Saturday, October 22, 2011

Tiada Maksud...

   Baru dua hari. Ya. Baru dua hari aku melepakkan diri di kampung halaman ini. Nampaknya masih tiada apa yang dapat aku konklusikan sebagai apa yang ingin orang lain adaptasikan dalam hidup mereka. Segalanya masih samar. Hambar.


   Ahh. Masuk ni dah dua entri berturut mengenai diri aku sendiri. Aku tau ada yang jelak dengan tulisan berkenaan diri aku. Siapalah aku untuk dipaparazikan mata-mata lensa? Untuk orang ambil tahu kisah hidup si gelandangan yang sedang mencari nafas di permukaan sejak tenggelam di dasarnya.


   Melayan karenah adik kecil seusia 4 tahun. Cuba berbual dengan mama walaupun kepala berdenyut melawan pengaruh ubatan yang perlu di ambil sebagaimana di pesan doktor. Ahh. Bukan ubat apa. Cuma demam kecil. Dasar anak manja. Har har har.


   Dek kerana bosan sehari suntuk menghirup udara hanya di halaman rumah, cuma sekali keluar ke kedai untuk membeli bekalan rokok yang kehabisan. Kunci motorsikal dipulas, bergerak aku ke kafe siber untuk mambasmi kebosanan yang meruap. 


   Di sini, aku lihat anak-anak kampung yang masing-masing berimejkan rempit, bermain poker di Facebook, sambil melayan lagu-lagu dari Indonesia yang di buffer di YouTube. Tersengih aku. Dasar perangai rempit. Cuma itu perangai mereka.


   Ada jugak satu dua pemuda yang menyapa. "Sipot, lama tak nampak?" Nama 'Sipot' jugak yang melekat. Mentang-mentanglah nama tersebut lagi komersial kalau nak dibandingkan dengan "Khuzrin Kamarudin". Apa tak sedap ke nama sebenar aku tu? Atau tergeliat lidah mereka nak menyebutnya? 


"Heleh Sipot. Kau sendiri cakap tak kisah orang panggil macam tu kan?"


   Asalkan mereka mudah kenal aku, tak kira lah kau nak panggil aku "Khuzrin" ke, "Sipot" ke, "Si Kacak" ke, aku tak kisah. Yang penting identiti aku, kau boleh bezakan. 


   Apa ke tahi berbual pasal nama ni?


   Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa intipati yang aku nak sampaikan di sini. Takde cerita. Yalah. Sehari suntuk masa dihabiskan di rumah. Mana nak tahu cerita. Ni pun aku online, bukak "new post", tergerak nak taip benda sampah macam ni. 


   Abaikan semua, petang ni, insya-Allah, aku akan bergerak ke dimensi baru. Berhijrah kata orang tua. Merantau bak kata anak-anak muda. Ceh, sama je anak muda ke, orang tua.


   Ke mana? Rasanya belum waktu lagi untuk aku beritahu, tak siapa pun tahu sebenarnya. Cuma orang tua, si dia, dan kenalan terdekat sahaja yang tahu.


   "Entri kali ni paling sampah. Aku bagi 1 per 5 bintang."


   Heleh, macam kau tak tulis benda-benda mengarut dalam blog kau? Hari ni makan cikedis, berak berdarah, jumpa balak di tepi longkang, terpijak ekor kucing. Kan? Atau bukan?


   "Chis! Sempat aja nak panggang punggung orang."


   Well. 




7 comments:

Anonymous said...

LOSO !!!!
har har har ......

nub said...

mungkin nanti lama-lama akan nampak kelainan budaya tang sana. baik ka takbaik tu kompom ada punyalah.

*pelaq sungguh komen guna profile tak kuaq2

Miss Dolce and Gabbana said...

haha.Baru sehari kau duduk kat kampung dah tak ada idea.Sekarang kau dah rasa apa yang aku rasakan.Berapa minggu dah tak keluar rumah jadi semua yang aku post ni pun nampak macam sampah jugakkan? sep2..kita sama.haha

fara aieda said...

sipot sipot sipot....

Ayu Azuri said...

best ape ayat kau , tak boring pon . aku suka . . boleh buat novel . hehehe :P

so , kau nak bertapa lama ke ? nanti aku tak ada bahan pulak nak gelak kalau blog ko kosong . . hehehe

peace . . Inche' sipot or Mista Khuz . . :P

nurkaloi said...

perghh kalau kaloi duk rumah
lagi mcm2 idea kowt
hmmm untung laa lepak2 kat umah

Khuzrin Kamarudin said...

Anon : Lu sape? Aku tak knal.. har har har...

Miss Dolce : Ye ar.. kita sama... meh men sep2 dengan aku.. hohohoo...

Fara aieda : Ye saya? Ada masalah kaa? Har har har...

Ayu Azuri : Lama atau tak.. entah.. tak pasti... trimas sebab suka baca tulisan aku.. hahaha.. panggil abang kacak pun aku tak kisah.. mueheeee...

Nurkaloi : Duk rumah takde idea.. serius... hmm.. mungkin lain orang lain cara kot... hehehee...