuk membuat pesanan.


"Make dok?" Pelayan tersebut cuba mengambil kepastian. Biasanya anak-anak muda jarang makan di kedai. Makan mereka dah di rumah. Yang dimasak ibu masing-masing.


   Mereka pun berborak sesama sendiri dari hal perempuan ke hal bola sepak semuanya dibicarakan. Sehinggakan tiba-tiba, mereka teringat akan hari tersebut ialah hari Sabtu. Lantas mereka cepat-cepat membuat bayaran dan mengayuh basikal untuk pergi ke tapak pasar malam dianjurkan.


   Sampai di pasar malam, mereka pun berjalan bersama-sama. Tiba-tiba mereka ternampak Maniam dan kawannya Siva. Kedua-dua pemuda berbangsa India itu ialah rakan sekelas mereka.


"Dey macha! Buat apa ney dekat sini?" Amir lebih ramah menegur mereka berdua.


"Apa lagi kawan, mau beli baranglah. Takkan mau betulkan basikal juga?" Maniam membalas teguran Amir.


"Awak lagi buat kelakar juga ea? Hahaha."


"Biasalah. Kawan-kawan juga."


"Mana Letchumi? Itu awak punya minachi?" 


"Dia dekat rumah jugalah macha." Maniam menjawab dan mereka berlalu pergi. Amir dan kawan-kawannya terus berjalan menempuh himpunan orang ramai yang berasak-asak dan bergesel-gesel.


   Dalam berjalan-jalan itu, mereka terpandai banyak jersey digantung. Lalu mereka masuk ke gerai menjual baju itu. 


"Taukey! Ini baju berapa ea?" Amir bertanya selepas membelek-belek jersey berwarna biru, Chelsea.


"Aiyaa kawan. Manyak murah. Balu tiga puluh."


"Tiga puluh lu kata manyak mulah ha? Aiyaa. Mahallah taukey." 


"Oklah. Oklah. Dua puluh lima lu angkatlah."


"Dua puluh lima aa? Ini kain pun biasa saja. Takde ori pun adoiyai."


""Dua puluh tiga. Cincai kiralah."


"Itu pun lagi manyak mahallah." Amir cuba tawar-menawar. Namun akhirnya Amir tak jadi beli jersey tersebut dan taukey tersebut mendengus nafas tanda bengang dipermainkan.


   Sewaktu Amir hendak keluar dari segerombolan manusia-manusia itu, dia ternampak Cikgu Suraya, cikgu Matematik di sekolahnya yang berbaju kebaya hijau muda berkain satin dan bertudung ringkas.


"Eh cikgu. Buat apa sini?" Amir tetap ramah menegur sesiapa sahaja yang dia kenal. Sementara lagi dua rakannya terus menuju ke basikal sebab malu untuk berhadapan Cikgu Suraya berikutan keputusan Matematik masing-masing hanya biasa-biasa sahaja.


"Cikgu nak beli makananlah. Malas pulak nak masak hari ni." Cikgu Suraya menjawab jujur.


"Suami cikgu mana?"


"Oh. Dia outstation. Basikal kamu pancit lagi tak?"


"Ok je cikgu. Oklah cikgu. Nanti kalau tayar basikal pancit, saya pinjam pam kat rumah cikgu."


"Amboi kamu ni. Har har har."


   Mereka bertiga pun berlalu meninggalkan suasana hiruk-pikuk pasar malam itu.


******************


Dengan orang Kelantan cakap loghat Kelantan.
Dengan Maniam cakap lenggok India.
Dengan Taukey jersey cakap sleng Cina.
Dengan Cikgu Suraya boleh pulak cakap elok-elok macam orang melayu yang lain?


Ada mereka cakap macam orang Melayu secara terus tanpa lenggok bahasa mereka?


Mana jati diri yang digendang-canangkan?




9 comments:

Bilal binti Robah said...

kita semua pesen bangsa talam bermuka-muka.
bangsa kite je tau.
bangsa org lain ok.

har har har

nurkaloi said...

haha satu malaysia kaaannn

monologmalamhari said...

hehehe .. jdi macam aku senang memang tak reti nak ikt2 bahasa org nie . lagiplak bhasa tgeliat lidah mema tak reti . =P

Unknown said...

pergh, xtahan siap ada adegan sambungan 'cikgu suraya' tu. macam haram..

Primadona said...

haha.entri makan dalam pada tafsiran aku.Setiap kaum ada lenggok bahasa tapi kenapa tidak melayu? Masih menjadi persoalan.haha

Anonymous said...

ape salah nye bro..kitakan 1 Malaysia.... (^__^)

Unknown said...

hihi.. geli pulak selalu saja 1 malaysia.. sebelum ni 15 malaysia ka...

Dkna Abza said...

dah jadi macam tabiat kot..heheee

cam dkna la..kalau jumpa geng kampung kecek klate, geng kedah ceq dok sembang loghat kedah ajak depa p minum ka :)...

lady-D said...

x kisah..janji faham..hehe..1 Malaysia katakan...