Wednesday, February 22, 2012

Cinta Untuk Lebah...

   Ini bukan cerita jiwang walaupun tajuknya menggambarkan cinta romatika..





Gambar mungkin ada sedikit kena-mengena



   Sharipudin berjalan perlahan ke tepi padang. Cukup sudah aksi petang-petangnya hari ini. Dia terasa sedikit penat petang tersebut. Mungkin kerana tuntutan kerjanya dari pagi sedikit membataskan staminanya pada hari itu. Nak kata umurnya sudah tua, masih muda lagi. Baru melewati 28 tahun.

"Din! Mana? Baru pukul berapa?" Laung Hanafi yang masih lagi bermain bola di tengah padang dengan kawan-kawan yang lain.

"Lepak." Sharipudin menjawab pendek. Langit masih lagi terang mungkin baru pukul 6.25 petang. Yang lain masih khusyuk bermain di atas padang rumput kampung yang agak kasar baru lepas dipotong traktor estet. Namun apa mereka peduli. Bola tetap bola.

   Sharipudin duduk di tepi padang. Kasut but yang baru di buka diketuk-ketuk antara satu sama lain. But tersebut ada sedikit kopak di hujung tapak kaki kiri. Namun masih lagi setia berbakti terhadap Sharipudin. Pernah berjasa ketika menjaringkan gola penting pada pertandingan bola sepak anjuran wakil rakyat. Dia menghadap ke arah padang. Melihat anak-anak muda dari seusia 13 tahun sampailah yang berusia 40 tahun pun ada yang masih aktif bermain bola sepak bersama-sama.

"Bang..." Seorang budak kecil dalam lingkungan 10-12 tahun menegur Sharipudin. Belum sempat dibalas Sharipudin, budak lelaki tersebut terus duduk di sebelah Sharipudin.


"Eh... Aiman. Apahal tak main bola hari ni?" Sharipudin kenal benar dengan budak lelaki di sebelahnya itu.


"Tak sempatlah bang. Ni pun baru lepas tolong mak buat kuih."


"Oh." Sharipudin acuh tak acuh nak melayan. Dia masih lagi terasa lelah dan sengal-sengal di betis kanannya.


"Bang." Aiman menarik perhatian Sharipudin.


"Ye?"


"Aiman tengok, setiap kali abang main bola kat sini, abang mesti pakai baju oren. Hari ni pun sama. kenapa ya? Abang minat Belanda ya?" Aiman tak berselindung, terus bertanya. Memang seusia dengannya yang penuh dengan tanda tanya.


"Belanda? Hahaha... Taklah." Sharipudin geli hati namun kagum dengan budak seusia Aiman sudah tahu warna jersi rasmi pasukan bola sepak Belanda.


"Habis tu?"


"Abang minat Johor FC."


"Johor FC? Power ke bang team bola tu?" Aiman pelik.


"Power ke tak. Itulah pasukan kelab kebanggan rakyat Johor."


"Hah? Tak tahu pun. Kan sekarang kita sokong Harimau Malaya. Safee Sali power tuuu!" Aiman bersemangat bila bercerita Harimau Malaya.


"Yalah. Itu pasukan negaralah Aiman. Ni untuk liga."


"Oh. Tapi kan sekarang Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan yang power. Johor FC tu apa bang? KFC saya tahulah. Sedap."


"Johor FC ni dalam kelas tersendiri, Aiman." Sharipudin tak berniat nak terangkan secara lanjut. Apa budak seperti Aiman faham tentang pengurusan kelab bola sepak. Tapi dia masih memuji apabila Aiman tahu tentang taraf kehebatan pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia.


"Kenapa abang tak main dengan Johor FC? Abang main power apa?" Aiman jujur memuji. Sharipudin tersengih mendengar pujian itu.


"Dulu masa abang muda-muda teringin nak pergi. Tapi jauh dari sini. Kitakan duduk pedalaman. Tu Abang Napi, Abang Emi, Abang Botak, Abang Suresh. Tu yang orang asli tu, Abang Katok. Semua nak pergi. Tapi terpaksa bataskan. Jauh sangat dari sini. Apalah kita mampu nak pergi sana. Duit belanja sekolah masa tu pun RM1 je."


"Tapi sayanglah. Abang power. Tapi main kat sini je. Johor FC mesti lagi power kalau abang main."


"Habis nak buat macamana. Terpaksalah kami menyokong dari jauh."


"Abang takde pergi stadium tengok Johor FC?"


"Ada. Kitoranglah pergi. Tapi tak dapat pergi selalu. Dalam dua tiga bulan sekali."


"Betul sokong abang kat Johor FC ek?"


"Mestilah."


"Aiman nak main bola sampai power macam abang. Aiman nak main untuk Johor FC." Aiman bersungguh. Tangannya menumbuk ke udara tanpa sedar.


"Baguslah. Aiman pun power apa main."


"Hehehe... Mestilah. Aiman nak jadi macam Fernando Torres. Power tuuu! Oklah bang. Nak Maghrib ni. Nanti-nanti kita berbual lagi ya bang? Nanti Aiman dah besar, tengok tau Aiman main untuk Johor FC." Aiman terus mencapai basikalnya dan meninggalkan Sharipudin seorang diri.


"Torres? Budak ni tebiat ke apa?" Sharipudin bersuara sendirian. Namun begitu dia kagum dengan semangat Aiman. Bukan tak pernah Aiman main bola bersama-sama mereka. Aiman diakui hebat bermain bola. Kebolehannya mampu berlari laju dan pandai mencari ruang.


   Sharipudin membersihkan kasut butnya dengan tangan. Hatinya sedikit serba salah. Bagaimana dia nak jelaskan nanti kalau Aiman tahu yang Johor FC sudah menjadi arwah? Johor FC sudah lama terkubur. Johor FC hanyalah sebuah lagenda. Lagenda yang pernah menjadi keagungan seluruh rakyat Johor. Pernah dikenali sekumpulan Lebah yang membisa tanpa diduga. Tiada lagi Johor FC.


   Sharipudin beredar apabila melihat burung-burung sudah mula pulang ke sangkar.


Mungkinkah akan menjadi arwah?








6 comments:

Noraini Suhaida said...

johor fc poreber

anif abdullah| AA said...

haha :P

KaK LimAh Si SupiR said...

aiyokkkk..kaklimah xtau pape pasal bola :P

Cik NurulZaty said...

panjangnya entry..


jujur saya tak baca sampai habis..haha

^_^

Cik NurulZaty said...

panjangnya entry..


jujur saya tak baca sampai habis..haha

^_^

_akmalraman said...

sentimental bro.sebak beb baca