Tuesday, December 6, 2011

Musim Yang Ada Ketika Cuti Sekolah...

   Umum mengetahui sekarang ni sedang berlangsungnya cuti persekolahan. Walaupun sebenarnya nak dekat sebulan dah mereka bercuti sakan tapi baru hari ni aku terasa nak post benda alah ni. Mungkin jugak Sipot Si Tukang Tulis dah pun dilanda satu keadaan yang sunyi, bosan tanpa sinar bulan.

   Ah. Ketepikan sahaja rungutan itu. Sekarang mari kita teruskan agenda kita. Mari kita lihat apa dia musim-musim yang biasanya melanda negara kita bilamana cuti sekolah menjengahkan muka menggantikan aktiviti musim persekolahan. Biarpun kita tahu, iklim kita tidak terlibat dengan empat musim seperti negara-negara lain.


   Musim yang paling ketara bilamana cuti sekolah membuka tirai. Rumah-rumah kampung akan menerima banyak pucuk-pucuk kad jemputan perkahwinan. Bagi pihak yang lebih bandar dan urban, banyak dapat jemputan melalui laman sesawang atau gadget-gadget mewah. Ketika itulah, bagi aku si pemuda kampung, akan melibatkan diri dalam aktiviti rewang kampung yang jauh lagi meriah dari mengadakan sistem catering di dewan. Kumpulan-kumpulan kompang akan giat berlatih. Persatuan zapin giat dapat jemputan. DJ karaoke boleh buat duit tepi lebih tak lupa juga si pemetik picu-picu kamera yang mengacungkan lensa-lensa kamera. Musim ini juga boleh dikatakan musim mengawan. Ya lah. Para raja sehari sekalian akan melalui satu dimensi baru mencuba uji try test pandu kehebatan masing-masing setelah bertahun lama memendam rasa. Err. Yang ni bagi mereka yang betul-betul enyabar dalam bercintalah. He he he.



   Antara musim yang mendapat rating tertinggi setiap kali hujung tahun mengganti bulan-bulan lain. Musim cuti sekolah lebih kurang lima-enam minggu. Ketika inilah mak bapak sibuk mendaftarkan nama anak-anak mereka untuk dikhatankan di klinik-klinik swasta sebab masa yang panjang boleh diisi dengan berehat dan berpantang. Nak daftar kat tok mudim, rasanya dah lama jawatan tersebut berkubur. Ada juga beberapa pertubuhan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai. Lagi meriah. Masa nilah si abang-abang sibuk memomokkan adik-adik mereka dengan seksaan-seksaan yang perlu dihadapi. Gergaji? Kapak? Mesti bebudak ni dah kecut telur mendengarnya. Tak payah dah nak berendam 2-3 jam dalam air. Ceh, tak tahu masa dorang berkhatan dulu, meraung lari naik basikal keliling kampung.

   Haaa... Dah lepas berkhatan, barulah boleh ngorat akak-akak comel jual goreng pisdang kat simpang kampung. Tak gitu?


   Biarpun ranking musim ni agak kurang menyerlah di musim cuti sekolah, namun begitu ianya tetap galak memonopoli hari-hari di waktu cuti. Apatah lagi budak-budak sekolah sekarang lebih urban apabila memiliki pacar masing-masing seawal usia 13 tahun. Saban hari bila aku habiskan petang di taman-taman rekreasi, mesti ada aksi si remaja yang aku kira berusia dalam 13-17 tahun bermanja mesra. Itu yang aku nampak. Tak tahulah yang dibalik tembok dah bercumbu-rayu.

"Ish, tak baiklah Sipot bersyak-wasangka."

   Errr... Betul jugak. Ok. Ok. Aku tukar prejudis aku. Mungkin mereka "bercucuk-tanam" kat belakang tu kot. Siapa tahu? keh keh keh.



   Waktu-waktu beginilah taukey-taukey, tuan-tuan kedai/premis boleh tersenyum lebar. Mereka tak perlu runsing akan kekurangan pekerja sebabnya akan ramai budak-budak sekolah yang cari kerja sambilan untuk mencari duit lebih. Yang ni aku respect. Tak menyusahkan mak bapak yang sibuk merengek belikan kamera DSLR. Cuma yang perlu dihati-hatikan si taukey ni, komitmen budak-budak. Maklumlah, nama pun kerja sambilan, mesti ada yang wat kerja sambilan-lewa. Errr... Sambilan-lewa? Macam lahanat je perkataan ni? Abaikan.



   Ya. Aku tahu. Musim banjir bukan sahaja berlaku pada waktu cuti sekolah. Namun begitu, banyak musim banjir melanda negara kita ketika akhir tahun. Ketika inilah dewan-dewan atau sekolah-sekolah akan menjadi penempatan sementara bagi mangsa-mangsa banjir. Dan ketika ini jugalah kita dapat mengeratkan sillaturaim bila mana masing-masing akan menikmati apa sahaja yang ada sebagai mengalas perut sambil bercerita perihal kerosakan yang bakal dialami. Ya. Apabila sang bumi sudah marahkan isinya, maka dia akan bermogok dengan menurunkan sedikit bencana sebagai memperingatkan penghuninya. Sekian ucapan saya.




   Apabila musim cuti sekolah semkin melabuhkan tirainya, maka musim sesi persekolahan pula bermula. Ketika inilah taukey-taukey sibuk melaungkan motto-motto bahawa merekalah pemilik kedai yang menawarkan harga terendah serendah 1sen per SMS. Harga-harga barangan sesi memulakan persekolahan akan jatuh mendadak (kononnya).  Kasut jenama Rejam, Bata, Baju jenama Canggih, Pensil jenama Stabilo tak lupa jugak beg sekolah beroda akan menjadi pilihan adik-adik yang begitu teruja memulakan sesi persekolahan dengan azam "Mahu rajin-rajin. Nak siap buat semua kerja sekolah."


Selamat bercuti adik-adik sekalian. :)


*Gambar aku rembat kat Google.





15 comments:

CintaZulaikha said...

ujung tahun ni, mmglah ujung tahun yg paling cbuk. macam2 ada~

Fyqa said...

byk betol musim..

haihh

Lea Isnawi said...

adik ni berkhatan ke belum =b

Khuzrin Kamarudin said...

Kak Cinta Zulaikha : Rasanya takde time yang tak sibuk... hohohoo...

Fyqa : Musim haji je yang tak dapat masukkan.

Lea : Dah kak. Dah boleh kahwin kan? Hikhok.

Primadona said...

Sokong.Minggu lepas sedara aku kahwin minggu depan ada lagi 2.Aku rasa tahun ini banyak gila sedara aku kahwin oh.Aku lebih sua sambut kat kampung daripada dibandar.haha.

Majlis khatan kat kampung pun skrg jarang gila dah nampak.Semua pakat jumpa doktor.Kau bila lagi nak kahwin? haha

Khuzrin Kamarudin said...

Kau ni asal komen je mesti tanya bila aku nak kahwin. Segan deh.. Hikhikhik... >.<"

J.Syazwana said...

tak sabar nak abes cuti sekolah. baru lah tak ramai orang jadi boleh lah pergi hoiday. haha !

Razil Tahir said...

Nice post!
Setuju sangat!!! XD

mmg byk musim kat Malaysia sebenarnya.. XD

Shahada Fauzi said...

a'a ek..bile hujung tahun je musim2 di atas memang ligat..

Unknown said...

selamat bercuti..tp mun xcuti pun..ade klas..

you-know-who said...

hahaha , mana ada contest. btw, usop sontorian dah lama gila nye tak tgk

Unknown said...

banyak. gila. musim.

oh, mata aku menangkap gambar memey sahaja.

btw, mak aku jual baju sekolah. saja cakap.

Nina Athirah said...

yg kawen tu selalu ah..hjg minggu ada je jemputan..

Unknown said...

musim tidoq. aumm

Anonymous said...

erkkk musim ni betul2 tipikal^^

tp syok^^^