Sunday, October 2, 2011

Mari Berhenti Merokok...

   Masa dulu... Dulu... Duluuuuu punya entri, aku ada post Kumpulan Perokok Mengikut Klasifikasi . Ok. Tu dulu punya cerita. Bulan April punya post. Tapi sekarang ni, aku rasa macam nak kongsi pulak macamana cara untuk berhenti merokok. Khas untuk perokok.

   Anda bukan perokok? Tapi bercinta dengan perokok? Boleh sahaja teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi anak kepada perokok? Boleh je teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi bekerja di bawah majikan yang merokok? Boleh je teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi duduk serumah dengan perokok? Boleh je teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi terus tanya boleh baca ke tak? Meh aku lempang. Nak baca ye baca. Tak nak baca pergi surf murai.com baca gosip artis.

Canyonese.....

   Ok. Berbalik kepada isu asal.

   Sepatutnya isu ini difikirkan bersama oleh perokok. Bukan oleh pembenci perokok, ahli-ahli kabinet menteri-menteri, artis-artis, atau selebriti sahaja. Untuk perokok, mereka sudah disogokkan dengan pelbagai percubaan atau saranan untuk berhenti merokok, antaranya iklan "Don't Break My Heart", papan-papan iklan, gambar bayi tak matang di kotak rokok, poster, bebelan dari awek dan sebagainya. Namun tak jalan.

   Ada jugak "Berhenti merokok dengan 8M" tapi macam tak jalan jugak. Jadi, apa kata cuba langkah-langkah berikut :


Manipulasikan Lighter/Mancis/Pemetik Api.

   Tanpa perempuan, hidup lelaki tak sempurna. Begitulah juga hendaknya ungkapan ini diadaptasikan kepada nilai sebatang rokok. Biarpun mahalnya seperti Dunhill atau murahnya sama seperti Zon King, kalau tiada api. Rokok hanyalah rokok. Takkan menyala. Jadi. Bagi mengelakkan asap rokok menerawang ke udara, cuba kita manipulasikan lighter/pemetik api/ mancis di sekeliling mereka. Sembunyikan, buang, habiskan gas, atau sebagainya. Atau bagi pekedai, naikkan harga mancis. Contohnya satu lighter naikkan kepada RM5000 tanpa ansuran. Amacam?


Tinggal Di Rumah Dua Tingkat.

   Kalau kita fikir dua inci ke depan. Memang langsung takde kaitan antara berhenti merokok dengan kadar pemilikan rumah.Tapi kalau kita anjakkan jauh sedikit pemikiran kita tu, ada je kaitannya. Tinggal di rumah dua tingkat, atau tiga tingkat atau lebih tinggi sebenarnya boleh mengurangkan kadar merokok.

   "Macamana tu?"

   Anda dah beli rokok. Kemudian pulang ke rumah. Tinggalkan rokok di tingkat bawah dan anda terus naik ke tingkat atas, terus hadap Facebook, add perempuan comel muluk itik. Setengahjam kemudian tiba-tiba rasa nak hisap rokok. Teringat rokok tinggal kat tingkat bawah. Nak turun? Gambar awek chun kat skrin laptop memanggil-manggil ni. Macamana?


Pergi Makan Di Gerai Tepi Jalan.

   Rokok dalam poket biasanya akan habis. Tak kira cepat atau lambat. Tiba-tiba terasa nak makan kat luar pulak. Perut dah berbunyi-bunyi macam cengkerik yang seadng beradu suara. Sebagai langkah alternatif untuk berhenti merokok, cari kedai makan yang stok tepi-tepi jalan. Sebabnya? Sebab, banyak kedai-kedai makan tepi jalan, takde rokok yang terpamer di kaunter. Maksudya tak de jual rokoklah. Dah tu, malas punya pasal nak pergi kedai jauh-jauh, natijahnya, tak merokoklah lepas makan. Ye tak?


Jangan Kedekut.

   Ni satu lagi langkah yang rasanya agak takde kaitan. Tapi cuba kita fikir jauh sikit. Dapat tak? Tak dapat? Takpe. Meh aku tunjukkan.

   Bagi perokok, tinggallah serumah dengan perokok tegar lain dan jangan kedekut. Kenapa? Macamani caranya. Beli rokok dan pulang ke rumah. Sampai rumah je, ajak kawan-kawan hisap sama-sama rokok yang sudah dibeli. Tinggalkan atas meja. Pergi mandi, berak, tido atau baca buku. Pergi semula ke kotak rokok tadi bila dah rasa nak hisap rokok. Cuba tengok kotak tu. Mesti dah ksong. Sebab kawan-kawan beranggapan anda membuat amal jariah. Ingat. Jangan kedekut!


Hisap Rokok Depan Angin Yang Kuat.

   Yang ini adalah satu cara untuk mengurangkan kadar merokok bagi seorang perokok tegar. Apa kaitannya? Hai. Semuanya macam takde kaitan. Tapi sebenarnya berkait rapat, erat tau? Anda sedang berbual politik denga kawan anda di bilik. Pum Pam Pum Pam... Tiba-tiba terasa nak merokok. Ok. Nyalakan rokok. Kemudian hidupkan kipas pada tahap lima. Hisap sambil duduk depan kipas tu. Sambung berbual. 2 minit kemudian, tengok balik rokok. Mungkin dah sampai puntung. Cis!

   Ataupun. Hisap rokok sambil bawak motor pada kelajuan 120 km/j. Mesti cepat habis rokok tu. Ye tak? Daripada dapat 20 pam sebatang rokok, mungkin tinggal 3 pam je.


Tulis macam ada pengalaman je kan? Ok... Memang aku perokok pun. Hikhikhik...

   Ok. Tu je antara resipi kejayaan yang boleh aku kongsikan. Ada lagi banyak sebenarnya yang kita boleh fikirkan sama-sama. Contohnya bercinta dengan Intan Ladyana dan suruh Intan Ladyana sekat aktiviti merokok kita, pasang air-cond 24 jam, buat iklan berhenti merokok guna Neelofa, ataupun tinggal je dalam hutan.

   Tu je. Aku selitkan sebaris ayat yang boleh kita renungkan sama-sama.

"Lembu kalau kita bagi makan seafood, dia tetap pilih rumput."








8 comments:

Unknown said...

hahhaha. kena licik bab nak tackle perangai merokok ni. kalu kerja nak herdik hina saja, lagi laju adala..

"tensen2, asek kena bebel jaa. sapkoklusebat."

haha.

cara2 ni mang licik dan bermain psikologi adalah cara terbaik nak counter kehendak seseorang.

*perokok2 tu tahu rokok tu membaziaq, bahaya, mudarat banyak..cuma nak stop tu tak lah semudah disangka dengan hanya paksa2.. =)

Primadona said...

Seriously aku x brp gemar dengan lelaki yang merokok walaupun adakalanya gaya itu melambangkan mereka seorang yang cool dan macho mcm aku tapi x apa sebab itu aku boleh maafkan lagi.Yang perempuan merokok ni yang aku rasa macam nak lempang seratuslapanplohkali.hee.

Bolehlah aku apply lepas ni. :P

Cik Ct Hawa said...

try and error..

Idayu Harun said...

ermm .. cara yg bagus ..

tak pernah terfikir pon rsenye .
p/s : x ske laki merokok :'(

milo said...

haha harga mancis takleh bla rm5000..haha..nt kesian lak org nk beli mancis yg bkn utk rokok..hehe..

Just Mini Love said...

mesti owner tak merokok kn?
bgus2.. susah nak jumpe..

mak ai ,lighter 5000 mhal nye..
hek3

Bukan si buaya said...

saya x suka laki merokok.. bau mereka sgt @%#&!#.. bapak sy x merokok.. so sy nk carik org cm bapak sy!! hikhikhik

Asyila Zainuddin said...

kite tak suke org merokok!