Saturday, January 21, 2012

Cabaran Cikgu Era Kini...

Cikgu Zakiah peransang untuk pelajar juvana masuk sekolah pemulihan.

   'Sekolahku Rumahku'. Mungkin ramai yang pernah dengar slogan sebegini dimuralkan di dinding-dinding sekolah. Slogan ini menggambarkan bahawa pelajar sekolah menghabiskan hampir seperempat masa mereka di sekolah. Ini bermaksud mereka menghabiskan masa yang banyak di sekolah. Aku juga begitu. Kalian juga begitu. Jadi, ini juga bermaksud, cikgu-cikgu di sekolah seolah-olah di beri mandat untuk menggantikan tugas ibu bapa untuk seperempat hari pelajar.

"Ah! Shit! Intro mesti nak macam haram."

   Ok, ok. Sila scroll ke bawah, jangan baca intro tahi di atas. Apa yang ingin aku sampaikan, masa sudah bergerak begitu laju sekaligus mengubah senario tumbesaran anak-anak umumnya remaja. Jadi, untuk si guru mengajar dengan method yang sama ketika zaman telegram adalah tak relevan lagi untuk masa kini. Anak-anak sudah maju. Rempit, budak pavi, ganja, atau sebagainya memang merunsingkan. Oleh itu, aku teringin bawa pembaca untuk tengok apa dia cabaran buat cikgu zaman Facebook ni :


Cikgu Tadika

   Untuk zaman sekarang ni, kanak-kanak seawal usia 3 tahun dah mula kenal apa itu laptop, PSP, remote, handset atau sebagaimana. Yang mana gadget-gadget ini lebih cenderung dengan butang berhuruf. Kita tahu di tadika akan mengajar ABC, 123 atau alif ba ta. Jadi, amat tidak relevan untuk mengajar mereka dengan cara A=Ayam, B=Bola, C=Cicak sebab mereka sudah sedia maklum akan objek-objek sebegitu yang bermula dengan huruf-huruf apa. Sebaliknya, apa kata cikgu-cikgu tadika ni, menggunakan cara A=Astrophysics, B=Blogger, C=Chromosome. Amacam? Ada beran tak cikgu-cikgu tadika sekalian?


Cikgu Agama

   Yang ini lebih sesuai digunakan ketika mula masuk darjah 4 ke atas. Di mana ada murid yang sudah mumayiz, berkhatan atau tahu apa itu benar dan salah walaupun time-time macam ni budak lelaki yang masih tak matang masih main lawan pemadam atau main jadi-jadi. Oleh kerana mereka sudah mula mengenal apa itu batil dan jahil, jadi layaklah sekiranya unsur agama diterapkan lebih serius. Namun mereka lebih matang dengan masa. Terlalu cepat mereka menerima sehingga yang belum patut pun mereka dah tahu. Jadi, cikgu Agama lebih besar tugasannya dan lebih mencabar. Aku harap cikgu lebih hebat menerapkan nilai-nilai Islam dalam jiwa mereka.


 Cikgu Bahasa Melayu

     Ya. Inilah juga antara cikgu yang punya tugasan berat. Tugasan di mana membetulkan semula ejaan budak-budak yang gemar merosakkan bahasa sendiri. "eCokx KqMie nqK eKzem SPM. Doqkan kqMie lulus pqPer Bie-Eym ea? Hikhikhik. (Esok kami nak periksa SPM, Doakan kami lulus kertas BM ea?- time aku nak taip contoh tulisan gedik+bangang tu boleh habis sebatang rokok). Aku harap sangat cikgu-cikgu BM pergi bertapa di gua untuk mencari formula terbaik bagi mengelakkan kerosakan bahasa ini dari terus meracun budak-budak lagi bawah dari mereka.


Cikgu Geografi

   Malaysia diketahui berada hampir dengan garisan Khatulistiwa di mana Malaysia merupakan negara yang tidak mengalami empat musim. Jadi, apa yang tugas beratnya bagi cikgu Geografi? Bukankah mereka cuma perlu mengajar mengikut silibus? Memang ada kena-mengena sebenarnya. Cikgu Geografi perlu menyedarkan anak-anak murid mereka bahawa mereka merupakan orang Malaysia. Anak Malaysia. Bukannya berada di 'Garisan Latitud Jadi' atau 'Garisan Latitud Sartan'. Sedarkan anak Malaysia jangan mahu jadi orang Korea yang sibuk terikut-ikut K-Pop sampai si Temah nak tukar orang panggil dia Lee Yong Pyo. Atau yang sibuk terikut-ikut bila si Hanafi ingin menjadi Napi Bibier. Tolong sedarkan mereka!


Cikgu Sejarah

   Orang Amerika didapati berjaya apabila menggunakan method melekatkan poster-poster dinding sekolah mereka dengan pelbagai siri kegagalan pemimpin mereka. Lincoln khususnya. Banyak kegagalan sebelum berjaya menjadi presiden US. Anak-anak murid mereka mengkaji bagaimana kegagalan boleh berlaku dan mereka akan hindari. Begitu jugalah gamaknya yang boleh di ketengahkan cikgu Sejarah. Tunjukkan mereka apa yang gagal. Bukan apa yang dikecapi berjaya walaupun berjaya itu hanya di jaguh kampung. Namun begitu bagaimana hendak merealisasikannya? Sejarah Malaysia sendiri sudah mula diragui. Sudah ada yang membocorkan rahsia kebenaran. Jadi, cikgu Sejarah, anda mempunya cabaran yang sangat besar untuk mengajar mereka Sejarah bila mana abang-kakak mereka belajar lain, mereka belajar lain.


Cikgu Matematik.

   Cikgu Matematik yang asal dari Kedah, suka berbaju kebaya, mempunyai suami berjawatan kerajaan, beranak satu dan bernama Suraya akan menghadapi cabaran yang besar untuk menghadapi murid bernama 'Amir.'

  
   Ok. Abaikan yang cikgu Matematik tu. Karut sebenarnya. Mueheheee.. Begitulah sedikit sebanyak cabaran cikgu-cikgu masa kini. Berat sebenarnya nak jadi cikgu ni wahai kalian. Berdiri kita sekarang ni juga adalah kerana cikgu yang menjadi sebahagian nadinya. Jangan disia-siakan penghargaan cikgu itu. Kepada remaja yang mudah terpengaruh, kembalikan semula jati diri anda. Berguru dengan ikhlas, bukan dengan malas. : )


Pergh! Ending aku taknak best pulak. Hahaha...





6 comments:

Primadona said...

bravo.Tepuk tangan tak henti-henti lepas baca entri awesome ni.Klau mcm tu kau jadi cikgu mahu? :P

Unknown said...

hehe..kelakar tapi mendalam..ni ada pengalaman sikit..saya paling tak suka cikgu yang mengajar sambil baca buku teks..mengantuk..seeloknya cikgu tengok anak murid baru budak-budak fokus..

Halimatun Sa'adiah said...

selamat pagi cekgu! versi upin&ipin

kiki rara said...

cikgu sejarah paling tak boleh tahan. cikgu semangat tapi anak murid dah tersengguk. huhu

Melle Abadi said...

apesal takde cikgu bahasa inggeris? kehkeh

Ckin Kembaq said...

ada kawan blog yang jugak cikgu...baca pengalamannya, memanglah..boleh dpt darah tinggi kot kalu tak sabar...tapi pahala seorang guru ni tambah2 lagi guru agama, insyaAllah ke akhirat... ^_^