Saturday, December 10, 2011

Telinga dan Hijab...



   Sharipudin keluar dari bilik air selepas selesai membersihkan diri seadanya. Rambutnya basah. Masih ada lagi titik-titik air menitik di badannya. Tuala gambar Power Puff Girls terlilit kemas di pinggang. Tutup sampai ke lutut. Figura badan yang agak sasa menampakkan dia seperti seorang model seluar dalam. Dia terus sahaja berlangsung masuk ke bilik tidurnya.

   Dua orang lagi teman rumah sewanya, Salman dan Muzalman sekadar membiarkan. Bukannya tak biasa tengok Sharipudin mandi pukul dua tiga petang. Kalau dah bangunnya pukul dua, sarapannya mesti pukul tiga. Pangkah kuliah dah jadi rutin Sharipudin. Mereka berdua sekadar meneruskan tumpuan menonton skrin komputer menonton cerita Karipap-karipap Cinta yang dicopy dari hard-disk milik Sanisah, rakan sekuliah mereka.

   Usai Sharipudin memakai pakaian, dia datang ke arah dua orang kawannya tadi, menarik kerusi dan duduk di sebelah Salman, yang nampaknya begitu tekun mentancapkan fokus ke skrin komputer. Baru sahaja Sharipudin duduk di sebelah Salman, Salman terpandang ke lubang telinga Sharipudin.

"Pergh! Apesal berkerak sial telinga kau? Berapa tahun tak korek?" Salman lancang membunuh mood Sharipudin yang baru nak tonton cerita Karipap-Karipap Cinta.

"Ish! Selekeh lah kau ni Din." Muzalman menambah.

"Aku dah koreklah tadi time mandi." Sharipudin mempertahankan dirinya. Memang benar dia ada bersihkan lubang telinganya masa mandi tadi.

"Korek apa macam tu? Baik kau pergi koreklah. Pengotorlah kau ni." Muzalman bersuara seolah tak puas hati.

                                                             **********

   Sharipudin katupkan skrin laptop nya. Dia baru selesai menyiapkan tugasan yang diberikan Encik Nazmizan. Seorang pensyarah subjek Management yang memang cukup terkenal akan garangnya. Misai yang melentik sebijik macam A.Galak dalam siri Gerak Khas. Seorang pensyarah yang tak pernah nak senyum. Tugasan tu pun Sharipudin siapkan ala-kadar. Setakat copy-paste dari jurnal-jurnal yang dia cari di internet, lepas tu edit sikit-sikit. Dasar pemalas punya budak.

   Muzalman masuk ke dalam bilik Sharipudin. Ingin mencari kalau-kalau ada majalah-majalah untuk dibaca. Mungkin sebab Muzalman dah kebosanan yang teramat. Dia tarik kerusi di sebelah Sharipudin untuk duduk. Tapi baru sahaja punggungnya dilabuhkan, dia terpandang telinga Sharipudin. Jelas anak matanya melihat lubang telinga Sharipudin yang penuh dengan tahi telinga berwarna kekuning coklat. Macam warna kaya roti pun ada gamaknya.

"Eeee! Serabailah kau ni. Bawak-bawaklah korek telinga tu. Macamana awek nak lekat kalau telinga bertaik? Kita ni biar tak handsome Din, yang penting kebersihan tu kena jaga." Muzalman bangun semula terus keluar dari bilik Sharipudin. Sempat juga dia cucuh puntung rokok dalam tin kosong yang memang biasa Sharipudin buat untuk ketis habuk rokok.

"Ceh. Bajet kau tu bersih sangat? Gigi pun dua hari sekali baru nak gosok. Tu pasal cakap pun bau longkang." Sharipudin mengomel sendirian. Terus dia selongkar laci mejanya. Seingat dia, dia ada beli besi pengorek telinga. Habis diselongkar semahu nafsunya. Jumpa. Sharipudin terus capai tisu atas meja dan bersihkan besi pengorek telinga tersebut sehinga puas hati.

   Dia cungkil-cungkil telinganya semahu mungkin. Memang benar, setiap kali pengorek telinga dikeluarkan dari lubang teinganya, sebeban tahi telinga. Dia bersihkan guna tisu dan ulang-ulang sehingga dirasakan bersih. Adakalanya dia terasa sakit bila pengorek tersebut terkena daging dalam namun dia biarkan. Dia berhenti sampai dia terasa puas. Tisu yang dipenuhi tahi telinga dibuang keluar tingkap.

   Sharipudin tutup lampu dan menuju ke katilnya untuk tidur. Di tepuk-tepuk bantalnya yang berbalut sampul bantal bergambar SpongeBob Squarepants. Baru sahaja kepalanya direbahkan ke bantal, telinganya menangkap kemas bunyi berdesir-desir.

"Seeerrrh... Serrrrhh.."

   Sharipudin sekadar biarkan. Mungkin bunyi daun-daun pokok berlaga. Sharipudin terus lelapkan mata. Namun baru 10 minit matanya dilelapkan, dia menangkap pula bunyi perempuan menangis.

"Uuuuuu... Uuuuuu..."

   Sharipudin dah tak sedap badan. Namun dugaan tak mahu berhenti setakat itu. Dia dengar pula suara perempuan mengilai.

"Heeeeaahaahahahahahah!!" Bergema suara tersebut menewaskan terus keberanian yang pada asalnya cuma setebal kulit buku teks.

"Din. Oh Din. Jomlah main dengan kitorang." Suara yang agak garau pulak menjadi dialog menggantikan bunyian dari tadi. Sharipudin terus lekapkan telinga menggunakan bantal namun suara itu tetap berganti-genti menemankan Sharipudin.

                                                             **********

"Kau ni apasal Din? Merah semacam je biji mata kau? Dalam kelas pun tidur je." Salman bertanya kepada Sharipudin. Mereka bertiga memilih untuk makan di kafeteria dalam kampus.

"Aku tak boleh tidurlah semalam. Bukan semalam je. Dah dua tiga malam lepas dah. Ada 'benda' kacau aku. " Sharipudin bersuara serius.

"'Benda' apanya kau ni? Jangan mengadalah." Muzalman menyangkal.

"Pergh! Telinga dah bersih lah. Hahaha." Salman menegur sebaik sahaja dia terpandang ke arah lubang telinga Sharipudin.

"Entahlah. Lepas aku korek telinga hari tu lah aku kena. Aku rasa aku dah terkorek sekali 'hijab' kat telinga aku." Sharipudin nampaknya tak main-main.

"Hahahaahahahahahahahahahahaahahahahahahahahah!!" Lagi dua orang kawannya ketawa serentak.

'Apa gila kau ni? Orang hijab kat mata. Apa jadah hijab kat telinga. Dahlah. Mengarut je kau ni. Ni siang-siang kau dengar tak? Errr... Cuba kau dengar, kot-kot ada soalan bocor untuk test esok. Hahahaha!" Muzalman tiada tanda-tanda membantu.

   Sharipudin sekadar diam. Memang benar waktu siang dia tak dengar apa-apa. Tapi bila malam menjelma, dia akan dengar macam-macam. Orang cangkul tanah, bunyi suara mengeruh macam kena sembelih, budak berlari-lari, bunyi cakar-cakar dinding, dan macam-macam lagi.

                                                             ***********

   Sharipudin sekali lagi bergelut dengan suasana sama. Mendengar bermacam-macam suara yang menerjah gegendang telinga. Kali ni suara seorang lelaki tua meminta tolong.

"Nak, tolong pak cik nak." Suara agak serak.

"Tolong apa? Kau siapa pun aku tak kenal lah lahanat!" Sharipudin separa menjerit.

"Tolong bukakkan tali yang ikat kapan kepala pak cik ni nak." Suara itu menjawab. Sharipudin pandang sekeliling tapi tiada apa. Mendengar perkataan 'tali kapan di kepala' dah buat Sharipudin kecut perut. 'Entiti' jenis itu memang menakutkan dan menduduki rangking tertinggi dalam senarai hantu paling ditakuti orang melayu. Termasuklah Sharipudin.

"Kau pergi dari hidup aku lah setan!" Sharipudin menjerit lagi.

"Abang. Jomlah main guli dengan adik." Ada suara budak kecik mengajak main.

"Semua lelaki tak guna!" Suara perempuan menjerit sambil menangis mengambil alih.

"Hahahahaaha!" Suara ketawa pula tak mahu ketinggalan. 

"Bang! Bang!" Bunyi tembakan senapang begitu banyak bersilih ganti bunyi orang mengaduh ditembak.

   Sharipudin semakin tertekan. Tak tahan dengan suasana yang dia dengari. Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke arah meja sambil mencuba sebaik mungkin untuk tidak mengendahkan suara-suara yang mengganggu. Tangannya menekup cuping telinga sekuat yang mungkin untuk mengurangkan suara-suara yang membisik. Namun sia-sia. Suara-suara tetap beralun pada frekuensi yang sama. Pada nada yang sama. Pada aras yang sama.

   Sharipudin menyelongkar laci meja secara rakus. Kali ni dia nekad untuk semuanya. Bagi menghentikan seksaan yang dia hadapi. Bagi membuktikan bahawa 'hijab' yang terbuka di telinganya boleh ditutup semula. Dia selongkar semahunya sehinggalah dia jumpa dua batang pen biru dan hitam jenama 'Kilometrico'

   Sharipudin genggam satu-satu batang pen di tangan kiri dan kanan. Yang warna biru di tangan kanan, yang warna hitam tangan kiri. Dia betul-betul nekad. Apa nak jadi pun jadilah. Dia tarik nafasnya dalam-dalam sambil suara-suara tetap menerjah gegendang telinga, menggerakkan neuron menghantar maklumat ke otak. Maklumat yang sentiasa sama yang ditafsir, suara gangguan.

   Kedua-dua tangan yang menggenggam pen tadi dihayunkan secara serentak ke arah telinga. Kedua-dua mata pen serentak menerobos rongga telinga dan tenggelam ke dalam.

"AAAAAAARRRGGGHHHHHHHHHHH!!!!!" Sharipudin menjerit sekuatnya sebaik kedua-dua batang pen separuh tenggelam. Darah memercik memancut-mancut dari telinganya. Dia lepaskan genggaman. Kemudian kedua-dua tangan dibuka luas-luas dan menepuk kedua-dua belakang batang pen sekuatnya agar pen masuk lebih dalam. Darah semakin banyak.

  Namun begitu suara-suara yang sama masih berbunyi. Masih tetap didengar jelas oleh Sharipudin. Mata Sharipudin semakin layu. Dia terjelepok ke lantai sambil darah tiada tanda mahu berhenti, mengalir laju ke pipi dan melencunkan baju warna putih yang dia pakai. Suara si pakcik masih galak meminta tolong Sharipudin membukakan ikatan tali kapan. Suara menangis dan ketawa masih jelas Sharipudin dengar. Semuanya. Namun mata Sharipudin semakin kelam dan terkatup. Selamanya.

   Salman dan Muzalman yang terdengar jeritan Sharipudin bergegas ke bilik Sharipudin.

"Ya Allah! Apa jadi ni?" Salman berteriak. Sesusuk tubuh milik Sharipudin sedan terbaring secara tertiarap di atas lantai dengan darah sudah membanjir tiga perempat ruang lantai bilik.

Tamat....



p/s : ok. Gambar kucing memang takde kena mengena pun sebenarnya. Aku pun tak tau pehal aku letak gambar kucing. Hahahaha. Terimas sebab baca. :)






15 comments:

nina athiramisu said...

okey...mcm ngeri je citer tu..huhu

Khuzrin Kamarudin said...

Hahaha.. ngeri ke? (-_-")

CintaZulaikha said...

best giler ceta........menarik tuuu

farot said...

adei... ko suke spoil kn mood aku lah.... pastu ape jd kat budak tu??? mati x??? ke koma??? haha

Khuzrin Kamarudin said...

Kak Cinta Zulaikha : Trimas :)

Farot : Takkanlah semua cerita nak ada ending. hehehe.. :P

Lea Isnawi said...

moral of the story - rajin2 korek telinga

hahaha

nub said...

bukak hijab di telinga. kahkahkah.

tolong la jangan cakap awek dia manja-manaja serupa nur fathia. grrr

deeya said...

ngilu nye rase bile part dia cucuh batang pen kat lubang telinga .. adoi saket !! :'(

ascil.punye.lah said...

mak aih.hijab kat telinga.hehee~

SoLy SoLicious said...

die korek dalam sgt kot..bhye tu

Miss Dolce and Gabbana said...

Sipot semenjak bila ada hijab kat telinga? Nak buat kispen pun biarlah logik sikit.haha.Btw lain kali kalau nak buat kispen kau tontonlah cerita kejam banyak-banyak eh sampai hadam minda kau nak terima semua itu.Kontrol Histeria kau tak usah cakap la.Bila baca rasa mcm real. :)

Khuzrin Kamarudin said...

Lea Isnawi : Hahaha... tu moral sebenarnya.. :P

Deeya : Ngilu kaa? Cuba try btul2.. haha..

Ascil : Hijab kat hidung pun ada sebenarnya...

Soly : Nasib bek tak digerudi terus.. hahah..

Miss Dolce : Hijab memang ada kat semua pancaindera. Kata kawan aku lah. Hmm.. Mungkin aku tak berbakat untuk menulis cerita seram-ganas. hahahahaa...

Lyndaz said...

aih..aku baca siang2 pon rasa meremang nih!
dah la baru lepas layan blog paranormal mazidul punya

haih....sangat tepat waktu aku geledah blog kau.isk.. T.T

cik ziqa said...

sumpah scary. hoo. dahsyat ~

EZAN IDMA said...

peh cerita dia