Tuesday, January 31, 2012

Angan dan Angau...

   Petang itu agak permai. Rafiuddin mundar-mandir di halaman depan rumahnya. Tinggal di perumahan taman sentiasa disajikan dengan suasana anak-anak muda menghabiskan subsidi minyak kerajaan, berpusing-pusing dengan motorsikal yang sudah diubahsuai ke tahap tertinggi. Rafiuddin sekadar melihat setiap kali ada sekumpulan motorsikal melintasi perkarangan rumahnya. Setiap kali itulah kepalanya akan terikut sekali sekiranya ada gadis-gadis yang menunggang skuter lalu depannya.


   Rafiuddin mula bosan. Kalau 15 minit lepas dia galak ketawa menonton rancangan kartun Spongebob Squarepants di TV bersama adiknya, Saripuddin yang berusia 5 tahun. Tapi sekarang adiknya itu dah mencapai patung aksi figura bersaiz 5 inci Transformers, kemudian dilaga-lagakan dengan patung Spiderman. Ada banyak lagi patung-patung-patung aksi figura lain yang dibeli di pasar sekadar berselerak di lantai. Tak diendah Sharipuddin.


"Dik, nak ikut abang jalan-jalan tak?" Rafiuddin cuba memancing perhatian adiknya itu.


"Hiyargh! Ambik kau! Kuasa Tendangan Ada Hikmat di Sebalik Kejadian!" Suara anak kecil itu beraksi sama sebaik patung Transformers dilagakan ke arah patung Spiderman tadi. Rafiuddin hilang sabar bila pertanyaannya tak dilayan. Terus sahaja Rafiuddin capai kunci motorsikal dan menghidupkan motorsikal ber'starter' elektrik itu. Sahripuddin yang leka bermain terkejut mendengar bunyi motorsikal abangnya itu. Memang dia pantang dengar bunyi motorsikal. Terkedek-kedek dia berlari menuju ke muka pintu depan memandang abangnya itu.


"Nak ikut..." Suara Sharipuddin manja selayaknya mana-mana anak kecil seusia dengannya.


"Meh sini. Jom. Tadi tanya taknak jawap" Rafiuddin mempelawa lagi sekali.


   Sharipuddin mengambil tempatnya di depan Rafiuddin. Memasukkan kakinya ke dalam raga motorsikal. Mukanya ceria dapat jalan-jalan.


"Nanti beli Milo Ais tau." Sharipuddin meminta abangnya singgah beli minuman kegemarannya itu.


"Jap lagilah. Nak pergi taman tak?" Rafiuddin memperlawa lagi.


"Nak! Nak!"


   Seraya itu, motorsikal milik Rafiuddin masuk ke simpang menuju ke arah taman permainan untuk kanak-kanak di pekan itu.


   Sebaik tiba, Rafiuddin dapati taman tersebut tidaklah begitu sesak. Cuma ada beberapa keluarga sahaja yang datang membawa anak-anak mereka ke taman permainan itu. Anak-anak kecil riang bermain. Yang menggelungsur, berjongkang-jongket, berbuaian sekaligus menarik perhatian Sharipuddin. Dia tak menunggu lama, terus turun dari motorsikal dan berlari terkedek-kedek ke arah buaian meninggalkan abangnya yang masih lagi duduk di motorsikal.


   Rafiuddin nyalakan rokok. Matanya tetap tertancap ke arah adiknya. Ingin memastikan adiknya itu kekal selamat bermain permainan di situ.


"Abang! Sini!" Sharipuddin memanggil abangnya. Rafiuddin terus turun dan dapatkan adiknya yang masih lagi duduk dibuaian.


"Nak apa kau ni?"


"Tolak adik laju-laju. Sampai naik atas." Sharipuddin meminta. Rafiuddin sekadar turutkan. Menolak dengan kadar sederhana. Hanya separas pinggangnya buai itu berayun. Tapi bagi Sharipuddin, itu dah cukup tinggi. Ketawanya dah memberi kepuasan kepada Rafiuddin yang menolak buaian.


"Kau mainlah sendiri. Abang nak duduk." Rafiuddin berhenti menolak buaian. Membiarkan adiknya pergi mendapatkan gelungsur pula. Rafiuddin terus berjalan mendapatkan gazebo yang memang dibina khas dalam kawasan taman permainan itu. Rafiuddin duduk melepaskan lelahnya.


   Sekali lagi matanya tak lari dari mengekori setiap gerak-geri adiknya itu. Tidak mahu apa-apa terjadi. Tapi sesekali matanya meliar meihat anak-anak gadis yang berjogging di situ. Seketika kemudian dia memandang sekeliling gazebo itu pula. Tiada orang lain. Cuma dia seorang. Bukan sekali dua dia pergi ke taman permainan itu dengan adiknya, boleh dikatakan seminggu 3-4 kali. Tak jauh pun dari rumahnya. Jadi orang lain tak pelik meilhat dia duduk seorang diri di situ sebab dah ramai yang kenal akan dirinya.


"Assalammualaikum." Ada suara gadis menegurnya ketika Rafiuddin begitu leka memerhati adiknya.


"Wa'alaikumsalam. Ya saya?" Rafiuddin bersantun menjawab. Takut dituduh tak berbudi bahasa. Senyumnya tetap dikuntumkan. Sebaik Rafiuddin terpandang ke arah gadis yang menegurnya tadi, dia terpana. Senyumannya makin manis.


"Takde apa-apa. Saja nak duduk sini. Boleh?" Gadis tersebut terus duduk di sebelah Rafiuddin tanpa Rafiuddin memberi kata putus boleh atau tidak. Haruman begitu semerbak menyucuk rongga hidungnya. Bau seperti epal hijau. Wangi. Rafiuddin memandang ke depan. Gugup untuk dia memandang gadis tersebut lama-lama.


   Hatinya tertanya-tanya. Siapa gadis tersebut. Berkasual sangat ringkas tapi menarik. Baju agak labuh berwarna merah jambupekat diserikan dengan tudung merah jambu cair. Cantik. Cukup cantik. Kulitnya agak putih mulus. Tinggi meungkin setara Rafiuddin. Membuatkan Rafiuddin meneguk air liurnya sendiri.


"Kenapa awak diam? Tak suka saya duduk sini?" Gadis tersebut bertany lagi sebaik melihat Rafiuddin berdiam diri.


"Eh! Tak! Tak! Saya suka je." Rafiuddin membantah. Gadis tersebut tersenyum.


"Abang! Nak Milo Ais!" Tiba-tiba Sharipuddin muncul.


"Nanti kita beli. Pergi main dulu. Jangan jauh-jauh sangat."


"Ok!" Sharipuddin berlari semula mendapatkan gelungsur. Gadis tadi juga memandang Sharipudin.


"Adik awakkan?" Gadis itu menyoal.


"Ha'ah. Kenapa?" Rafiuddin mengiyakan.


"Comel."


"Tengoklah abangnya."


"Eee... Perasan." Perbualan mereka makin serasi. Makin rapat dan seolah-olah tembok yang membuatkan Rafiuddin gugup tadi hilang sama sekali. Mereka terus berbual.


"Awak memang penyayang ek?"


"Haa? Kenapa cakap macam tu?" Rafiuddin kurang pasti. Tumpuannya kepada Sharipuddin pun dah hilang.


"Awak sayang adik awak. Selalu saya perhatikan awak bila awak datang sini." Gadis itu bersuara perlahan. Rafiuddin berdiam diri. Terasa bangga juga bila dipuji sebegitu. Namun dipendamkan dalam hati.


"Awak tau tak..." Suara gadis itu terhenti dengan sendiri.


"Tau apa?" Rafiuddin kurang pasti.


"Saya sebenarnya sukakan awak." Gadis itu begitu terus-terang.


"Hah!" Rafiuddin terkejut namun suka dalam hatinya. Dan terkejutnya semakin bertambah bila gadis itu terus memeluknya dan merebahkan kepala ke dada Rafiuddin. Rafiuddin serba-salah. Jantungnya berdegup kencang. Namun Rafiuddin cuba untuk mengekalkan kestabilan nafasnya. Dia pun mengusap-usap kepala gadis yang baru dia kenali setengah jam yang lalu. Senyuman terukir automatik. Orang ramai menggeleng kepala melihat kelakuan mereka berdua.


*************


"PAAAAANNNGGG!!!!!"


   Sekeping pelempang bersaiz sederhana besar hinggap di pipi kanan Rafiuddin. Serta-merta tangan kanan Rafiuddin menekan kesan tamparan tadi.


"Apa ni?" Rafiuddin kurang pasti.


"Kenapa? Bukan main lagi ya awak? Mengigau entahkan perempuan mana. Sampai anak melalak pun buat tak dengar je." Rafiuddin menahan desing telinganya dari leteran isterinya itu. Dia sendiri bingung kenapa dia dapat mimpi sedemikian. Mungkin kerana baru petang tadi dia bawa anaknya berjalan-jalan di taman permainan. Bukan adiknya seperti dalam mimpi. Dan gadis tersebut memang ada di taman permainan tersebut menjual cendol dan ABC.


   Kedengaran bebelan Isteri Rafiuddin belum ada tanda mahu berhenti. Rafiuddin gosok kepala sendiri. Adakah dia nak kahwin dua?


"PPAAAAAAANNNGGG!"


   Sekali lagi pelempang bersaiz sederhana hinggap. Seolah-olah isterinya itu dengar kata hati Rafiuddin.





6 comments:

ascil.punye.lah said...

mula2 baca aww sweetnya.!sekali mimpi daaaa.bagus pelempang dua kali

Ckin Kembaq said...

hehe..cerpen rupanya ..agak dhsyatlah budk pempuan tu siap rebah bagai..haih.. nasib mimpi.n nasib cerpen.. ^__^

Nana said...

gila la bini dia..garang.

Nafisya Ismail said...

nice one.... hehe

Aween Md Zahir said...

kehkeh ! padan muka..puas hati aku.amek kau ! hikhik

Jack The Ripper said...

Tribute untuk akukah ni Sipot..?? Apapun, aku berasa sangat terharu..
P/S:- Baru terperasan entry ni sedang aq menggoogle apa maksud nama aku.. huhu..