Thursday, February 9, 2012

Bercawang Ke Tempat Lain...

    Zaman sekarang semakin canggih dan ideologi juga terpecah, bercambah atau bercawang membentuk deraian haluan masing-masing. Jika dulu hanya warkah, buku sahaja yang menjadi pilihan pebaca untuk menghadam isi. Sekarang lain ceritanya. Ada banyak medium untuk menyalurkan cerita dan idea. Apatah lagi alam maya begitu berkuasa mengatasi yang lain-lain. Rating dan ranking si alam internet maya paling tinggi.


   Tahi. Sekali lagi aku cuma jadikan pendahuluan sebagai syarat entri. Yang mana sebenarnya pendahuluan macam tak kena dengan entri yang aku nak sampaikan. Muahahaha...


   Arakian, sebenarnya kali ni aku nak berkongsi di mana aku juga merupakan penyibuk konon-konon hebat di cawangan lain. Bersama penulis-penulis lain.


Sejuta Stanza Selamba


Tampak serabut tapi ianya tak kalut. Malahan lembut.


   Inilah dia ruangan paling pertama aku dijemput menulis. Sejuta Stanza Selamba. Berbekalkan tagline ; secebis picisan terbiar dari si puitis yang liar. Dari tagline nya sahaja, sudah boleh nampak apa perjuangan yang dilaungkan. Di sini kami akan berpuitis dan berpuisi sejiwang dan sekarat yang mungkin. Sekadar meluahkan isi hati melalui nukilan ritma dan irama. Dan kenapa aku dijemput di sini? Sebabnya dulu, aku buat akaun blogger hanya untuk berpuisi. Meluahkan apa aku rasa. Cuma lewat ini, aku dah kurang rasa menulis puisi. Mungkin tajamnya dah tiada. Sama macam Fernando Torres yang bangang tak reti score gol. Cuma yang menjadi kemusykilan aku, aku tak tahu siapa taukey sebenar Sejuta Stanza Selamba. Oh ya, jangan terkejut, Kak Fynn Jamal juga ada di situ. 




Warna Kaseh


Warna kaseh. Bukan setakat hitam dan puteh.


   Sungguh aku terkejut bila aku dipinang untuk menulis di sini. Entah apa kriteria yang ada pada aku yang sepadan untuk dimuatkan dalam Warna Kaseh. Setahu aku, aku cuma menulis untuk mengarut dan merepek. Tapi takpe. Demi mengembangkan halusinasi aku ke dunia penulisan ala-romantika, aku terima pinangan tersebut dengan hantarannya ikut ikhlas. Har Har Har! Ok ok. Warna Kaseh merupakan sebuah projek untuk mengetengahkan penulisan-penulisan percintaan tak kira cinta akan Pencipta Seluruh Alam, cinta akan orang tua, cinta kepada kekasih gelap mahupun terang, cinta kepada kekayaan, cinta kepada kejahatan, mahupun cinta kepada Cinta Bunga Lestari. #Dafuq? Secara amnya, aku baru mempertaruhkan satu cerpen dalamnya, entah betul atau tidak tulisan aku itu mengikut tema, kalian cari dalam tu; "koleksi Sipot". Taknak baca pun takpe. Takkesahpoon. *Umpil-umpil kuku.




Paksi Fakta


Berdiskusi tanpa keluar volume suara. Tapi tune lantangnya ada. Mungkin?


  Sebuah projek baru hasil garapan minda seorang sahabat sepengajian suatu ketika dahulu. Masih terlalu mentah, masih terlalu baru. Penulisnya pun baru lima. Semuanya dari institusi yang sama. Cuma lain tahun dan semester. Institusi pengeluar blogger dan model meletup si Hanis Zalikha. Hah. Dah tahu ar tu institusi mana. Dah jangan tanya dari mana. Dan mana institusi itu bukan tajuk utama. Yang penting sekarang apa panji yang dibawa pihak Paksi Fakta ini. Menurut si pencipta ruangan itu, Paksi Fakta merupakan wadah untuk antara kami saling berdiskusi tak kira ringan tak kira berat. Bincang idea atau berbual cerita. Semua di sana Insya-Allah ada. Kenal BadekGonzalez? Si sarka Sarkasis, pemanggang punggung orang? Ok. Dia senior aku dulu dan dia pun terlibat sama dalam projek ini.


"Penulis jemputan tempat lain takde, Pot?"


   Bukan penulis jemputan, tapi menghantar karya konon-konon akan disiarkan di ruangan mereka tu, adalah. Iaitu di Sarkasis , ruang memanaskan punggung dan Sokernet Tamu , ruangan pembaca blog Sokernet untuk melontar idea bola sepak di tahap paling klise. Lain-lain takde. Dah jangan tanya lagi. Aku tampoor kang.


   Itu sahaja. Mungkin aku tak sehebat mereka-mereka yang mampu memasturbasikan minda orang-orang lain. Yang nyata aku bangga dapat berjima' dengan tulisan dan gaya aku sendiri. Sampai aku oragasme, dan ada yang inzal. Hehehe. Babai... Terima kasih daun keladi, ada masa boleh memancing. <---eh? Pantun ke? Ok tak lawak. Dah. Babai!!!!







10 comments:

cikpia said...

memasturbasikan minda, berjima' dengan tulisan tu kira ayat puitis gak ek.......??? *bingung*

Khuzrin Kamarudin said...

Errr... entah. tak tahu. terpulang si penilai. :)

HAdira Kifly said...

kau tahu , aku cemburu dengan kebolehan yang kau ada . . .

Kadang-kadang aku rindu nak jadi diri aku sendiri bila berada dalam dunia maya . supaya aku boleh jadi macam kau , sama macam aku yang dulu. . Tapi aku tahu, macam mana aku cuba , aku tak akan boleh buat semua tu sampai nanti satu ketika yang entah bila . . .

heh , jangan hirau apa yg aku merepek tu . . . Tahniah la buat ko ek , siput. . . :)

HAdira Kifly said...

er, ko x kesah kan aku panggil ko siput, bukan SIPOT. . hehhhee :P

Khuzrin Kamarudin said...

Hadira Kifly : tak perlu nak cemburu. Sama je. Aku menaip pun guna butang-butang papan kekunci. :) Oh ya. tak kisah apa pun. nak panggil aku aaron aziz pun aku terima. ngehehehe...

nub said...

terernyaa abang. ajar itteeww. hakhak.

rajin naa main blog. sejuk hatiperut mak. hhaha

Khuzrin Kamarudin said...

amboi nub. pedasnya. terbakar lidah aku. (-_-")

ira said...

wow...! ada bakat plus rajin ngadap keyboard mmg membuahkan hasil...

Mawar Berduri said...

wink!

Siti Mashitah Saidin said...

hahaha. cinta bunga lestari. :P